Penulis : Nurul Ain Syuhada
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Nueva Ficcion
Bilangan Mukasurat : 395
Tarikh Terbitan : Julai 2023
ISBN : 978-629-97919-3-5
Rating : ★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya pertama penulis ni setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.
Kisah tentang seorang saintis wanita bernama Rebecca yang telah berjaya mencipta 'microcip' sebesar saiz sebutir beras yang boleh dimasukkan dalam badan manusia supaya dapat mengawal segala pergerakan manusia. Pendapat peribadi, aku suka dengan watak wanita dan plot ceritanya yang penuh misteri dan buat pembaca tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ni. Namun, aku kira penulis mungkin dapat ilham dari cerita atau novel Inggeris sebab watak dan lokasi dalam cerita ni semuanya di luar Malaysia. Dan banyak menggunakan perkataan atau dialog dalam Bahasa Inggeris. Dah rasa macam baca novel Inggeris la pulak tapi dalam Bahasa Melayu campur ha ha.
Walaupun kisah Beck dan Ed ni buat aku seronok baca hingga ke akhir muka surat sebab memang berbeza dari tipikal novel Melayu yang berlambak di pasaran tu kisah tentang cinta je. Tapi, kisah
diorang ni masih kurang berjaya menyentuh
hati dan perasaan aku ni yang yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku rasa cerita ini mungkin akan jadi lebih menarik jika penulis dapat kembangkan lagi plot dengan tambahkan lagi konflik dalaman dan unsur suspen cerita Ed pulak.
Harap Cik Penulis akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ya.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Tiga tahun Beck (Rebecca) lari dari lautan manusia. Dengan kebijaksanaan dia, dia mampu untuk hidup sendirian tanpa komunikasi. Tapi sampai ke satu tahap, dia ingin hidup bebas seperti orang lain. Pernah memegang title 'Saintis', namanya jugu terkubur dan diwar-warkan sebagai seorang pembelot dan pembunuh.
Ed secara tak sengaja memecah masuk kawasan rumah Beck dan dari situ, Beck menggunkan Ed untuk keluar dari 'gua'nya itu.
"I own you"- Beck
"You microchiped me?!'- Ed tubuh lelaki itu ditanam satu mikrocip bersaiz sebutir beras supya segala pergerakkanya mampu diawasi oleh Beck.
"True. You have to keep coming to me. Like Rapunzel trapped in a tower and the Prince keep coming until he find a way out for her."- Beck