Penulis : Rin Ahmad Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Malay Fiction Penerbit : Kaki Novel Bilangan Mukasurat : 618 Tarikh Terbitan : 2012 ISBN : 978-967-5067-32-7 Rating : ★★★★★ Setelah membaca karya pertama penulis, aku begitu tertarik dengan kata-kata di kulit novel "Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der, der die Liebe erschaffen hat ?Are you in love with the idea of love or do you love the creator of love? Hatiku seperti ditarik-tarik dan ingin menyelongkar apakah isi yang terkandung dalam karya ini yang pada firasatku karya ini juga tidak akan mengecewakan aku kerana karya ini telah mendapat perhatian yang meluas dari geng goodreads. Ternyata karya ini begitu berbeza sekali dan seperti kata pepatah melayu karya ini "membuka pekung di dada" memperlihatkan keruntuhan akhlak dan perilaku anak-anak bangsaku yang bijak pandai semakin tersasar jauh bukan sahaja daripada adat dan budaya malah telah luntur iman dan pegangan agama yang tersemat di dada. Walaupun pahit umpama hempedu namun itulah kenyataan yang perlu ditelan dewasa ini. Sinopsis
Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich (TUM) terperangkap menjadi roommate jejaka kacak, Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar. Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.
Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa? Ulasan : Di sebalik kisah yang syahdu ini ia membuktikan kepada kita alangkah ruginya jika seorang hamba kehilangan kasih Allah, dia akan hilang segala-galanya. Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah kasih sayang Allah dan keampunannya terlalu luas. Yakinlah di
sebalik semua yang terjadi dan berlaku kepada kita itu ada hikmah dan nikmat yang akan kita syukuri satu masa
nanti. Walaupun penulis menceritakan tentang kisah pergaulan bebas watak-watak utama secara jelas dalam karya ini namun aku kira secara tidak langsung kisah ini juga sebagai kiasan untuk memperlihatkan kepada pembaca bahawa inilah keadaan sebenar yang terjadi kepada segelintir anak bangsa melayu yang menimba ilmu di perantauan yang hilang jati diri dan semakin nipis iman yang diharap menjadi pelapis dan pejuang agama, bangsa dan negara. Syabas dan tahniah serta ucapan terima kasih yang
tak terhingga kepada penulis ini kerana berani menggarap kisah ini dan berkongsi karya hebat ini untuk dijadikan tauladan kepada para pembaca. Secara peribadi, aku dapati banyak
maklumat dan persoalan sebagai seorang hamba-Nya, sebagai isteri dan sebagai anak dikupas
dengan begitu sempurna sekali dalam karya ini. Juga, banyak
ilmu rumahtangga dan tanggungjawab isteri yang boleh dijadikan sebagai ikutan,
panduan dan
pengajaran untuk membimbing suami ke jalan yang diredhai oleh ALLAH swt dengan penuh helah manja menggunakan sepenuhnya kuasa wanita dengan cara yang taat. Sejujurnya aku mengakui ayat-ayat dalam karya hebat ini yang mengatakan memang benar ramai orang yang bertemu hidayah jauh di rantau orang, kerana di sana hati cepat menjadi sunyi, menjadi walang dan mudah tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nak membezakan baik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di tempat sendiri kadang-kadang nur ilahi terkambus antara adat dan budaya, terselimut antara yang fasik dan yang benar. Highly Recommended Book
kepada yang berkeinginan untuk berubah dan menemui Pencipta juga kepada yang akan bergelar ISTERI. Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa seorang isteri itu akan makbul jua, insya-Allah. Buatlah apa saja asalkan niat kita kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Ya Allah tetapkan imanku dan bimbinglah aku agar sentiasa mengerjakan amal soleh dan sentiasa taat dan menjadi isteri yang
solehah, semoga dipermudahkan insya-Allah. Amin.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
"...Sometimes the bad things that happen in our lives put us
DIRECTLY
in the path of the BEST things that will ever happen to us ..."
" Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba-Nya
di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat,
sedangkan hamba-Nya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah istidraj " Rasulullah SAW bersabda : " Ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali , bertahmid 33 kali dan bertakbirlah 33 kali. Sesungguhnya zikrullah memberi kekuatan jiwa dan membantu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan sentiasa bersama orang yang basah bibirnya dengan zikrullah " Allah berfirman dalam satu hadis qudsi. Innamal a'malu bil niat Setiap amal tergantung pada niat
Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der,
der die Liebe erschaffen hat ?
Are you in love with the idea of love or
do you love the creator of love?
