Dingin Salju Indiana





Penulis   :  Nurulsham Saidin  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Galeri Ilmu  
Bilangan Mukasurat : 367  
Tarikh Terbitan : January 2010  
ISBN :  978-983-097-245-9   
Rating : 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis hebat ini. 

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Apa yang dapat aku simpulkan, kisah ini bukan sahaja buat aku jadi sayu hati malah amat-amat menginsafkan diri ini. Tahniah di atas keberanian penulis mendedahkan isu agama berkait dengan kisah pengalaman belajar di perantauan yang penuh dengan pelbagai ujian yang amat getir sehingga mencabar, menggugat dan meruntuhkan tugu keimanan seseorang.

Aku tidak mahu komen lebih-lebih, cukup jika aku katakan ini kisah benar dan memang terjadi di luar sana. Terima kasih Nurulsham ceritamu memang S.U.P.E.R.B dan berjaya buat aku terpukau dengan olahan jalan ceritanya sehingga terkesan sekali dihatiku, terasa seperti jasadku berada di Indiana dan merasai sendiri segala pengalaman dan keindahan yang diceritakan melalui kisah ini.

Apa yang pasti, air mataku ini tidak henti menitis sebak mengenangkan masalah yang seringkali terjadi dan terpaksa dilalui oleh hampir kebanyakan adik-adik yang belajar jauh di perantauan sana. Bacalah anda pasti akan merasa keperitan dan debarannya dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh tiga watak utama iaitu Eton, Murni dan Nana dalam kisah ini.

Syabas, terima kasih dan tahniah kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi dan mengupas kisah isu agama dengan penuh berkhemah. Kisah yang bukan sahaja dapat dijadikan pedoman dan pengajaran kepada pembaca. Malah semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi, peniup semangat dan peringatan kepada pembaca terutamanya kepada adik-adik yang menimba ilmu jauh di perantauan dalam mengharungi cabaran dan dugaan mendatang. Ingatlah hidup ini tidak selalunya mudah. Tuhan akan menduga kita dengan dugaan yang tidak tergambar dek fikiran kita yang terhad ini !
    


Highly Recommended Book


... Hitam Putih Kehidupan - Dato' Sheila Majid ...




Sinopsis

 
Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?

Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa dan memberi semacam katarsis dalam jiwa yang berserabut mazmumah.

Dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.




 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Bijak akademik tak bermakna bijak juga dalam kehidupan. Ramai orang yang bijak pandai tapi hidup mereka hancur.


Surah al-Baqarah ayat 286
Sesungguhnya dugaan Allah itu diberikan mengikut kemampuan kita.
Sesungguhnya kebaikan dan  dan dosa yang kita buat diberi garis panduan sejak awal lagi. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Berdoalah kita pada-Nya, agar kita diberi kekuatan seadanya menghadapi  dugaan-Nya.


Yakin dengan janji Tuhan pada hamba-hamba-Nya. Dia telah menggariskan panduan untuk kita. Kita mesti patuh, kerana itulah yang terbaik untuk hidup kita. Kelalaian kita bakal merosakkan diri kita sendiri, bukan sahaja di akhirat, di dunia lagi kita dapat melihat kesannya.


 ... Dalam Kenangan - Wheel ...





... Aku Dan Kenangan - The Brain Connection ...





 

No comments:

Post a Comment