Pabila Dia Tersenyum


 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  GrupBuku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 532
Tarikh Terbitan : 2025  
ISBN :  978-967-0535-77-7 
Rating :
★★★★★

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 14 penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan, Setulus Khadeeja, Dhea Gadis Dreamer, Bawah Payung Awan, Si Bakhil dengan Bunganya, Atas Lantai Bumi dan Teja Di Hati.

Kisah diorang ini menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dan dianugerahkan oleh ALLAH rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Takdir telah menemukan mereka ketika Hayr (Zuhayr) dalam perjalanan pulang telah terlanggar beg El (Elina) di tepi jalan kawasan yang semak samun. Hayr telah membawa Elina ke hospital yang dalam keadaan cedera parah, aib dan tidak sedarkan diri. Hayr terpaksa mengaku sebagai suami demi menyelamatkan nyawa Elina. Setelah sedar daripada koma, Elina hilang ingatan dan tidak kenal dirinya sendiri.

Watak Hayr ni macam hero idaman Malaya dan memang payah nak dapat dalam dunia sebenar ni tau. Aku rasa zaman sekarang ni memang agak susah nak cari lelaki yang ambil peduli, berani dan bertanggungjawab seperti watak Hayr dalam cerita ini. 

Watak Elina dalam karya ini juga buat aku berfikir lebih jauh lagi atas apa yang berlaku dalam takdir hidupnya. Inilah kebenaran hidup yang harus kita terima walaupun amat payah kerana semua makhluk dalam dunia ni ada cerita dan dugaan masing-masing. Ada sebab kenapa ALLAH uji kita kerana DIA nak tengok siapakah hambaNya yang benar-benar bersabar dengan ujian dan keimanan kita terhadapNYA. Kita kena sentiasa ingat, ujian ALLAH datang dalam pelbagai cara, dalam sedar ataupun tidak. Manusia akan diuji baik dengan perkara yang disenanginya atau disukainya mahupun dengan perkara yang dibenci atau tidak disukainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". ~ Surah Al Baqarah ayat 216

Jika hari ini kita diuji dengan kesulitan percayalah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kemudahan, kesenangan ataupun hikmah yang lebih besar maknanya untuk diri kita. Sabar dan percayalah pada janji ALLAH kerana pada setiap kesusahan ada rahmat ALLAH dan nikmat kesenangan yang menanti yang akan kita syukuri satu masa nanti.

Seperti kata penulis karya hebat ini, watak Elina ni memang memberi kesan mendalam di jiwa aku sebagai pembaca. Tinggalkan sejarah hitam semalam di belakang dan jangan biarkan ia membentengi atau menghalang untuk mencapai kejayaan anda di masa depan haa macam tulah lebih kurang ya.

Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah diorang ni memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Aku tersangatlah gumbira bila dua hati dan jiwa ini akhirnya bertemu kembali setelah lebih lima tahun terpisah dan  temui titik bahagia setelah mengharungi segala ujian dan kepayahan. Walaupun kisah mereka bermula bukan seperti yang mereka inginkan, tapi akhiran menjadi kisah yang paling mereka syukuri.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Mana nak cari suami seperti Hayr ni ya, kalau jumpa bagitau akak ya ha ha ha... Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis


Elina Daeng, gadis kelahiran Sabah yang dibesarkan di sebuah ladang kelapa sawit. Ayahnya seorang yang pekak dan bisu manakala ibunya pula seorang suri rumah yang suka bergosip. Ketika berusia tujuh tahun, ibunya Mirah melarikan diri bersama seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur bernama Irman. Daeng cuba menghalang namun terkorban. Sejak itu, Elina dijaga oleh ayah saudaranya, Benson. Selepas Benson dimasukkan ke penjara, Elina terpaksa menjejaki Mirah. 

Di Kuala Lumpur, Elina terjerat dalam kancah pelacuran dan dia yang tidak rela memperdagangkan diri dan memilih jalan mati. Kebetulan, Zuhayr yang dalam  perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar daripada koma, Elna kehilangan memorinya. Hidup Zuhayr menjadi kucar-kacir kerana cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui kad pengenalan. Hadirnya Danial, Adam dan Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah huru-hara. Berjayakah salah seorang daripada mereka membuatkan Elina tersenyum semula?

 


 

 

"Cactus represents endurance. Sebabnya, ia boleh lalui pelbagai dugaan. Nyawa kaktus ni liat. Tak ada air, tak perlu dibaja. Tapi, boleh terus hidup. Hebat kan?" ~ELINA

 

 


 

 

 

"Bila aku cari pasangan hidup, Fiq, aku bukan pilih trofi supaya orang lain boleh pandang dan kagum." ~ZUHAYR

  

 

 

 

 

 

... lagu Bertakhta Di Hati - Farahdhiya ...

 

 

... lagu Hanya Kau Yang Mampu - Anuar Zain ...

 


 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  
As long as you can breathe, you can still fight.
 
Tuhan takkan beri dugaan yang hambaNYA tidak mampu hadapi. 

Hidup ni akan jadi senang bila kita redha dengan ketentuan ALLAH. DIA Maha Mengetahui.

 Hargai segala yang kau ada dengan sebaik-baiknya. Nyawa kita ni sesuatu yang tak ternilai.

Orang yang betul-betul sayangi kita adalah orang yang sanggup menemani kita sampai ke hujung nyawa, susah dan senang.

Dendam adalah epidemik yang paling dahsyat.

Dunia ini ada banyak kesakitan, tapi dunia ini juga ada banyak keindahan.

Seburuk-buruk manusia adalah manusia yang berilmu, tetapi tidak mempraktikkan ilmu yang dimilikinya.

Cara untuk membersihkan jiwa adalah dengan berwuduk dan sujud kepada DIA yang satu. Ketenangan itu hanya milik DIA dan DIA juga yang mampu memberi kepada mereka yang mencari redhaNYA.

The bitterness of truth always better then the sweetness of lies.

Jodoh itu ketentuan ALLAH.

Cinta itu adalah cinta yang infiniti, seakan-akan tiada penghujung melainkan dengan izin Maha Pencipta. Cinta yang saling melengkapi walau di mata orang hubungan kalian bagaikan pinang tidak terbelah. Walaupun ada mulut-mulut lancang yang merasakan kamu berdua tidak sepadan.

Setiap benda yang kita buat dalam dunia ni akan meninggalkan kesan dalam hidup orang lain. Benda yang kita sangka kecil kadang-kadang tinggalkan parut yang cukup dalam.

Setiap manusia bertanggungjawab dengan tiap jalan yang dipillih mereka.

Kata Marilyn Monroe, "If you can't handle me at my worst, then you don't deserve me at my best".

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ya ...