Untuk Semua Dosaku
Fuer alle meine Suenden
... Jay Jay & Dayangku Intan - Kita Insan Biasa ~ gambaran hati Lisa ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad
Penulis : Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Tokoh Penerbit : Karya Bestari Bilangan Mukasurat : 359 Tarikh Terbitan : 2014 ISBN : 978-967-86-0430-7 Rating : ★★★★★ Ulasan : Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!! Buku ini telah sebulan kubeli TETAPI terpaksa kutangguh pembacaannya ekoran dari tidak tertanggung sebak yang terbuku menggunung dihatiku ini...setiap kali pembacaan terpaksa kuhentikan seketika kerana betapa mudahnya mataku ini mengalirkan air mata deras. Aku yakin sesiapa sahaja yang membacanya pasti merasa sebak dan hiba. Terasa begitu kerdil dan jauhnya aku jika dibuat perbandingan kerana sudah terlalu lama aku hidup dalam comfort zone yang amat selesa ini. Setelah ku habisi pembacaan ini, Allahu Akhbar aku turut terkesan dan sungguh merasa kesannya dengan pemergian Ahmad Ammar seperti dikejutkan dari lena yang panjang...aku mula memikirkan tentang cahaya iman dan ilmu dalam diriku ini, mati syahid dan bagaimana untuk membantu saudara-saudara Islamku. Buku terbitan Karya Bestari ini khusus menceritakan tentang perjalanan hidup almarhum Ahmad Ammar daripada pandangan dan luahan hati dan kata keluarga almarhum, sahabat dan beberapa orang yang rapat semasa hayatnya. Cetusan idea menerbitkan buku ini adalah sebagai pemangkin sebuah kebangkitan Islam dan sebagai pencetus semangat baru di kalangan generasi muda dan umat Islam seluruhnya. Semoga kita dapat sama-sama mengambil teladan dan pengajaran daripada kisah dan peristiwa yang terjadi kepada almarhum Ahmad Ammar ini dan meneruskan kehidupan sebagai Muslim menurut ajaran Islam sekali gus memartabatkan keindahan Islam di sisi kita dan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini insya-ALLAH. Semoga kita dipermudahkan oleh ALLAH SWT dalam perjuangan ini insya-ALLAH amminn.
Al-Fatihah buatmu Ahmad Ammar didoakan Almarhum bertemu dan ditempatkan bersama-sama insan agung junjungan Rasulullah SAW
" ... Abah, dunia ini adalah tempat untuk berjuang
dan tempat untuk kita berpenat.
Kita rehatlah bila mati
dan syurga-NYA sedang menanti ..."
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang GPTD boleh klik link ini ye ...
Penulis : Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Malay Fiction / Tarbiah Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd Bilangan Mukasurat : 492 Tarikh Terbitan : 2012 ISBN : 978-983-097-361-6 Rating : ★★★★★ Ulasan : Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan
dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat
ini. Cinta High Class adalah karya pertama penulis hebat ini
yang baru sahaja aku baca. Karya hebat ini boleh di kategorikan sebagai
novel tarbiah dan boleh dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup untuk para pembaca tentang erti sebenar cinta halal dalam Islam terutama sekali untuk yang belum bergelar atau pun yang sudah bergelar Suami atau Isteri. Cinta High Classbukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Cintaku Kerana Agamamu. Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka denan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat. Karya ini memaparkan kisah yang sungguh menyentuh hati dari sudut pandangan seorang LELAKI iaitu Dr Muslih dan juga seorang PEREMPUAN iaitu Qani'ah Syumaila. Ia juga sebagai makanan kepada jiwaku yang masih kosong selama ini, aku cuba menghayati
dan menghadam mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis disebalik maksud yang tersirat Cinta High Class sebagai seorang Muslim. Membaca
setiap baris ayat dari karya ini bukan
sahaja terkesan hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam, malah banyak menyedarkan aku tentang erti cinta itu sendiri dari perspektif seorang Muslim. Penulis juga berjaya mentarbiah pembaca bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti iman sebagai seorang lelaki dan perempuan dalam mengharungi hidup
di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Selain itu juga,
penulis juga banyak menyelitkan ayat-ayat al-Quran, sabda Nabi dan kata-kata
mutiara para ulama muktabar tersohor yang sekaligus menjadikan novel ini nyata
berbeza sekali dengan novel yang lain di pasaran yang telahku baca sehingga kini. Ya ALLAH sesungguhnya aku mengakui aku telah banyak melakukan kesilapan di dunia fanamu ini dan masih cetek ilmu akhirat dalam diri ini.
Masih banyak ilmu yang tidak lagi kupelajari dan masih banyak tanggungjawabku sebagai seorang Muslim yang masih tidak
terlaksana dan perlu ditambah, diperbaiki dan dicarigali. Aku tidak mahu comment lebih-lebih disini, cukup hanya aku menyatakan di sini masih belum terlambat untuk para pembaca budiman sekalian untuk menambah ilmu di dada untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar. Kalau ingin tahu lebih lanjut dan menghayati serta menimba ilmu yang cukup hebat dalam karya yang aku pasti memang hebat ini, cuba dapatkan karya ini dan buat penilaian sendiri setelah membacanya. Anda pasti menemui jawapan disebalik persoalan yang tidak terjawab di minda selama ini insya-ALLAH.
Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang
tak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi ilmu dan berjaya menghasilkan karya yang cukup lengkap rencahnya, sempurna dan sungguh mantap sehingga
berjaya menggetarkan seluruh jiwa dan ragaku. Banyak maklumat dan persoalan sebagai seorang muslimin dan muslimat dikupas sempurna dalam karya ini, bagaimana mendidik nafsu dan menyalurkan cinta halal dalam Islam dan seterusnya sehingga ijab qabul dilaksanakan. Di samping itu juga, banyak
ilmu rumahtangga dan tips berguna yang dapat dijadikan sebagai ikutan, panduan, pedoman dan
pengajaran untuk mendapat pahala dan keredhaan ALLAH di dunia yang fana ini. This is the best Islamic novel that I've ever read and its really worth to buy it and Highly Recommended Book untuk yang belum, akan atau sedang menempuh alam perkahwinan dan ingin menimba ilmu untuk menjadi seorang insan yang soleh dan solehah yang sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT. Ya Allah kuatkan imanku dan bimbinglah aku untuk menjadi wanita dan isteri yang
solehah, semoga dipermudahkan insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
" Islam sememangnya menggalakkan kita untuk mencari rezeki, tetapi kemewahan bukanlah matlamat yang hakiki. Betapa ramai orang yang mampu membeli rumah yang mewah, namun tidak mampu membeli kebahagiaan di dalamnya. Betapa ramai orang yang mampu membeli tilam yang empuk dan mahal, namun tidak dapat membeli lena semasa tidur. Ramai orang yang mampu membeli makanan enak, namun tidak dapat membeli selera semasa makan. Sebab itulah dikatakan, kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kita. "
Penulis : Raihan Zaffya Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Malay Fiction Penerbit : Karangkraf Sdn Bhd Bilangan Mukasurat : 520 Tarikh Terbitan : 2012 ISBN : 978-983-124-784-6 Rating : ★★★★★ Ulasan : Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan
dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat
ini. Rindu Syahadah-MU adalah karya pertama penulis hebat ini
yang baru sahaja aku baca. Karya hebat ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini
boleh dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup para pembaca. Penulis berjaya memperlihatkan kepada pembaca apakah
tanggungjawab sebenar seorang khalifah di atas muka bumi Allah ini.
Dan setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini niatkanlah hanya kerana ALLAH. Niat begitu penting untuk menjalin perhubungan manusia dengan-NYA. Sentiasa menjaga iman dan akidah kita. Perlu jaga niat, ucapan dan perbuatan.Nyawa itu pada setiap detik boleh terpisah dari badan.
Orang yang beriman akan terima apa saja qadak dan qadar yg ALLAH sudah aturkan. Akan ada terlalu banyak tipu daya di akhir zaman ini. Sentiasa meletakkan ALLAH di dalam hati dan sentiasa memastikan segala tindak tanduk kita
mesti berpegang teguh pada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap Muslim yang mukmin mesti mempertahankan kedua-duanya daripada dicela oleh musuh-musuh Islam. Kita mesti ada ilmu dan jihad menentang nafsu dalam diri sendiri. Jadilah hamba yang merendah diri kepada TUHANnya. Jadilah umat yang bangga akan Rasulullah s.a.w. Insya-ALLAH kemana saja kita pergi, kita akan selamat. Dan kita harus akur bahawa ujian ALLAH ditimpakan adalah kerana kasih sayang-NYA. Kita diuji dan diturunkan rahmat agar kita sedar bahawa kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Kisah tentang Qistina Alia gadis
berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya.
Kemewahan yang melimpah tidak memberi makna buatnya. Dia perlukan kasih
sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran
itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenar.
Dalam
pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji
diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang
tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan.
Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan
dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah, dia menyedari
bahawa akidahnya sedang dipermainkan. Kehadiran doktor muda, Rian
Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah
ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya, tetapi setiap kata Hazriq
yang telah mengusik perasaannya. Ketika kehilangan Qistina yang
penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untuk mencari
gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah
tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu telah
terlewat... Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati
mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa sebagai seorang Muslim, kita perlu berpegang teguh pada Rukun
Iman. Qada' dan Qadar Allah adalah satu perkara yang perlu diyakini. Di
sebalik semua ketentuan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Membaca
setiap baris ayat dari karya ini bukan
sahaja buat aku sebak, malah banyak menyedarkan dan menginsafkan aku.
Dan aku terasa seperti berada di dalam watak Qistina dan sungguh
terkesan
hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Sejujurnya aku mengakui aku
juga telah banyak melakukan dosa dan masih banyak kekurangan diri ini.
Masih banyak tanggungjawabku yang tidak
terlaksana dan perlu diteruskan walau sebesar mana sekalipun
ujian dan dugaan duniawi yang perlu aku tempuhi. Sememangnya
Allah sentiasa mendahului segala perancangan dan sebagai manusia kita
harus pasrah menerima aturan takdir-Nya. Kekecewaan yang pernah kita
lalui mungkin akan menjadi satu nikmat yang akan kita syukuri satu masa
nanti.
Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang
tak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi karya hebat ini
dan berjaya menghasilkan karya yang sungguh mantap sehingga
menggetarkan seluruh jiwa dan ragaku. Ya
Allah kuatkan imanku, bimbing dan permudahkan aku untuk menjadi isteri yang
solehah insya-Allah dan
aku memohon keredhaan-Mu. Mudah-mudahan Allah akan pandu kita semua melayarkan bahtera
rumah tangga kita ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :- ' Sesungguhnya orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ' ~ ( Surah az-Zumar 39 : 10 )
Solat itu menjadi tiang agama. Jika tidak dilakukan bererti sedang meruntuhkan agama Islam itu sendiri. Balasan yang amat pedih disediakan oleh ALLAH seandainya meninggalkan solat dengan sengaja. Doa mesti dipanjatkan usai bersolat. Jika tidak, itu tandanya diri adalah manusia yang sombong di sisi ALLAH. Besar kelebihannya bagi sesiapa yang menunaikan solat subuh. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam riwayat Muslim dan At-Tarmizi : ' Barangsiapa menunaikan solat subuh, maka mereka dalam jaminan ALLAH. Maka janganlah cuba-cuba membuat ALLAH membuktikan janji-NYA. Sesiapa yang membunuh orang yang sedang solat subuh, ALLAH s.a.w akan menuntutnya, sehinggalah DIA membenamkan mukanya ke dalam neraka.' Dunia ini tempat ujian dan bukan tempat nak bersenang-senang. Kita kena yakin semua ujian datangnya daripada ALLAH. Mungkin kita fikir apa yang jadi pada kita paling teruk tapi kita lupa ada yang nasibnya lebih buruk daripada kita. Yang paling beruntung siapa yang selalu diberi ujian maknanya ALLAH sangat sayang pada orang itu. Wanita yang cantik dan takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia. Sifat manusia selalu ada pertentangan yang menghuni di dalam diri. Selagi masih ada setitis iman, maka akan ada sedikit ingatan di dalam diri mereka kepada TUHAN. Kuatnya iman atau akidah seseorang bergantung bagaimana mereka mengendalikan dan memupuknya. Iman itu ada turun naik lakaran grafnya. Ia bukan seperti baton yang boleh diserahkan kepada orang lain dalam satu larian pantas. Iman dan akidah di dalam diri setiap insan, masing-masing bertanggungjawab membajanya dengan baik agar terus subur mekar dan bertunas sehingga setiap jiwa sanggup berjihad pada jalan Islam. Iman itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sabar dan syukur. Allah telah berfirman ketika memuji sifat sabar :
'Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah KAMI ketika mereka bersabar. Dah telah sempurnalah perkataan TUHANmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Isra'il disebabkan kesabaran mereka. Dan kami telah memberi balasan kepada orang-orang yang sabar.' (547-549) Jangan mencintai manusia terlalu berlebihan kerana manusia akan binasa. Cintai ALLAH lebih dari manusia dan cintailah manusia itu kerana ALLAH. ' Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.' ~ ( Riwayat Al-Bazzar ) Islam menuntut agar umatnya menyampaikan kebaikan biar hanya dengan sebaris ayat
'Dan barang siapa yang mentaati ALLAH dan Rasul-NYA, mereka itu akan bersama-sama orang yang akan dianugerahi nikmat ALLAH iaitu Nabi-Nabi, para Siddinqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang salih. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.'
~ ( Surah an-Nisa : 69 ) ' Redha adalah sifat makrifah dan mahabbah kepada ALLAH S.W.T. Terima dengan senang dengan apa yang ALLAH berikan, baik berupa hukum atau peraturan dan juga menerima sesuatu ketentuan yang datang daripada ALLAH. Maksudnya redha itu terbahagi kepada dua. Pertamanya, berlapang dada menerima hukum atau peraturan yang dah ditentukan. Yang kedua, berlapang dada dengan ketentuan ALLAH tentang nasib atau mengenai diri.' Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda : ' Setiap umatku akan masuk Syurga kecuali orang yang enggan. Para sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah ! Siapakah orang yang enggan itu ? Rasulullah menjawab : " Sesiapa yang taat kepadaku maka ia akan masuk Syurga dan sesiapa yang derhaka maka sesungguhnya dia telah enggan. " Banyak sebab yang boleh membuatkan seseorang itu jadi munafik. Antaranya orang yang mendusta dan mengingkari ayat-ayat ALLAH iaitu al-Quran. Orang yang tak nak menerima hukum-hakam ALLAH. Orang yang menuduh perempuan baik-baik melakukan zina dengan tanpa bukti dan orang yang melakukan kezaliman dengan sesuka hatinya.
