[Rockestra] Cinta Mat & Minah


Penulis   :  Imaen
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 383
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-0201-98-6
Rating :




 
 
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 7 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Gedebe, Urusan Cinta Belum Selesai, Cintaku Luruh di Oxford, Sigaraning, Antologi Cinta Pertama dan Bohemian.

Oleh kerana aku ni peminat lagu rock, maka tajuk dan gambar depan buku ni memang menggamit hati aku ni nak tahu kisah di dalamnya. Subhanallah. Kisah Mat dan Minah ni bukanlah kisah cinta biasa-biasa tau. Ini kisah cinta dua darjat yang sungguh luarbiasa. 

Pendapat peribadi, ada banyak kosa kata dan ayat-ayat seni yang ada dalam karya ini buat aku jadi lelah nak faham. Namun, Penulis bijak mencorakkan perjalanan kisah Mat dan Minah dan berjaya buat aku baca hingga ke akhir muka surat.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Mula-mula tengok dia:

Perempuan bengong, jenis bodoh piang, bingai. Perempuan macam ni bagi saja pun aku tak dak mahu eh. Amboi mulut, duk diam tak boleh ke?

Tapi pada pandangan kedua:

Matanya yang teduh dengan bebola mata berwarna coklat muda itu seperti meminta aku untuk berkampung di situ, alisnya lentik seraut jatuh, hidungnya mancung seperti seludang, kulitnya bersih seperti jerawat pun tak berani nak tumbuh di situ... semuanya cantik dan sempurna.

Lalu hati telah berkata:

Cinta hanyalah sepatah perkataan tanpa sebarang rasa, hinggalah seseorang datang bermukim di hati dan memberi makna pada perkataan cinta itu.

Aku sangkut mimpiku di puncak nyala mentari, kau letak cita-citamu di pucuk indah rembulan, lalu di titik manakah kita akan bertemu?


Tapi:

Ujian apakah ini hingga dia yang aku pilih. Mengapa bukan pada stok gadis usrah? Tak salah pun kalau pada stok gadis tudung belit-belit. Atau paling-paling pun pada yang rambut karat saja? Mengapa memilih haprak; memilih yang berbeza? Ya, kuda padi tak patut jatuh cinta pada kuda belang walau sama-sama spesies kuda!

 

 

 

Jadikan Aku Yang Pertama

 


  Penulis   :  Mia Azwari     
  Negara   :  Malaysia
  Bahasa   :  Melayu
  Genre     :  Malay Fiction
  Penerbit  :  Rinsya Chasiani
  Bilangan Mukasurat : 423
  Tarikh Terbitan :
1985 
  ISBN : 978-967-2813-08-8 
  Rating :  
  
       
 
 
 

Ulasan : 

 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis ni selepas Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah di Hati Mr. Beku dan Rahsia Hati Mrs. Fakrul.

Ini kisah Dr Irham yang pernah sukakan Dr Aina dalam Terus Setia Menjadi Imamku tetapi cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Akhirnya Dr Irham bertemu jodoh dengan Intan yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Walaupun kisah Dr Irham dan Intan ni agak singkat dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah santai diorang ni. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
Sinopsis   
  

Irham Danial dan Intan Darissa…

Sama-sama pernah jatuh cinta. Seorang dikhianati dan seorang lagi pernah mencintai wanita yang bergelar isteri orang, Pertemuan yang tak dijangka di antara mereka telah menimbulkan satu perasaan halus di hati Irham. 

Disebabkan satu kemalangan, Intan kehilangan perkara yang berharga dalam dirinya. Lebih malang, tunang tersayang sanggup mencari pengganti dek kekurangan dirinya. Munculnya Irham makin menghuru-hara hidup Intan.


 

 

 

 

“Kenapa doktor layan saya baik sangat? Mustahil doktor tanggung semua kos rawatan pesakit doktor.”- Intan Darissa

 

  

 

 

 

 

 

 

“Sebab pesakit tu Intan Darissa…”- Irham Danial

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keakraban mereka membuatkan kehidupan Intan kembali ceria. Dia mulai sedar masih ada yang menyayangi dirinya yang serba kekurangan. Setiap kali dia bersama lelaki itu, perasaan itu pasti wujud. 

 “Saya sukakan doktor.”- Intan Darissa

“Maaf, saya masih belum bersedia.”-Irham Danial

Untuk kali kedua, Intan jatuh tersungkur dan tidak mampu bangkit kembali. Lebih kecewa apabila mengetahui Irham bakal berkahwin. 

Tanpa sebarang pesanan, Intan nekad meninggalkan lelaki itu.

Hilangnya Intan membuatkan Irham nanar. Hatinya sudah lama 'tersentuh' sejak kali pertama mereka bertemu. 

Mampukah Irham mendapatkan bidadari hidupnya kembali?

 

 

   ... lagu Sebenarnya - Alif Satar feat Siti Nordiana ...

 


 

 


Suri Hati Encik Serius


 

Penulis   :  Mia Azwari     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.73 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan :
April 2021  
ISBN :
978-967-2813-03-3 
Rating :
 
  
       
 
 

 

Ulasan : 

 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis ni selepas Terus Setia Menjadi Imamku, Piah di Hati Mr. Beku dan Rahsia Hati Mrs. Fakrul.

Kisah Aufa & Tengku Riyadh ini biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Kisah kena kahwin aturan keluarga gitu.

Kisah kali ni agak kurang ummphh jika nak dibandingkan dengan karya yang pernah aku baca sebelum ni. Kenapa ye?  

