Tertulis Buat Kita





Penulis   :  Dhiya Zafira   
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Alaf 21   
Bilangan Mukasurat : 566
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN :  978-983-124-813-3  
Rating : ★★★
 
 



 

Ulasan :

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga beli buku ini secara terus daripada penulis thriller ni siap dapat autograph lagi tau. Karya ini adalah buku keempat yang telah kubaca selepas Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu dan Setiap Detik Nafasku. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita tentang Jimmy dan lepas baca buku ni baru aku kenal siapa Cougar@Mejar Najmi Hariri (Jimmy) ni. Berjaya merungkai banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Aku nak ingatkan kalau nak baca buku penulis ni kena baca semua buku yang aku bagi tau kat atas tu ikut turutan ye baru boleh faham keseluruhan cerita sebab semua watak-watak dalam karya ni saling berkait tau. 

Seperti karyanya yang lain pernah kubaca, cerita ini juga mencabar kesabaranku dan buat aku tidak senang duduk selagi tak habis baca. Unsur suspen dan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang berjaya buatkan aku bersengkang mata nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita Jimmy dan Auni ni. Dan baru aku tau siapa Jeff atau Adli Azeem yang sebenarnya dalam cerita yang pernah kubaca sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa kesilapan ejaan dan perkataan dalam karya ini yang sedikit sebanyak buat aku terganggu dengan perjalanan cerita, tapi aku tutup sebelah mata je lah sebab aku memang puas hati dengan cerita ni. Harap karya lepas ni tak ada silap lagi ye sis. Kisah ni pada aku memang agak tragik dan sedih dan aku memang kesian sungguh dengan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Jimmy ni. Mana ada makhluk kat dunia ni yang nak benda-benda macam ni jadi kan Namun setiap yang terjadi itu pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi dan hanya Allah yang tahu sebab dan jawapannya. Sebagai manusia kita kena terima setiap yang berlaku dengan berlapang dada. Memang payah dan perit untuk kita terima segala yang berlaku, tapi cubalah belajar untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang pernah dan paling kita sayangi. Semoga dengan kemaafan itu, kita akan beroleh rahmat daripadaNYA dan akan lebih mulia disisiNYA insya Allah.

Syabas Dhiya ! Akak suka dengan ending Jimmy yang dapat merasa bahagia juga akhirnya. Tak sangka komando Jimmy ni pun jiwang juga. Teruskan perjuanganmu dalam berkarya dengan tema Thriller abang komando ni ye. K.I.P.I.D.A.P  D.U.N  G.I.V.E.U.P.




Sinopsis

 


AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”
 






JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. 
“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”










... lagu Sampai Syurga - Faizal Tahir ~ gambaran hati Jimmy & Auni...





kalau ingin tahu lebih lanjut karya Dhiya Zafira boleh klik link ni... Dhiya Zafira



 

No comments:

Post a Comment