Setiap gerak hati adalah aturan daripada ALLAH. DIA yang menyusun atur hati-hati manusia mengikut apa yang DIA mahu. Bila sahaja ALLAH berkata ' KUN FAYAKUN ' maka terjadilah apa yang sepatutnya terjadi. Tubuh itu amanah ALLAH. Jangan sia-siakan. Berdosa ... akan disoal nanti. Apa yang ada pada kita ini semua dipinjamkan. Hak ALLAH. Kitalah yang perlu bentuk dan didik diri kita untuk dekat dengan ALLAH. Iman adalah nikmat terbesar yang ALLAH lontarkan dalam hati-hati manusia yang diingininya. Beruntung kepada sesiapa yang ALLAH telah anugerahkan. Dua perkara pokok yang penting bagi orang Islam, pertama adalah akidah, iaitu percaya pada rukun iman. Letaknya di hati. Ia satu keyakinan yang mengikat hati manusia dari segala keraguan. Ia adalah asas atau pokok. Keduanya ialah perbuatan kita, iaitu cara-cara beramal seperti solat, puasa, zakat dan apa saja bentuk ibadah. Ia adalah cabang kepada pokok atau asas tadi. Tidur adalah kematian kecil. Ketika itu roh dikeluarkan sebentar oleh malaikat dengan seizin ALLAH. Kemudian ALLAH memegang jiwa-jiwa orang yang sedang tidur seperti DIA memegang jiwa-jiwa orang yang telah mati. Setelah itu jiwa-jiwa itu akan dilepaskan semula bila sampai ketikanya. Dalam Islam telah nyata tentang halal haramnya sesuatu perkara. Bila mana ada was-was di antara kedua-duanya ia telah jatuh kepada syubahah. Jika sesuatu hukum itu tidak diketahui dengan jelas, itulah yang dimaksudkan dengan syubahah. Islam melarang kita mendoakan keburukan orang lain. ' Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal. ' ~ ( Surah At-Taubah : 111 ) ' Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir. ' ~ ( Surah Yusuf : 12 ) Sentiasa memberi kemaafan kepada orang-orang yang telah menyakiti kita
Penulis : Rin Ahmad Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Malay Fiction Penerbit : Kaki Novel Bilangan Mukasurat : 448 Tarikh Terbitan : February 2014 ISBN : 978-967-0448-59-6 Rating : ★★★★★ Ulasan : Arluna ~ Tewas Itu Taat, pertama kali 'membedah siasat' karya penulis ini setelah terlihat tajuk yang agak unik dan menarik ini di perkongsian geng goodreads. Ia seakan menggamit hatiku untuk menyelongkar karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini.
Pertemuan pertama Nia Arluna (Nina) dengan Johan Arif (Joe) dalam satu insiden terjatuh dalam kolam renang di puncak Sands Skypark, Singapura telah berputiknya
bunga-bunga cinta di dalam hati Johan tanpa disedarinya sehingga membawa
kepada pertemuan seterusnya sewaktu Nina menjalani praktikal di syarikat sahabat baiknya, Raziq. Johan mengambil keputusan melamar Nina untuk menjadi isterinya untuk mengelak daripada Fazleen 'udang galah' dari sering mengganggunya. Namun,
kebahagiaan yang baru dirasai oleh Nina sering dikejutkan dengan mesej romantis dari Fazleen
sehingga membuatkan Nina menjeruk hati. Nina merasakan terlalu banyak yang tidak diketahuinya tentang diri Johan dan merasakan Johan berlaku curang di belakangnya dan masih ada hubungan dengan Fazleen. Walau bagaimanapun, Nina tetap cuba mempertahankan rumahtangga yang baru dibina itu dan cuba belajar untuk menjadi isteri yang terbaik buat Johan. Kesetiaan dan keikhlasan cinta Johan mula dipertikai oleh Nina. Ada
waktunya Nina cuba bertindak dengan bijak mengambil hati Johan tanpa menunjukkan sebarang perubahan. Ada
waktunya Nina tidak dapat mengawal emosinya yang sering mendahului akal apabila Johan ambil
mudah dalam semua perkara dan tidak mengendahkan perasaan Nina sebagai
isteri dan masih melayan Fazleen bekas kekasihnya itu. Mampukah Johan mendapatkan kepercayaan dan memujuk Nina semula ? Adakah Nina berjaya mempertahankan mahligai cinta yang baru dibina itu ? Kalau
nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...
