Dengarlah Jeritan Hatiku


 

Penulis   :  Rehan Makhtar       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 551
Tarikh Terbitan : Jan 2023  
ISBN :  978-967-14261-0-4 
Rating :  ★★

       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis ini selepas Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Apa yang boleh aku tulis di sini, selepas selesai baca buku ni baru emosi aku rasa lega dan tenang. Kisah ni lebih kurang sama macam tengok cerita Hindustan Kabhi Kushi Kabhi Gham je. Penulis ni memang suka buat aku nangis, nangis dan nangis je tau.

Ini kisah tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang anak istimewa terhadap ibu, abang angkatnya sendiri dan kekasih hati. Dia rela mengorbankan perasaan dan rasa cinta sendiri demi menyatukan semula ibu dan abang angkat dua insan penting dalam hidupnya yang paling disayangi. Tidak mudah menjadi sekuat dan setabah Yugasri insan yang cacat pendengaran ini. Aku agak lelah nak habiskan bacaan sebab kisah Yugasri ni memang sedih dan pilu seperti menyiat-yiat hatiku sendiri haaaa...

Apa-apa pun aku tersangatlah puas hati dan gembira dengan happy ending cerita ini bila semua hati dapat memaafkan dan melepaskan segala rasa dendam lalu, Yugasri dan Ashita akhirnya bersatu dan dapat bahagia bersama.  

'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.   

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.



Sinopsis
 

YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.

Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.

“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri

Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.

“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita

HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.

“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita

Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.

“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita

Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.

Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

 

 

... lagu Hal Hebat - Govinda ft. Ernie Zakri ...

 


 

  

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...