Kumbang Di Hatiku


 

Penulis   :  Rose Harissa   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karyaseni
Bilangan Mukasurat : 583
Tarikh Terbitan : Mac 2024  
ISBN :  978-967-469-212-4 
Rating : 
 

       
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia dan Black Ghost.

Menurut penulis karya hebat ini, ini adalah sambungan kisah manis Umar dan Mika dari sudut pandangan FL (Female Lead) Black Ghost, masih tentang HERO tentera tapi fokus kepada pandangan heroin iaitu bagaimana Mikanadira 'memandang' Umar Alhaidhar aka Abang 'Kumbang' ni he he he.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Mika dan Umar ini sungguh menyentuh rasa, penuh berilmu dengan kata-kata semangat dan nasihat yang menusuk kalbu. Semua watak dalam cerita ni berjaya mencuit hati, buat aku terpesona dan kagum dengan sisi seorang komando dan buat aku tersengih malu dengan ayat-ayat manis romantis yang keluar dari mulut si Umar aka Kumbang ni tau. Bacalah... anda pasti dapat rasa apa yang kurasa.

Cinta itu bukan hanya apabila dua insan berlainan jantina saling suka di antara satu sama lain. Tetapi C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala dugaan yang datang.

Apa-apa pun aku tersangatlah suka dengan happy ending Mika, Umar dan si kembar comel. Buat aku tersenyum bahagia puas hati TAHAP MAKSIMA. Sejujurnya, aku mengakui bukan mudah untuk menjadi isteri seorang KOMANDO. Cinta yang paling kuat adalah bila isteri percaya, saling memahami, menyokong dan menjaga segala rahsia suami. Setia je tak cukup, malah perlu mengangkat suami sebagai ketua, tetap menjadi rakan sepasukannya dalam rumahtangga, walaupun isteri mungkin tidak akan selalu menjadi keutamaannya. Bak kata Mika, "Saya sedar, saya memiliki hati dia tapi negara dan pasukan dapat waktunya" pergghhh.

Buat adik-adik di luar sana yang dah berangan nak kahwin dengan abang komando tu kena ada sifat sabar, tabah dan kuat mental dan fizikal menghadapi segala cabaran ya! Bukan berkorban perasaan je ya, jiwa dan raga juga perlu dikorbankan untuk suami yang bergelar PERWIRA negara.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Mika, Umar dan kisah manis diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 
 

  'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'. 

  
 
Sinopsis 

Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Skuadron Uniform — 11 RGK. 

Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama.

Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga.

Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.

“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.



“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.

“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena

“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”
– Mikanadira.

Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya.

Umar Alhaidhar, si BLACK GHOST, bukan hanya Green Beret tetapi juga green flag !

 

 

 ... lagu For The Rest Of My Life - Maher Zain ...

 


 

  ... lagu Anugerah Terindah - Black ...

 


   

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...