Pendapat peribadi aku, karya penulis ini boleh dikatakan hampir tidak mengecewakan aku. Tema dan plot
ceritanya berkaitan cinta yang hadir selepas nikah. Gaya
penulisan bahasanya bersahaja dan menghiburkan. Watak-watak
utama dalam karya ini berjaya mencuit hati aku. Walau bagaimanapun, aku
memang jatuh hati dengan watak 'Nina'
yang mempunyai auranya yang tersendiri dan tahniah kepada penulis kerana
berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara
keseluruhannya dan memeriahkan suasana cerita ini melalui dialog
'sempoi' dan dialog/monolog aksi nakal dan bersahaja. Pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih
kepada pergolakan perasaan dalam
melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Setiap rasa kasih dan
cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu pasti akan diuji sama ada kita
bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha
mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari
Allah. Hanya kasih sayang
yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala
sudut dugaan yang datang. Terima kasih
kerana berkongsi dan
berjaya
menghasilkan karya yang bukan sahaja mencuit hati malah menyedarkan dan
mengajak pembaca untuk sama-sama merenung, menerima dan
yakin jodoh yang telah ditentukan
oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik, terindah dan saling lengkap
melengkapi di antara satu sama lain. Terima dan kasih pasangan kita
kerana Allah dan terima
kekurangan dan kekhilafan pasangan sebagai satu kesempurnaan dalam
melayari alam rumahtangga. Banyak ilmu rumahtangga dan tips berguna yang dapat dijadikan panduan dan pengajaran tentang peranan isteri dan hak isteri terutamanya tips
dari Prof Muhaya, Dr Ariffin bapa mertua Nina dan umi Nina sendiri tentang
peranan isteri dan hak isteri.
Highly recommended book untuk yang baru sahaja bergelar isteri. Yakinlah dengan kasih sayang yang Allah limpahi dalam rumahtangga kita. Semoga kita dipermudahkan melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya,
insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
' Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri ) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.' ~ (Surah Ar Rum : 21) ' Patience is bitter, but it bears sweet fruit ' ' Kahwin ni bukan setakat kongsi katil tapi kena kongsi semuanya. Susah senang dan nafkah. Nafkah seorang isteri adalah berdasarkan kemampuan seorang suami ' ' Seorang perempuan kena faham hak dirinya sebelum dan selepas kahwin. Sekiranya suami seorang yang miskin maka, nafkah adalah mengikut kemampuannya walaupun isteri adalah seorang yang kaya ' ~ (Surah At-Talaq : 7) ' Keluarga adalah ikatan yang terjalin tanpa kita memintanya. Kadangkala menyakitkan hati, tetapi mereka tetap keluarga kita. ' ' Rasulullah SAW bersabda, Isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya. ' ' Jika rasa susah dan rasa kehidupan baru mencabar, bangun malam dan mengadu pada Allah, minta Allah jaga hati kita atau hati suami kita. Doa dan minta dengan-Nya. ' ' Taatilah suami walau apa pun kelakuannya kerana Allah ' ' Anak itu amanah Allah. Harta dan anak adalah dua perkara yang pasti akan diuji untuk manusia. Harta sama ada Allah menguji hamba-Nya dengan kekayaan atau dengan kemiskinan. Dan anak, Allah menguji kita macam mana mendidik anak dan bersabar sama ada kita mendapat anak yang baik atau tidak ' ' When a man has a family, he is rich ' ' Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya dengan jodoh yang Dia tetapkan. Allah menemukan kita dengan pasangan yang menduga kesabaran emosi kita kerana Allah mahu kita sentiasa merayu dan merintih berdoa dan beribadah ' ' Suami pinjaman di dunia tapi dia milik isteri ' ' TEWAS ITU TAAT '
...inilah lagu Perfect Love - Simply Red ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad
Penulis : Ramlah Rashid Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Malay Fiction Penerbit : Buku Prima Bilangan Mukasurat : 642 Tarikh Terbitan : March 2012 ISBN : 978-967-0342-28-3 Rating : ★★★★★ Ulasan : Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah diberi sekali lagi kesempatan
dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat
ini. Biarkan Indah Berlalu adalah karya pertama penulis hebat ini
yang baru sahaja aku baca dan karya ini aku kira memang unik dan begitu
simbolik sekali dan boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah. Di dalam
karya ini penulis bukan sahaja berjaya
menyingkap sebuah kisah pilu tentang seorang gadis lemah yang telah
menjadi mangsa kezaliman oleh ahli keluarganya sendiri. Malah ia juga
berjaya memperlihat bagaimana kesabaran, ketabahan dan keyakinan dengan
menyerahkan segalanya kepada Allah swt dalam menghadapi setiap ujian dan
dugaan berat yang mendatang itu pastinya terselit hikmah yang paling
agung di sebalik kejadiannya. Secara tidak langsung, penulis juga
berjaya membuka mata hati dan mata akal pembaca untuk menyelami
pergolakan perasaan mangsa yang dizalimi akibat kerakusan nafsu manusia
itu sendiri. Selain itu, ia juga berjaya memperlihat kepada pembaca
bagaimana pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan ini
untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.
Kisah tentang Indah Nur Iman yang telah dinodai oleh abang sepupunya
sendiri Azril yang bernafsukan syaitan setelah putus cinta dengan teman
wanita Indon. Peristiwa hitam itu berlaku sewaktu Indah tinggal
bersama-sama emak
saudaranya untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej di Kuala Lumpur.
