Nakhaie

 


 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Cik Bawang
Bilangan Mukasurat : 408 (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2023
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketujuh penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana dan Jangan Letih Mencintaiku.

Ini kisah tentang kembar yang terpisah akibat perceraian kedua ibubapa. Tidak sangka seorang bapa boleh menjadi sebegini kejam terhadap anak-anaknya sendiri. Sanggup seorang bapa menipu anak-anak demi kepentingan diri sendiri. Aku rasa kisah diorang ni memang berlaku di luar sana tu. 

Kisah diorang ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang ni. Aku terhibur dengan keletah dan ragam si comel Sofia. Buat aku tersengih jer...Rupa-rupanya Baba si Sofia ni masih hidup lagi...

Okay, lepas ni dah boleh move on dengan kisah lain pulak.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Aisyah Erina, Ibu tunggal anak satu kematian suami. Hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar.

Pertemuan dengan Adam Nakhaie buat dia hampir pitam. Raut wajah Adam persis dengan seseorang yang sangat dia rindukan. Jadi, setiap kali memandang Adam, dia melepaskan semua rasa rindu yang menggunung.

“Kenapa setiap kali you tengok muka I, you nampak sedih?” – Adam Nakhaie

“Wajah Tuan persis suami saya. Dia macam ada tetapi tak boleh disentuh.” – Aisyah

“Nama suami you Nakhaie?” – Adam Nakhaie

“Ya, Muhammad Nakhaie bin Nazmi.” – Aisyah Erina

“Nazmi?” – Adam Nakhaie

Adam semakin curiga. Apatah lagi imbasan masa lalu yang telah lama hilang mulai muncul. Ada seseorang yang dia sangat rapat di masa silamnya tetapi kini langsung tidak wujud di dalam hidupnya. Siapakah mereka dan dimanakah mereka sekarang? Apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya?

 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...