Penulis : Nazurah Aishah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Motivation Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 530
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-967-5118-02-9
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Ini adalah buku ketiga penulis ini yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita dan Rahsia Hati Sofia. Antara ketiga-tiga karya yang telah kubaca setakat ini, aku rasa karya ini yang paling sedih tak terkata. Ternyata selepas membaca setiap baris ayat dari karya ini aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh jiwa dan ragaku.
Sejujurnya, watak Tasha dalam karya ini buat aku berfikir lebih jauh akan setiap kebenaran dan dugaan yang dihadapinya. Mampukah aku untuk menghadapi setiap kebenaran dan menerima takdir yang sebegitu hebat ? Dapatkah aku bertahan dan meneruskan kehidupan selepas mengetahui kita akan kehilangan insan yang paling disayangi ? Hanya mereka yang telah mengalami pengalaman sedemikian yang mampu menjawab setiap persoalan yang bermain di dalam kepalaku ini. Inilah hakikat kehidupan yang harus kita terima walaupun amat payah kerana setiap dari kita pasti akan menghadapi kematian dan kembali kepada penciptaNya. Hanya doa yang dapat dipanjatkan agar kita akan ditemukan semula dengan insan yang disayangi di syurgaMU insya Allah.
Sinopsis
Nur Natasha Ameera dan Syahrun Najah kenal di depan Stadium Old Trafford dan berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, Tasha dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama Najah yang sudah ada pilihan sendiri. Tasha harus menjadi isteri yang tabah kerana dirinya tidak disukai mertua.

...lagu Kaer - Izinku pergi adalah gambaran luahan hati Najah buat Tasha ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
Thank you for reading my hearth-throb.
ReplyDeleteLove,
Naz
Thanks to you Dear Naz for an amazing story, I luv your books & thanks for reading my comment.
Delete