Sweet Sour

Penulis  :  Nasz
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat :  570
Tarikh Terbitan :  May 2010
ISBN :  978-967-5118-31-9
Rating :
                        
Ulasan

Dalam banyak buku yang aku dah baca, aku rasa buku ni yang paling 'best' dan 'sempoi' tau. Gaya penulisan yang bersahaja dan boleh buat aku ketawa sorang-sorang jer.  Aku dah ulang baca lebih 5 kali buku nih dan mmg betul dari apa yang aku dah baca melalui review kat internet pasal buku nih, watak Joe Jambul memang kaw kaw "mengancam" dan "menaikkan bulu roma" sapa yang baca ...

p/s aku dah ulang baca banyak kali tau ...


JOE JAMBUL you are so A.D.D.I.C.T.I.V.E


Sinopsis

Kisah cinta 3 penjuru antara Zarul (Azarul Hisyam), Alia Akma dan Joe (Faizul Hakimi ialah abang Zarul). Mulanya Zarul & Lia bersahabat baik dan bercinta  semasa sama-sama belajar di Universiti...Tanpa pengetahuan Lia, Joe juga sudah terpaut hati pada pandangan pertama ketika beberapa insiden pertemuan yang tidak disengajakan. Setelah bekerja, Lia berharap akan menjadi suri Zarul satu hari nanti. 

Namun, perumpamaan 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari', tiba-tiba Zarul telah memberi Lia kad undangan perkahwinannya dengan Suraya.Lia terkejut dan begitu kecewa dengan perkahwinan Zarul sehinggakan dia telah mengambil keputusan untuk menerima lamaran dari Joe sebagai balas dendam untuk mendapatkan semula Zarul. Namun setelah bernikah dgn Joe, Lia mulai sedar akan kesilapannya itu setelah mengetahui perangai Joe yang sebenar, bukan sahaja seorang 'Playboy' malah Joe jugalah yang telah mengatur rancangan 'jahat' sehingga terjadinya perkahwinan mereka. Dan Lia sememangnya tidak dapat melupakan Zarul. Demi kerana cinta, Joe pula telah cuba melakukan pelbagai usaha romantiknya untuk mendapatkan cinta Lia. Siapakah yang bertakhta di hati Alia ?


Masa mula-mula aku baca buku ni, aku memang suka dengan watak Zarul yang aku gambarkan sebagai hero utama...tapi setelah Zarul buat keputusan bernikah dgn Suraya dan tinggalkan Lia begitu jer tanpa sebab yang jelas, aku kesian pada Lia dan aku jadi benci dan marah pulak pada watak Zarul nih. Sebabnya, aku rasa watak Zarul ni seorang lelaki yang tak berani berterus terang dan pertahankan haknya, hanya pentingkan diri dan maruah keluarganya shj tanpa fikirkan hati dan perasaan Lia, Zarul jugak ambil jalan mudah dan tak fikir panjang atas perbuatannya tu pada Lia....Watak Joe pulak pada awalnya nampak seperti 'bad boy' tapi lama kelamaan aku rasa watak Joe memang 'sweet romantik giler' dan "terus jatuh hati" pada watak 'Joe Jambul' dalam buku nih...
Di akhir bab memang sedih dan meruntun jiwa baca buku nih sampai boleh keluar air mata...aku bengang betul dan benci pulak pada watak Joe atas apa yang telah dia lakukan demi untuk dapatkan Lia setelah Zarul beritahu Lia cerita sebenar apa yang dah Joe lakukan padanya. Tapi pada pendapat peribadi aku...watak Joe ni walaupun nampak 'jahat' tapi memang 'mengancam' jiwa raga dan aku berani jamin watak Joe ni memang menjadi dambaan setiap wanita yang bergelar isteri..ha ha ha...Dan sememangnya jodoh, pertemuan dan maut itu adalah ketentuan Allah swt ...walau macamana hebat kita merancang sekalipun...tidak akan berlaku tanpa izinNya...dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian...


... lagu Kaulah Segalanya - Ruth Sahayana yang diperdengarkan sewaktu majlis persandingan Joe dan Lia ...
 




.. lagu Nothing's Gonna Change My Love For You - George Benson ...




... lagu My Baby You - Marc Anthony ...


 




kalau nak baca karya Nasz boleh klik link ni... Nasz



No comments:

Post a Comment