Sebenarnya, Saya Isteri Dia !





Penulis  :  Zura Asyfar
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat  :  897
Tarikh Terbitan  : March 2011
ISBN :  978-967-0246-17-8
Rating :






Ulasan

Buku ni aku beli pada June lepas setelah aku secara tak sengaja tertengok drama SSID Episod 3 kat TV3...jadi aku pun cari buku ni kat MPH...alhamdulillah dapat beli dan terus baca habis dalam masa 2 hari jer...he he he kalau baca buku camnih memang la cepat jer habis...


Izzue Islam dan Tiz Zakyah melakonkan watak dalam Drama SSID TV3



 
.. lagu Kita - Forteen ...



 

Sinopsis   

Cerita tentang Syafa Aqira yang telah dinodai oleh Firash Arshad dalam satu majlis harijadi sahabatnya Raimy & Raina yang telah meletakkan pil khayal dalam minuman mereka. Insiden hitam itu telah dilihat sendiri oleh Farish( Abang kepada Firash) tunang Syaf  dan telah memutuskan pertunangan mereka. Ekoran insiden itu, Syaf dan Firash terpaksa bernikah walau pun mereka tidak saling menyukai satu sama lain. Kematian Farish pada malam pernikahan mereka juga telah menyebabkan Syaf redha menerima Firash sebagai suami walau pun Firash muda 3 tahun darinya. Setelah bernikah Firash telah memaksa Syaf merahsiakan pernikahan mereka dengan alasan kerana masih lagi belajar dan malu tidak mahu diketahui oleh rakan-rakannya. Namun, perasaan sayang dan cinta Firash mula berputik setelah terpaksa duduk serumah dengan Syaf sewaktu praktikal di Terengganu. Adakah mereka akan menjadi pasangan yang bahagia ? Kena baca buku SSID baru tau kisah seterusnya ye...

Setelah khatam baca buku nih aku rasa ceritanya memang agak menarik dan tertarik dari tengok drama tuh. Gaya penulisannya agak menyentuh hati dan perasaan dan buat aku teruja nak baca sampai habis dan boleh buat aku nangis tau...Setiap dugaan dan ujian yang berlaku pada kita di dunia ini pasti ada hikmahnya walaupun kekadang kita merasakan amat berat dan perit untuk melaluinya...Namun sebagai hambaNya kita perlu menerima dengan redha dan hati yang terbuka...kerana insya-Allah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Inilah gambar penulis dari keratan akhabar Berita Harian yang aku ambil pada 19 August 2013.



 

No comments:

Post a Comment