Penulis : Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Tokoh
Penerbit : Karya Bestari
Bilangan Mukasurat : 359
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-86-0430-7
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!! Buku ini telah sebulan kubeli TETAPI terpaksa kutangguh pembacaannya ekoran dari tidak tertanggung sebak yang terbuku menggunung dihatiku ini...setiap kali pembacaan terpaksa kuhentikan seketika kerana betapa mudahnya mataku ini mengalirkan air mata deras. Aku yakin sesiapa sahaja yang membacanya pasti merasa sebak dan hiba. Terasa begitu kerdil dan jauhnya aku jika dibuat perbandingan kerana sudah terlalu lama aku hidup dalam comfort zone yang amat selesa ini. Setelah ku habisi pembacaan ini, Allahu Akhbar aku turut terkesan dan sungguh merasa kesannya dengan pemergian Ahmad Ammar seperti dikejutkan dari lena yang panjang...aku mula memikirkan tentang cahaya iman dan ilmu dalam diriku ini, mati syahid dan bagaimana untuk membantu saudara-saudara Islamku.
Buku terbitan Karya Bestari ini khusus menceritakan tentang perjalanan hidup almarhum Ahmad Ammar daripada pandangan dan luahan hati dan kata keluarga almarhum, sahabat dan beberapa orang yang rapat semasa hayatnya. Cetusan idea menerbitkan buku ini adalah sebagai pemangkin sebuah kebangkitan Islam dan sebagai pencetus semangat baru di kalangan generasi muda dan umat Islam seluruhnya. Semoga kita dapat sama-sama mengambil teladan dan pengajaran daripada kisah dan peristiwa yang terjadi kepada almarhum Ahmad Ammar ini dan meneruskan kehidupan sebagai Muslim menurut ajaran Islam sekali gus memartabatkan keindahan Islam di sisi kita dan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini insya-ALLAH. Semoga kita dipermudahkan oleh ALLAH SWT dalam perjuangan ini insya-ALLAH amminn.
Al-Fatihah buatmu Ahmad Ammar
didoakan Almarhum bertemu dan ditempatkan bersama-sama
insan agung junjungan Rasulullah SAW
didoakan Almarhum bertemu dan ditempatkan bersama-sama
insan agung junjungan Rasulullah SAW
" ... Abah, dunia ini adalah tempat untuk berjuang
dan tempat untuk kita berpenat.
Kita rehatlah bila mati
dan syurga-NYA sedang menanti ..."
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang GPTD boleh klik link ini ye ...
No comments:
Post a Comment