Kontra Yang Menyatukan


 

 

Penulis   :  Maya Iris  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat :  545
Tarikh Terbitan : April 2019  
ISBN :   978-967-2102-84-7
Rating : 
★★
       
 
 

 

Ulasan :
 

  الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara
dan Plasma.

Sebenarnya aku beli buku ni secara terus dari penulis tau. Tertarik selepas baca sinopsis di belakang novel. Kisah dua bangsa dan dua fahaman yang berbeza, Islam dan Yahudi. 

Pepatah orang putih ada mengatakan 'Don't judge a book by its cover' memang kena dengan jalan cerita ni. Selepas baca kisah Darrel ni baru aku faham bangsa Yahudi ni bukan semuanya jahat seperti yang kita dengar dan lihat di kaca televisyen tu. Judaism ialah agama asal yang dianuti oleh orang Yahudi. Zionis ialah fahaman politik. Israel ialah negara haram yang ditubuhkan oleh Zionis untuk orang Yahudi.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 
Sinopsis   
  

Puting beliung yang melanda Nebraska bukan sahaja telah memusnahkan ladang Darrel Hayes, tetapi telah membuatkan hidup Azalea Huda tunggang-langgang. Di celah deretan tanaman ladang yang dapat diselamatkan itu, Azalea berkenalan dengan Darrel, si peladang gagah. Namun, di antara Darrel dan Azalea, tiada langsung persamaan.

Azalea seorang Melayu Islam.
Darrel seorang Yahudi beragama Judaism.
Azalea tidak pernah bercinta.
Darrel seorang kasanova.
Azalea tidak suka mengambil hak orang lain.
Darrel pula menjadikan mencuri sebagai pekerjaan keduanya.

Manisnya mulut si peladang bermain kata membuatkan Azalea sanggup mengenepikan sisi gelap si pencuri licik. Dia tahu perbezaan mereka yang terlalu ketara akan menjadi penghalang, namun yang kontra itulah menjadi tarikan.

“Kau tahu tak, Azalea ialah sejenis bunga yang beracun? Madu dari bunga Azalea dipanggil ‘mad honey’. Aku nak panggil kau apa ni? ‘Honey’, boleh?” - Darrel Hayes

“Kawan-kawan panggil Leia. Macam Princess Leia dalam Star Wars.” - Azalea Huda.

Ketika hubungan mereka semakin mesra, Darrel menerima tugasan mencuri satu artifak dari muzium di Istanbul. Artifak itu dipercayai mampu menguatkan lagi kepercayaan Darrel terhadap agama nenek moyangnya. Leia pulang ke Malaysia dengan harapan yang berkecai kerana gagal menghalang Darrel. Mereka terpisah dan Darrel hilang dari radar.

Kemunculan Darrel kali kedua seperti puting beliung yang membolak-balikkan perasaan Leia. Darrel mahu Leia kembali kepadanya. Tapi Leia sudah memakai cincin pertunangan Amin Zafri. Namun bagi Darrel, tidak ada bezanya mencuri barang muzium dengan mencuri hati seorang wanita dari tunangannya.

“Eh! Kau ni siapa? Tiba-tiba datang nak rampas tunang orang.” - Amin Zafri

“Kalau orang ketiga itu perempuan, kita gelar dia perampas. Tapi kalau orang ketiga itu lelaki, kita kata dia seorang pencuri profesional.” - Darrel Hayes

Semudah itukah Zafri melepaskan Leia, setelah lima tahun dia cuba memiliki gadis itu?

Benarkah mencuri secebis hati milik gadis yang sudah ada tuannya lebih mudah dari mencuri artifak dari muzium?

Apa yang terkandung di dalam artifak itu, sehinggakan Darrel sanggup mengenepikan Leia?

Di sebalik semua kontra yang wujud di antara mereka, bolehkah Darrel dan Leia akhirnya bersatu?

 

... lagu You're My Everything - Santa Esmeralda ...
 
 

 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 

Bridesmaid


 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 438
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-86-0887-9
Rating : 
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi dan Cinta Cash & Carry dan Panggil Aku Kiah.

Ini kisah cinta platonik Aisyah (Cah) dan Akil dua sahabat yang membesar bersama sejak mereka kanak-kanak lagi. Apa yang aku faham cinta platonik ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan yang menyayangi di antara satu sama lain. Cinta ini tertumpu kepada keindahan seseorang dan bukan pada penampilan fizikalnya. Cuma orang yang mengalami cinta platonik ni, tidak mahu meneruskan ke arah romantis kerana bimbang tindakannya boleh memutuskan persahabatan dan bimbang ditolak. 

Selepas ditinggalkan keluarganya, Cah dibesarkan oleh nenek saudaranya di kampung. Di sini bermulanya pertemuan Cah dan Akil dan mereka sentiasa bersama ketika suka dan duka Cah. Akil sentiasa menjadi pelindung dan penghibur kepada Cah. Tanpa sedar, Akil sebenarnya menyimpan suatu perasaan kasih dan sayang melebihi seorang sahabat kepada Cah. Sikap 'blur' yang ada pada diri Cah pula, menjadikan dia tidak sedar perasaan kasih dan sayang itu telah lama hadir dalam hidup mereka berdua.

