Terima Kasih Nudra Syafini






Penulis : Abdul Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre :  Remaja
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bilangan Mukasurat : 146
Tarikh Terbitan :
ISBN : 983-62-0331-1
Rating : ★★







Ulasan

Ruangan ini sekadar tempat untuk ku menyimpan kenangan, mengingat kembali dan berkongsi cerita atau lebih senang ku katakan sebagai diari buku-buku yang telah ku baca sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi malangnya aku hampir lupa sebahagian buku-buku yang telah ku baca dulu kala. Banyak sebenarnya, tapi yang paling ku ingat buku-buku Enid Blyton jer yang memang jadi kegemaranku masa sekolah rendah dulu. Yang lain entah tak ingat dah...Satu-satunya yang paling ku ingat buku ni...

Buku ni memang tetap dalam ingatan aku walaupun umurku telah menjangkau 30-an...dah tue beb orang kata...tapi sebab aku memang suka dengan nama watak Nudra Syafini sampaikan berangan-angan kalau ada anak perempuan nak letak nama yang "sweet" ni, he heh tapi apa boleh buat belum ada rezeki Allah nak bagi aku lagi...Buku ni memang sesuai untuk bacaan remaja walau pun santai, tapi penuh dengan pengajaran. Mengisahkan kehidupan harian sekumpulan remaja tingkatan 3 yang watak utamanya ialah Nudra Syafini dan Badrul Hisyam. Badrul Hisyam yang baru sahaja berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Simpang Sepuluh dan adalah anak kepada orang kaya terkenal dengan kenakalannya mengusik Nudra Syafini. Walau pun Badrul Hisyam hidup dalam kemewahan, Badrul Hisyam miskin didikan agama. Sementara Nudra Syafini yang hidup di dalam serba sederhana tetapi kaya dengan didikan agama.




No comments:

Post a Comment