Semoga Pn Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
Sinopsis   
  

“Saya tak nak teruskan pertunangan ni.” –Aufa Batrisya

“Kenapa?”-Tengku Riyadh

“Sebab kita tak serasi.”- Aufa Batrisya

“Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi.”- Tengku Riyadh

Bercakap dengan Tengku Riyadh yang berwajah serius 24 jam hanya menyakitkan hati. Demi menghilangkan tekanan, dia melepaskan semua itu di kelab malam. Dan berakhir dengan tragedi hitam bila Aufa ditangkap kerana memiliki darah.

Malang nasib Aufa apabila dia menerima hukuman tinggal di sebalik tirai besi selama empat tahun. Di sanalah, Aufa sedar kesilapan yang dilakukan olehnya. Hampir empat tahun terkurung, dia dibebaskan. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang bergelar tunangannya dulu.

“Be my wife, Aufa Batrisya.”- Tengku Riyadh

Kemunculan lelaki itu menghuru-harakan kehidupan Aufa. Tak mungkin lelaki itu masih ingin menjadikan dirinya sebagai isteri setelah dia bergelar banduan. Atas permintaan orang tuanya, dia menerima lamaran Tengku Riyadh demi membalas budi lelaki itu.

Aufa mulai menerima kehadiran Tengku Riyadh sebagai suami. Hari demi hari, cintanya bercambah di hati. Namun kepulangan kakaknya Anis membuatkan Aufa tertanya-tanya.

“Satu hari nanti, kau sendiri tak sanggup nak pandang muka dia disebabkan kisah silam kau.”- Anis

Benar kata Anis. Setelah rahsianya terbongkar, Aufa tak mampu melihat wajah lelaki itu lagi. Perpisahan dituntut demi mencari kebahagiaan sendiri.

Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup untuk si suami?

 

 

 ... lagu Tetap Kamu - Amylea X Megat ...

 


 


Dia Perempuanku


 


Penulis   :  Fauziah Ashari     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Intensmart
Bilangan Mukasurat : 2.04 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2018
 
ISBN :  978-967-5289-90-3 
Rating :
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di goodreads.com.

Ini kisah menantu perempuan yang tak disukai dan tak direstui oleh ibu mertua yang jahat dengan ilmu hitam. Mereka terpaksa menyamar dan bertemu secara rahsia. 

Walaupun kisah diorang ni agak meleret sikit tapi berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak mereka berdua ni. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ya. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
Sinopsis       
 

Ia mengisahkan Tuan Ardini yang berkahwin dengan Aazad Radi namun tanpa diduga, ibu Aazad tidak pernah setuju walaupun meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan meriah.

Lima bulan usia perkahwinan mereka, rumah tangga mereka mula berantakan dek sikap Datin Sri Dafinah yang menggunakan sihir. Mereka bercerai demi keselamatan diri. Ardini ke Sepanyol dan tanpa diketahui sesiapa, Aazad menyusul lalu mereka rujuk di sana.

Selepas tujuh tahun dan perkahwinan mereka berlangsung secara jarak jauh kerana Ardini di Sepanyol, manakala Aazad di Malaysia, Ardini pulang ke Malaysia. Sepanjang perkahwinan jarak jauh ini, Aazad pernah berkahwin dengan Farha, pilihan Datin Sri Dafinah. Ardini mengetahui tentang perkahwinan tersebut namun dia dan Aazad tetap melayari rumah tangga mereka dengan bahagia tanpa gangguan sesiapa.

Ardini kembali setelah Farha meninggal dunia dan dia bekerja di anak syarikat gabungan syarikat keluarga Aazad dan tempatnya bekerja di Sepanyol.

Aazad dan Ardini bertemu secara rahsia. Datin Sri Dafinah gagal pengapakan Ardini kerana Ardini hebat sebagai pekerja yang mendapat projek untuk syarikat mereka. Namun, dia akan mendera suaminya yang lumpuh dek rasa sakit hatinya terhadap Ardini dan Aazad yang ingkar perintahnya tidak akan bertemu lagi.

Datin Sri Dafinah tetap berusaha untuk menjatuhkan Ardini tanpa dia ketahui Ardini adalah menantunya. Manakala Aazad pula sukar untuk meninggalkan keluarganya kerana dia satu-satunya anak yang mengambil berat akan abah mereka yang lumpuh. Dia tersepit, antara keselamatan Ardini dan abahnya dek onar ibunya.

Namun kesetiaan serta kepercayaan antara Ardini dan Aazad tetap utuh walaupun badai melanda rumah tangga mereka untuk kali kedua dan biarpun hidup mereka bagaikan ‘mistress’ dan ‘sugar daddy’ di mata khalayak.

***

AAZAD RADI : Dia perempuan yang aku kahwini. Dia juga perempuan yang aku cerai! Namun dia juga yang kucintai. Tidak akan aku lepaskan dia lagi, perempuanku yang bertakhta di hati.

“Saat berpisah, sudah abang catat di hati, bila bertemu nanti...akan abang hayati setiap saat.”

TUAN ARDINI : Aku jatuh cinta kerana dia lelaki baik yang sangat menyayangi keluarganya. Namun, sayang, dia terseksa memilih antara aku dan mamanya. Dan aku memilih untuk memudahkan hubungan kami. Jadilah kami seperti aku ini mistressnya dan dia sugar daddyku.

“I dalam penjara, rasa cinta juga dalam penjara. Penjara jiwa.”

SEJAUH manakah pasangan ini berjaya pertahankan kisah unik dan aneh mereka daripada cengkaman Datin Sri Dafinah yang psiko?

 

 ... lagu Perasaanku - Fieya Julia ...