Orang kata lelaki dan perempuan tidak mungkin boleh menjadi sahabat baik je tanpa ada perasaan. Begitulah yang terjadi kepada mereka berdua ni. Pada awal kisah ni aku memang agak lelah dan geram dengan perangai pasif si Cah ni. Walaupun selalu kena marah, dihina dan diherdik dengan kakak dia yang berlagak diva tu, tetap jugak ambil berat dengan kakak kesayangan dia ni yang nak kahwin dan jadi pengapitnya . Dan walaupun Akil dalam lawaknya selalu ucapkan kata-kata sayang dan cinta, Cah fikir Akil saja buat lawak dan tak pernah faham. Puas si Akil ni nasihatkan, Cah tetap dengan degilnya tu. Bila Akil tiba-tiba hilangkan diri selama 6 bulan dan bawa balik Delaila, baru Cah ni gelabah dan mula sedar tentang perasaan kasih dan sayangnya yang sebenar pada Akil dan takut akan kehilangannya.

Ini kisah sedih dan kasih Cah terhadap kakaknya Aireen dan kesetiaan Akil terhadap persahabatan mereka. Banyak mutiara ilmu, nasihat dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu diorang ni. Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 
Sinopsis   
  

Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat pada kerjanya di sebuah farmasi yang sunyi dan lepak bersama kawan karibnya, Akil. Apabila kakaknya, Aireen menyuarakan niat untuk menikahi Annas, seorang lelaki yang curang dan mahu Aisyah menjadi bridesmaidnya, keadaan menjadi huru-hara. Aisyah yang menyimpan rahsia perbuatan belot Annas dan Rilda terpaksa memikirkan cara untuk berterus terang dengan kakaknya. Annas dan Rilda pula bijak memanipulasikan keadaan untuk menyelamatkan diri.

“Tak kira sejauh mana pun aku pergi satu hari nanti, aku takkan lupakan kau, Cah. Aku akan balik cari kau semula. Kalau kau tinggalkan aku, aku akan tunggu kau sampai kau balik cari aku,” - Muhammad Akil Razif.

“Kil, kenapa kau tinggal aku? Kau janji nak jaga aku. Kau yang janji, Kil. Kenapa kau sampai hati tinggal aku? Kau selalu ada. Sekarang aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa kau, Kil,” – Aisyah.

Kehadiran si kacak, Airil membuatkan Aisyah terfikir tentang cinta yang selama ini amat asing baginya. Airil yang enggan putus-asa terus cuba merebut hati Aisyah manakala Akil yang overprotective berlagak bagaikan abang besar yang cuba melindungi adiknya. Mampukah gadis blur seperti Aisyah memahami definisi cinta yang sebenar?

 

 ... lagu Dengarkanlah - Glenn Fredly & Amy Mastura ...

 




 

 

Mikayla II


 

 

Penulis   :  Melur Jelita, Tiffirah      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Anggun Melor
Bilangan Mukasurat : 400
Tarikh Terbitan : September 2020  
ISBN :  978-967-18449-20-8 
Rating : 
★★ 
       
 
 
 
 
Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat sambungan karya ke 2 penulis favourite aku ni selepas Mikayla. 

Sebenarnya karya ni telah disambung dan diterbitkan oleh anak arwah Melur Jelita selepas hampir dua tahun arwah kembali bertemu Ilahi. Tahniah cik penulis, cerita anda memang menarik dan berjaya menyempurnakan karya ini hingga ke noktah terakhir. Aku suka dengan teknik penceritaan yang dipaparkan dalam sambungan kisah Mikayla ini. Terubat segala rindu bila semua watak yang ada dalam karya MJ dipertemukan semula di dalam karya akhir ini. 

Apa yang dapat aku coretkan, kisah ini bukan sahaja buat aku sedih dan sebak kerana inilah karya terakhir arwah. Tetapi yang pasti aku akan merindui karya magis arwah MELUR JELITA. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin aamiin ya rabbal alamin.

Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.
  

 
Sinopsis 
    

Kejarlah aku. Aku menuju ke arah mu.

HARDI-E. AR RAHMAN

"Saya minta maaf."

"Orang yang lemah akan berdendam. Orang yang kuat akan memaafkan."

WAN ADRA MIKAYLA

“Orang yang suci hatinya tidak peduli. Kerana sibuk mencari ikhlas.”

“Awak tau... saya tak peduli... Saya tak pernah pedulikan awak atau sesiapa pun" Goresan di hati Hardie menitiskan darah lukanya. Tap... tap... tap... Selama ini Mikayla tidak pernah pedulikannya. Ada ke tidak ada... sama sahaja. Kemaafan yang dicarinya selama ini... ternyata tidak pernah ada. Dia tidak bererti apa-apa kepada Mikayla. Ternyata... Hakikat ini lebih memedihkan daripada cinta yang tertolak. Hakikat.