Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-0535-36-7
Rating : ★★★
Ulasan :
Karya ini adalah buku kedua kubaca selepas Tanpamu Di sisi. Secara peribadi, aku rasa karya ini agak kurang menyengat dari yang aku harapkan dan aku tidak suka dengan tema dan beberapa watak yang dipaparkan dalam cerita ini. Watak-watak utamanya digambarkan dengan perlakuan yang jauh tersasar dari landasan hidup seorang Islam, kaki minum, kaki pukul, kaki pompuan, kejam, tidak ada perikemanusiaan langsung, dendam dan pengkhianatan terhadap orang yang disayangi.
Walau bagaimanapun, aku suka dengan cara penulis melakarkan watak Kayra sehingga berjaya mengubah Darius sedar dan insaf akan segala kesilapannya. Dan ini telah berjaya menarik aku untuk teruskan pembacaan cerita ini. Perjalanan ceritanya padaku agak meleret-leret dan tidak memberi suatu tekanan pada aku langsung sehinggakan aku seperti boleh buat andaian sendiri akhiran kisah ini. Namun di sebalik kisah yang agak menyakitkan hati aku ni, terutamanya perlakuan watak Adam, Pn Hendon dan Darius ini terselit pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada para pembaca di luar sana.
Sinopsis
Aku benci kau! Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Walaupun dia ahli perniagaan yang berjaya, namun dirinya tersepit kerana fitnah. Dia terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarga Darius. Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. Akibat desakan Puan Hendon, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga dirinya dirampas dengan begitu kejam oleh Darius? Selepas perkahwinan ini, mampukah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya?
Kali ni aku tak nak kau duduk kat sebelah budak sotong tu lagi. Kalau boleh, kau duduk sepuluh meter jauh dari dia. Kalau tak, neraka tempat kau! - Darius
Memang kau jenis lelaki yang tak tahu hargai perempuan yang baik macam Kayra. Kalaulah aku ada satu peluang lagi, aku pasti takkan lepaskan Kayra pada kau. - Danish Iskandar
Asyik-asyik nak ugut masuk neraka. Kalau cemburu cakap ajelah. Saya tak marah. - Adlene Kayra
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan
No comments:
Post a Comment