MAID





Penulis  :  Suri Ryana
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel Enterprise
Bilangan Mukasurat :  753
Tarikh Terbitan : April 2011
ISBN :  978-967-5067-77-8
Rating : ★★★★






Ulasan :

Buku ni memang tebal giler tapi aku berjaya habis baca dalam masa 2 hari jer tau...Aku memang tersangatlah suka dengan MAID ni...tahniah Suri Ryana kerana berjaya hasilkan karya yang sempoi dan memang kelakar habis.  Aku rasa lebih 3 kali kot aku dah baca buku nih dan sampai jadi 'addicted' pulak asyik nak ulang baca jer buku nih...tak de kerja lain...

Kisah cinta dua dunia berbeza...terpaksa kahwin demi jaga status dan maruah...Jadi penganggur dan susah dapat kerja menyebabkan Noorul ambil keputusan bekerja sebagai pembantu rumah kepada Harris seorang Jurutera yang tinggal di kondo mewah...Dalam diam Noorul telah jatuh hati pada majikannya Harris, dan oleh kerana tidak pandai memasak, dia telah bersusah payah pergi belajar ke kelas masakan untuk majikannya, Harris yang memang seorang yang terlalu cerewet sehinggakan digelar Mr F. Noorul yang bersifat kelam kabut dan selalu timbulkan kemarahan Harris hampir diberhentikan dari kerja tapi adik Harris, Haikal yang telah jatuh hati pada Noorul telah menyelamatkan Noorul. 

           Namun, gambar insiden tumpah air ke baju Harris telah tersebar mengatakan Noorul adalah 'perempuan simpanan' Harris itu telah menimbulkan kemarahan ibubapa Harris. Akibatnya mereka dipaksa kahwin untuk menyangkal berita sensasi tu.. Apakah perasaan sayang Noorul sama dengan perasaan Harris pada Noorul ?? beli buku ya kalau nak tau camne kisah seterusnya...

watak Noorul dalam buku ni memang buat aku tersenyum-senyum dan tak kering gusi tergelak-gelak sorang jer bila baca buku nih...memang santai dan "kelakar habis" hinggakan  "Mr Husband" aku pun pelik jer dan terpinga-pinga bila tengok aku...ha ha ha..bila ditanya kenapa aku jadi camtuh aku buat senyum sampai ke telinga jer...tahniah skali lagi dan harapan aku semoga Suri dapat lahirkan karya yang lebih 'menyengat' lagi di masa akan datang...

kalau nak tau lebih lanjut psl Suri Ryana boleh klik link ni ye..  Suri Ryana




No comments:

Post a Comment