New Moon



Author(s)    :  Stephenie Meyer
Country      :  USA
Language    :  English
Genre(s)     :  Young adult, fantasy, romance, vampire fiction
Publisher    :   Little, Brown
Publication  :  September 6, 2006
Date
Pages          :  563
ISBN          :  0-316-16019-9
Rating         :  ★★★★★






Ulasan :

Buku ini adalah sambungan cerita dari Twilight mengisahkan bagaimana Bella & Edward menjalinkan persahabatan setelah Bella tahu yang Edward ni bukan "manusia biasa" dan boleh katakan diorang ni "cinta luarbiasa" tak terjangkau dek akal...setelah berlaku satu peristiwa Jasper "abang Edward" cuba membunuh Bella semasa dalam majlis harijadi Bella yang ke 18. Masa Bella cuba bukak hadiah dia tu, Bella telah tak sengaja telah luka terkena kertas pembalut hadiah dan berdarah...Edward ni keluarga pontianak la katakan...mana boleh bau darah manusia...itu sebabnya dia kena serang tapi telah diselamatkan oleh Edward.

Bermula dari insiden itu Edward telah tinggalkan Bella setelah dia rasakan Bella tidak selamat kalau terus bersama dengannya...Bella telah jadi tak tentu arah selama 10 bulan kalau tak silap....lupa pulak nanti aku "check" balik yer..kemudian Bella cuba dapatkan semangat hidup baru dan cuba terima kenyataan yang Edward telah tinggalkan tanpa berita dan  cuba berkawan dengan Jacob kawan masa kecil dia tu... 
Tapi akhirnya Bella telah cuba selamatkan Edward dari cubaan bunuh diri...adakah Bella & Edward kembali bersatu ???...kena baca buku la yer..kalu aku cerita semuanya kesian pulak kat Stephenie Meyer nih penat jer dia perah otak buat cerita nih...senang2x jer aku buat cerita kat blog aku nih....yang pasti  buku ni buat aku tak tidur malam dibuatnya sebab tak sabar nak tau lebih lanjut jalan cerita kesudahannya...kena beli buku seterusnya la pulak....



Sumber dari http://en.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment