Penulis : Ieya Sya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1.29 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Feb 2016
ISBN : 978-967-1388-839
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Kisah Hani dan Ryan ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Ryan berubah sikap menjadi seorang pendendam setelah kehilangan kekasih hati dan menyalahkan neneknya sendiri. Kehadiran Hani digunakan Ryan untuk menjalankan misi dendam kesumatnya.
Baru aku tahu maksud Epilog adalah bahagian akhir sesebuah cerita/karya.
Walaupun kisah diorang ni sering gaduh je dan padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada jugak mutiara ilmu, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Sinopsis
Bukan mudah mengenali pemilik hati,
Lagi tak mudah mengenali yang memiliki hati.
Hidup yang indah tiba-tiba kucar-kacir. Hanya kerana dua perkataan,
Hani tercampak masuk ke dalam dunia Ryan. Mulanya kerana terpaksa, tapi
lama-lama dia merasakan hatinya sendiri merelakan. Simpatikah dia pada
lelaki yang hidup tak macam manusia tu? Ah, tak mungkin!
Rancangan yang diatur kononnya yang terbaik. Tapi, lain yang dirancang,
lain pula yang terjadi. Kadang-kadang melayan Hani buat dia rasa seperti
nak gila, tapi yang dia tidak tahu... Hani yang hampir gila melayan
karenahnya.
“Aku bagi kau masa sebulan! Kau kena pastikan orang tua tu sakit!”
“Ini tak adil!” jerit Hani tiba-tiba.
“Adil atau tak, itu syarat aku!”
Hani mengeluh. Mana mungkin dia menyakiti hati orang yang tak bersalah.
Ryan ingat dia tak ada hati dan perasaan seperti lelaki itu ke? Namun
semuanya jadi bercelaru bagi Hani saat ibu Ryan menunjukkan seutas
rantai dan menceritakan derita yang dihadapi ‘musuh’ Ryan.
Kusut! Tambah kusut bila hadirnya orang ketiga yang bertindak gila.
Kerana cinta, manusia bertindak gila. Kerana cinta, manusia sanggup
membunuh. Kerana cinta...
Mampukah Hani si mulut wisel dan Ryan si topeng raksasa berdamai?
EPILOG KITA; pengakhiran kisah mereka yang merungkai semua rasa dan rahsia...
... lagu Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha ...
No comments:
Post a Comment