Penulis : Adry Tihani
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Bilangan Mukasurat : 2.00 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-13888-8-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Satu lagi kisah anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah yang memang terjadi di luar sana. Tahukah kita anak tidak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada
akibat zina atau rogol. Anak
tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan
kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak
berkenaan. Oleh itu, mereka tidak boleh menerima harta pusaka, tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.
Kisah Nadhirah anak yang tidak sah taraf ini memang berjaya merobek perasaanku, menyentap tangkai hati ini dan buat aku 'cembeng' lagi. Sungguh berat ujian dan takdir yang terpaksa ditanggung sendirian oleh Nadhirah sebelum dan selepas kematian emak kandungnya sendiri. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Setelah diambil papanya tinggal bersama ibu tiri, abang-abang dan kakak tiri, hidupnya lebih terseksa, dikurung dan dihina.
Kehadirannya tidak diterima dan tidak dipedulikan. Hanya setelah mengetahui rahsia sebenar lelaki yang di harap menjadi tempat menumpang kasih sebagai bapa dan pelindung, rupanya adalah orang telah menodai dan memusnahkan hidup ibu kandung sendiri. Perasaan sayang dan hormat Nadhirah kepada papanya terus lenyap dan berubah menjadi pendendam untuk menghancurkan keluarga tirinya.
Semoga kisah pilu Nadhirah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran buat kita semua. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
"Give me some money and i let her go." -Johan
"Kill her Johan. Do you really think that i would care?" -Natrah
Hidup
Nadhirah umpama neraka. Sejak kecil menjadi hamba pada takdir yang
nyata enggan menyebelahinya. Saat dunianya terasa gelap, muncul
insan-insan baharu yang membawa seribu satu episod baru dalam hidupnya.
Keluarga
Tan Sri Malik merupakan antara yang paling meninggalkan kesan dalam
hidup Nadhirah. Ada yang menghadiahkan senyuman, Ada yang menghamburkan
luka malah ada yang meranapkan harapan.
Segala yang terjadi
berputar mengelilingi satu titik yang sama. Setelah begitu lama hidup
tersiksa akhirnya rahsia yang merantai dirinya terbongkar jua. Nadhirah
kecewa. Setelah berkali-kali terluka, dia tekad. Nadhirah mula
berdendam. Setiap seorang yang pernah melukainya bakal membayar hutang
mereka padanya.
Berjayakah Nadhirah dengan rancangannya?
Bagaimana pula kisah cinta yang tersepit ditengah-tengah badai dendam
ini antara Nadhirah dan Faliq? Berjayakah Faliq mendapatkan Nadhirah
semula? Nantikan...
... lagu Flora Cinta - Min Malik ...
... lagu Belaian Jiwa - Carefree ...
... lagu Tiada Dirimu - Shiela Amzah ...
No comments:
Post a Comment