Penulis : akuorgbiasa
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : 17.26 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-17537-2-9
Rating :
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis hebat ni selepas My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express.
Kisah Nur Batrisya dan Hafiz Shauqi ini memang sarat dengan emosi dan mencengkam pelbagai rasa di hati. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini buat aku insafi diri ini, berjaya buat air mataku ini melimpah keluar tak henti-henti, aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada.
Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih. Namun, itulah cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh apabila kita berusaha berjuang berubah berhijrah ke arah yang lebih baik. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.
Baca dan renung kisah
ini dengan mata hati dan mata
akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperolehi dari karya hebat
ini. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku kepada kita itu ada
nikmat dan hikmah yang tidak kita ketahui sebabnya. Hanya ALLAH yang
mengetahui. Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun
atau sebanyak buih di lautan, yakinlah kasih sayang Allah dan
keampunannya terlalu luas. Yakinlah di
sebalik semua yang terjadi dan berlaku kepada kita itu ada hikmah dan nikmat yang akan kita syukuri satu masa
nanti. Semoga kita sentiasa
berada di dalam
rahmat-NYA insya-ALLAH.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Perjalanan hidup seorang Nur Batrisya atau Syasya tak seindah yang
dibayangkan. Akibat terdesak ingin menyelamatkan nyawa adik tercinta,
dia memilih untuk menjual maruah diri. Dia tahu pekerjaan itu berdosa
dan hina tetapi dia rasa itu sahaja cara yang dia ada kerana baginya
Tuhan telah mengabaikannya.
“Some time ago, just like you, I was a believer too. I prayed to God to make our life better. But somehow, I don’t understand why, God never listens to my prayer.”
Orang Islam yang sepatutnya menjadi saudara di sekelilingnya hanya pandai melabel dan menghukum tanpa peduli apa yang dia sedang rasa dan alami. This is my life. Syasya’s life. And God, Muslims, don’t give a damn of what I need to go through in my life. So why bother trying so hard impressing them?
Hafiz Shauqi, seorang lelaki yang sempurna. Dia punya rupa, harta dan juga bijaksana. Cuma satu yang kurang dalam hidupnya. Pegangan agama. Islam hanya sekadar nama, namun hidupnya bergelumang dosa. Putusnya pertunangan dengan Basyirah, gadis yang dipuja membuat kehidupan Hafiz Shauqi terasa kosong dan tak tentu arah.
Kemalangan di satu malam, membuatkan kehidupan sempurna seorang Hafiz Shauqi berubah seratus lapan puluh darjah. Dan dia terus berputus asa dengan kehidupan. Ke Kota London, dua insan ini membawa hati yang luka dan di sini kisah mereka bermula. Pertama kali bertemu, hati kedua-duanya dah ditamu satu rasa. Namun, masing-masing punya rahsia silam sendiri yang mahu dikuburkan. Lalu wujudlah syarat yang ke-3.
“Syarat ketiga?” “Syarat ketiga...” dia berhenti dan menolak badannya ke hadapan sedikit menghampirkan jarak antara mereka,
“..don’t.ever.fall.in.love.with.me, Makcik.”
Mampukah Syasya dan Hafiz patuh pada syarat yang ke-3?
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
"Ya Allah ya Rahman ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah. Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami. Janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil, kurniakan kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu, ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Pada setiap susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah, ya Rahman.
Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki buat keluarga kami, Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syugaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangann dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah.
Ya Allah, kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik. Dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah.
Ya Allah ya Aziz, kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid ya Rahman ya Rahim, jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan sakit maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah. Agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka , jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti.
Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi.
Ya Allah ya malikal mulk, Ya Razak ya fattahu ya alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. Jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadilah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah ya zal jalali wal ikram. Perkenankanlah doa-doa kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa untuk memakbulkan tiap permintaan.
Aamiin, aamin ya rabbal alamin"
Bahagia itu bukan sempurnanya anggota, indahnya rupa, banyaknya harta, tingginya pangkat dan darjat. Tapi bahagia itu, ialah hati yang tenang menerima apa juga ketentuan Tuhan. Berlapang dada. Pasrah dan redha. Yakin dengan percaturan Tuhan. Dengan cara bergantung kepada ALLAH.
Serahkan jiwa kau pada Tuhan. Mengaku dengan setulus hati kau hanya hamba. Dan kau tak ada kuasa. Mohon pertolongan dari Dia supaya Dia tolong kau dan berikan kau nikmat jiwa yang tenang
Daripada Abu Hurairah RA bahawanya Rasulullah SAW bersabda,
" Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati "
... lagu Tuntunku KepadaMu (Guide Me All The Way) - Maher Zain ...
No comments:
Post a Comment