Hidupnya tidak seindah namanya setelah emak dan bapa saudaranya (Mak
Ngah dan Pak Ngah) lepas tangan walaupun peristiwa hitam itu telah
disaksikan sendiri oleh mereka kerana ingin selamatkan anak lelaki
tunggal mereka dari di penjara dan takut kepada bapa Indah seorang
Jeneral bersara yang berpendirian tegas.
Oleh kerana pujukan emak
saudaranya supaya merahsiakan kejadian itu, Indah yang naif telah setuju
tinggal di asrama sehingga hamil. Akibatnya Indah bukan sahaja telah
digantung dari pengajian oleh pihak kolej malah Indah telah disebat 100
kali oleh abahnya sebagai hukuman untuk penzina. Mak
Ngah dan Pak Ngah juga tidak langsung cuba menceritakan hal yang
sebenar dan membantu Indah malah bersama-sama ibu dan abahnya melakukan pelbagai cara dan usaha untuk menggugurkan kandungan tersebut tetapi tidak berjaya.
Oleh
kerana tidak mahu di paksa berkahwin dengan Leman gila untuk dijadikan
'pak sanggup', Indah telah melarikan diri dan menjadi pelarian dalam
hidupnya sendiri sehingga ditemui
oleh sepasang warga emas Tok Wan dan isterinya selepas melahirkan bayi
perempuan di bawah pokok pisang. Kelahiran bayi perempuan yang tidak
diharap dan amat dibenci itu telah diserahkan kepada Tok Wan dan
isterinya telah dipelihara dengan penuh kasih sayang dan diberi nama
Putri Imani Abdullah.
Selepas
lebih dua tahun Indah meninggalkan anaknya bersama Tok Wan tanpa ada
sekelumit ingatan untuk menjejaknya, tiba-tiba barulah
timbul perasaan kasih kepada Putri setelah bertemu kembali di rumah Tok
Wan. Pertemuan Indah dengan Danial Ahmad Tarmizi yang merupakan ketua
di tempat kerjanya telah memberi sinar cahaya baru dalam hidup Indah
selepas mereka bertemu di rumah Tok Wan semasa
Danial menjual insuran yang ingin dibeli oleh Tok Wan untuk Putri. Putri
mula menjadi rebutan ibu dan abah Indah, Azril, Mak Ngah dan Pak Ngah juga
Kak Biah bidan yang telah membantu Indah dan telah menjadi ibu susuan malah ibu
angkat yang sah mengikut undang-undang selepas kematian Tok Wan dan isteri. Indah
menjadi serba salah di antara memilih Danial yang begitu amat
menyayangi Putri atau mengikut kemahuan ibu dan abahnya supaya memilih
Azril yang ingin
bertanggungjawab dan mengahwininya untuk membantu mendapatkan
semula hak penjagaan Putri daripada Kak Biah. Siapakah yang bertakhta di hati Putri dan Indah? Kalau nak tahu bagaimana kesudahan cerita yang begitu menyayat hati ini, mesti dapatkan buku ini dengan segera ye. Pendapat
peribadi aku, kalau baca karya yang boleh buat aku nangis aku 'guarantee' buku itu memang 'AWESOME'. Karya ini
adalah antara karya yang paling sebak dan terbaik pengisiannya yang pernah
aku baca setakat ini. Membaca setiap baris ayat dari karya ini bukan
sahaja buat aku tersedar dan menginsafkan aku. Tidak ku
sangka dugaan demi dugaan yang tidak dapat
digambarkan berat ditanggung oleh Indah membuatkan aku terasa
tempias yang paling hebat sekali. Perasaan hatiku turut sesak dan pilu
seperti di hiris merasakan keperitan dan kesengsaraan Indah sehinggakan
air mataku menitis laju di setiap baris
ayat yang ku baca tak tertahan dan sebak rasa
hatiku ini sehingga membuatku terfikir panjang jika aku berada di tempat
Indah mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ? Aku
sungguh tersentuh dengan cinta murni dan ketulusan kasih sayang Danial
kepada Putri dan Indah. Setiap gadis mahupun wanita pastinya mendambakan
seorang insan yang bergelar LELAKI seperti Danial ini. Padaku watak
Danial ini cukup mulia dan sempurna dari pelbagai sudut. Demi cintanya, Danial dengan rasa terpaksa memaksa
hati membiar Indah berlalu. Cinta bukan bererti memiliki, tetapi
berusaha membahagiakan yang tercinta mengutip bahagia dengan caranya.
Dan demi Putri juga, Danial rela mencari sirih jampi bagi melupai
mereka. Namun demi harapan terindah Putri, berusaha juga Danial menjejak
diari lama, bukan untuk merampas yang bukan miliknya tetapi sekadar
melunasi apa yang dia sudah berjanji.
... Inilah lagu Ayat-Ayat Cinta - Rossa lagu kegemaran Danial & Indah ...
Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati
mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa setiap apa
yang berlaku pada kita didunia ini pasti ada hikmah yang
terindah di sebaliknya. Dosa dengan ALLAH boleh saja mohon ampun
daripada-Nya. Tapi dosa pada manusia, perlu mohon maaf daripada orang
itu juga. Jika diperkenankan, orang itu sendiri memohon daripada ALLAH
untuk diberi keampunan kepada yang berbuat salah. ALLAH Maha pengasih,
Maha penyayang dan Maha mengetahui. Taubat nasuha bererti menyesali
sesungguhnya dan tidak sama sekali berniat mengulanginya. Jadilah
hamba-Nya yang berserah diri, yang sentiasa mencintai mati dan mencintai
ALLAH. Jangan berdendam, sabar, redha dan jangan pernah mengeluh dengan
setiap ujian dan dugaan yang datang dan yakinlah pada Allah.
Walaupun dalam karya ini penulis banyak mengolah cerita dengan
menggunakan teknik 'flashback' namun penulis berjaya meletakkan
unsur suspen yang menyebabkan aku terasa sungguh teruja untuk tahu
kesudahan karya ini dan terus baca hingga ke akhir muka surat tanpa
henti dan buatku rasa sakit hati dengan watak keluarga Indah yang
sungguh pentingkan diri sendiri dan tidak tahu malu itu. Cukuplah
sekadar berkongsi sedikit rasa hatiku ini...untuk
mengetahui bagaimana kesudahan cerita selanjutnya, adalah lebih baik
jika membaca karya hebat ini sendiri dan cuba hayati dan selami mesej
dan mutiara indah yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang
syahdu ini.
Tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berjaya
menghasilkan karya yang
sungguh menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Penulis juga berjaya
membuatkan aku membaca buku ini bukan
hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh
pancainderaku, membaca buku ini dengan penuh deraian air mata yang bukan
sahaja buatku lebih bersyukur dan mensyukuri di atas nikmat dan apa
yang aku ada disekelilingku, juga membuatkan aku lebih menginsafi
kekhilafan diri ini.
Aku begitu tersentuh dengan luahan hati Danial ini ...
“ Usah peduli apa orang lain kata, ikut kata hati sendiri. Dan usah
takut bayangan semalam kerana tidak ada orang berupaya merubah semalam
yang sudah berlalu. Seburuk mana, sejelik mana pun semalam tetap dilalui
semua orang. Apa yang dibawa dari kejadian semalam, itu sudah pasti.
Usah menolak takdir yang ditentukan Allah, DIA sudah menyusunnya sebaik
mungkin. "
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
" ALLAH punya sebab tersendiri di atas setiap kejadian-Nya.
Rahsia-Nya hanya DIA yang tahu. ALLAH berkuasa di seluruh langit dan
bumi serta sekalian isinya. Walaupun para malaikat sudah mengatakan
manusia akan membuat onar dibumi ciptaan ALLAH ini tetapi ALLAH kata DIA
lebih berkuasa. DIA tahu apa yang dilakukan dan apa yang akan berlaku.
Tidak satu pun akan terlepas dari pengetahuan-Nya "
" ALLAH tidak akan mengakhiri dugaan-NYA selagi kita bergelar
hamba-NYA. Bersedialah dengan kesabaran yang tinggi dan iman yang cekal "
" Mintalah pertolongan daripada ALLAH, nescaya ALLAH akan
membantu. ALLAH suka pada orang yang banyak meminta. ALLAH sayang pada
hamba-Nya yang sentiasa bertaubat "
" Anak adalah amanah ALLAH, jangan sekali-kali disia-siakan "
" Mengikut Imam Syafei, sekali si isteri sudah ditiduri suami yang
sah, berertilah anak tiri itu mahramnya. Walaupun bukan dari darah
daging bapa tiri tetapi haram bagi bapa tiri itu mengahwini anak tirinya
nanti walau dalam keadaan apa sekalipun "
" Usah menolak takdir yang ditentukan ALLAH, ALLAH sudah menyusunnya sebaik mungkin. Siapa kita untuk merubah dan menolaknya "
" Perkahwinan bukan percubaan dan isteri bukan bongkah kosong.
Isteri mesti dikasihi selayaknya kedudukan mereka yang hadirnya dari
tulang rusuk kiri lelaki, tak cukup dengan hanya mengasihaninya. Eratnya
perasaan suami dan isteri sehingga berkongsi setiap rasa "
" Wanita yang tabah selalu diduga sebab ALLAH hanya akan
menurunkan kepayahan kepada hamba-Nya yang sudah dibekalkan kesabaran
dan ketabahan. Dan, setiap ujian adalah peluang untuk kita mendekatkan
diri kepada ALLAH "
" ALLAH benci orang yang bersikap pendendam. Sedangkan Nabi ampuni umatnya. Sikap dendam adalah permainan syaitan " " Ya ALLAH ya tuhan kami, janganlah KAU gelincirkan hati kami
setelah KAU beri petunjuk kepada kami dan limpahkanlah kepada kami
rahmat dari sisi-MU. Sesungguhnya KAU Maha pemberi ' ~ (Surah Ali Imran :
8 )
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Ramlah Rashid