“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Travelog Cinta Abadi : masa yang berlalu...
Penulis : Roza Roslan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Motivasi
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-366-252-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
Pertama kali membaca karya penulis hebat ini. Cerita ini cerita tentang sebuah perjalanan kehidupan suka duka penulis memang T.E.R.B.A.I.K. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Roza Roslan kerana telah berkongsi suatu kisah pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk pembaca di luar sana dan semoga Allah memberkati dan membalas perkongsian ilmu dan segala usaha murni dakwah anda ini.
Sinopsis
Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]
Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Nisah Haron
[Novelis Terkenal, Lentera Mustika]
Sejarah Baitul Maqdis
Penulis : Ustaz Mohd Hanif Hj Ismail
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Bilangan Mukasurat :195
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN : 978-967-5931-58-3
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pendapat peribadi, buku ini wajib dibaca oleh semua golongan Islam kerana didalamnya terkandung segala fakta sejarah yang menceritakan tentang Baitul Maqdis secara terperinci. Bacalah, banyak maklumat yang akan buat kita rasa sedih dan terkilan. Apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah buat umat Islam. Namun, sewajarnya kita sebagai umat Islam sekarang mengambil iktibar kerana umat Islam pada zaman dahulu telah bersusah payah berjuang dan mempertahankan Baitulmaqdis dengan darah dan air mata. Namun atas sebab kesilapan dan kelalaian umat Islam terdahulu juga telah menyebabkan kita telah kehilangan hak sebagai pemilik Baitulmaqdis untuk selama-lamanya. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk terus memelihara Baitulmaqdis hingga ke akhir dunia ini.
Sinopsis
Sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bangsa Yahudi tidak pernah berhenti melakukan kerosakan, pembunuhan dan penindasan termasuk melakukan pencerobohan di Baitulmaqdis. Sejarah pernah memaparkan bahawa bangsa ini sebagai kaum yang pernah tertindas satu masa dahulu, namun itu bukanlah pengajaran terbaik buat mereka daripada terus bersikap sombong dan bongkak.
Sehingga hari ini, tanah yang dijanjikan Tuhan itu dianggap sebagai tiket untuk kaum Yahudi melanyak orang-orang yang tidak berdosa di sana. Bahkan mereka semakin bermaharajalela di Tanah Suci itu demi menuntut tanah yang kononnya milik mereka sejak dahulu kala. Namun, mungkin mereka terlupa akan pelbagai usaha yang telah gagal demi mendapatkan Baitulmaqdis. Serangan demi serangan, namun ternyata kota itu masih menjadi milik Islam. Semoga Allah terus memeliharanya. Amin.
... lagu Soldiers of Allah - Muhammad & Ahmed Muqit...
MURTAD
Penulis : Hasrul Rizwan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi Hitam, Thriller, Fiction
Penerbit : Buku Fixi
Bilangan Mukasurat : 335
Tarikh Terbitan : June 2012
ISBN : 978-967-03740-0-0
Rating : ★★★
Ulasan :
Ini bukan buku pertama terbitan Fixi kubaca. Tetapi pertama kali baca karya penulis ini. Penulis berjaya mengolah jalan cerita penuh misteri dan buat aku terpinga-pinga.
Pendapat peribadi, ceritanya memang buat aku kurang faham sikit pada awal pembacaan. Tetapi aku tertarik dengan dua watak kembar Adam dan Akhil dan penggunaan bahasa loghat utara yang berjaya menjentik unsur lucu dan buat aku tersengih je bila baca buku ni. Namun, penggunaan ayat-ayat dalam cerita ni pada aku agak 'kasar' sikit dan agak kurang sesuai untuk adik-adik dibawah umur.
Sinopsis
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Adam and Akhil are twin brothers who are hired by a mysterious man to kill Muslims who become apostates. But who is this man and why is he doing this?
S.A.M.U.R.A.I
Penulis : Dekna Lee
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Love Novel
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : April 2015
ISBN : 978-967-0657-71-4
Rating : ★
Ulasan :
Ini buku kedua kubaca selepas Hantu Punya Boss. Sorry sis, aku tak berapa suka dengan kisah dalam karya ni. Cerita ni pun tak boleh masuk dengan jiwa aku yang dah old timer ni...Mungkin hanya aku je kot yang tidak boleh nak terima dengan jalan cerita karya ni he he he.
Sinopsis
Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.
Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.
“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat
“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur
“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat
Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.
“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat
“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur
Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.
Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?
Pelukis Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Motivasi
Penerbit : Iman Publication
Bilangan Mukasurat : 215
Tarikh Terbitan : January 2016
ISBN : 978-983-2423-29-4
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Walaupun buku ni cerita tentang pengalaman mencabar penulis sewaktu belajar untuk hidup di negara asing. Tetapi memang T.E.R.B.A.I.K buku ni. Banyak perlakuan dan kata-katanya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan penaik semangat kepada pembaca. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Teme kerana telah berkongsi suatu pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah Teme ini dapat dijadikan sebagai inspirasi dan ikhtibar untuk kita semua dan moga Allah memberkati segala usaha dakwah anda yang amat murni dan tidak ternilai ini.
Jika terlihat kecantikan, Ingatlah PenciptaNya ~ TEME
Sinopsis
Kisah Si Pelukis Jalanan
Dapat biasiswa ke luar negara
Terkandas d A-Level
Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
Kerja di fast food restaurant untuk survive
Bank account balance = 0
Ditikam belakang oleh rakas sekelas
Sebulan makan nasi+telur+garam
Mula melukis di jalanan
Lukisan mula menempah nama di Instagram
Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan
"Jika diberi peluang
berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku,
dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana
pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”
~ Teme Abdullah
Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-
Dalam hidup, kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Takkan pernah sama. Itu rezeki masing-masing.
Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi daripada penghargaan pada sekecil-kecil kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Dalam keperitan, akan ada diselitkan kebahagiaan sekali-sekala.
Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki.
Apalah guna nama kalau ia sekadar bergegar di dunia.
Aku Benci Kau !
Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-0535-36-7
Rating : ★★★
Ulasan :
Karya ini adalah buku kedua kubaca selepas Tanpamu Di sisi. Secara peribadi, aku rasa karya ini agak kurang menyengat dari yang aku harapkan dan aku tidak suka dengan tema dan beberapa watak yang dipaparkan dalam cerita ini. Watak-watak utamanya digambarkan dengan perlakuan yang jauh tersasar dari landasan hidup seorang Islam, kaki minum, kaki pukul, kaki pompuan, kejam, tidak ada perikemanusiaan langsung, dendam dan pengkhianatan terhadap orang yang disayangi.
Walau bagaimanapun, aku suka dengan cara penulis melakarkan watak Kayra sehingga berjaya mengubah Darius sedar dan insaf akan segala kesilapannya. Dan ini telah berjaya menarik aku untuk teruskan pembacaan cerita ini. Perjalanan ceritanya padaku agak meleret-leret dan tidak memberi suatu tekanan pada aku langsung sehinggakan aku seperti boleh buat andaian sendiri akhiran kisah ini. Namun di sebalik kisah yang agak menyakitkan hati aku ni, terutamanya perlakuan watak Adam, Pn Hendon dan Darius ini terselit pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada para pembaca di luar sana.
Sinopsis
Aku benci kau! Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Walaupun dia ahli perniagaan yang berjaya, namun dirinya tersepit kerana fitnah. Dia terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarga Darius. Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. Akibat desakan Puan Hendon, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga dirinya dirampas dengan begitu kejam oleh Darius? Selepas perkahwinan ini, mampukah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya?
Kali ni aku tak nak kau duduk kat sebelah budak sotong tu lagi. Kalau boleh, kau duduk sepuluh meter jauh dari dia. Kalau tak, neraka tempat kau! - Darius
Memang kau jenis lelaki yang tak tahu hargai perempuan yang baik macam Kayra. Kalaulah aku ada satu peluang lagi, aku pasti takkan lepaskan Kayra pada kau. - Danish Iskandar
Asyik-asyik nak ugut masuk neraka. Kalau cemburu cakap ajelah. Saya tak marah. - Adlene Kayra
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan
Tertulis Buat Kita
Penulis : Dhiya Zafira
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 566
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-983-124-813-3
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga beli buku ini secara terus daripada penulis thriller ni siap dapat autograph lagi tau. Karya ini adalah buku keempat yang telah kubaca selepas Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu dan Setiap Detik Nafasku. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita tentang Jimmy dan lepas baca buku ni baru aku kenal siapa Cougar@Mejar Najmi Hariri (Jimmy) ni. Berjaya merungkai banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Aku nak ingatkan kalau nak baca buku penulis ni kena baca semua buku yang aku bagi tau kat atas tu ikut turutan ye baru boleh faham keseluruhan cerita sebab semua watak-watak dalam karya ni saling berkait tau.
Seperti karyanya yang lain pernah kubaca, cerita ini juga mencabar kesabaranku dan buat aku tidak senang duduk selagi tak habis baca. Unsur suspen dan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang berjaya buatkan aku bersengkang mata nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita Jimmy dan Auni ni. Dan baru aku tau siapa Jeff atau Adli Azeem yang sebenarnya dalam cerita yang pernah kubaca sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa kesilapan ejaan dan perkataan dalam karya ini yang sedikit sebanyak buat aku terganggu dengan perjalanan cerita, tapi aku tutup sebelah mata je lah sebab aku memang puas hati dengan cerita ni. Harap karya lepas ni tak ada silap lagi ye sis. Kisah ni pada aku memang agak tragik dan sedih dan aku memang kesian sungguh dengan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Jimmy ni. Mana ada makhluk kat dunia ni yang nak benda-benda macam ni jadi kan ? Namun setiap yang terjadi itu pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi dan hanya Allah yang tahu sebab dan jawapannya. Sebagai manusia kita kena terima setiap yang berlaku dengan berlapang dada. Memang payah dan perit untuk kita terima segala yang berlaku, tapi cubalah belajar untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang pernah dan paling kita sayangi. Semoga dengan kemaafan itu, kita akan beroleh rahmat daripadaNYA dan akan lebih mulia disisiNYA insya Allah.
Syabas Dhiya ! Akak suka dengan ending Jimmy yang dapat merasa bahagia juga akhirnya. Tak sangka komando Jimmy ni pun jiwang juga. Teruskan perjuanganmu dalam berkarya dengan tema Thriller abang komando ni ye. K.I.P.I.D.A.P D.U.N G.I.V.E.U.P.
Sinopsis

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.
“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”
JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.
“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”
... lagu Sampai Syurga - Faizal Tahir ~ gambaran hati Jimmy & Auni...
kalau ingin tahu lebih lanjut karya Dhiya Zafira boleh klik link ni... Dhiya Zafira
Subscribe to:
Posts (Atom)