Dia Yang Terpilih




Penulis   :  Hijratul Akisya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel 

Bilangan Mukasurat : 707
Tarikh Terbitan : Februari 2015
ISBN : 978-967-0657-95-0
Rating :
★★




 

 


Ulasan :

Syukur kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis yang baru aje aku kenali ini. Aku tak sangka, di sebalik tajuk dan gambar yang biasa-biasa ni tersingkap sebuah kisah ala-ala thriller-seram-sedih yang biasa berlaku di sekeliling kita yang boleh kita jadikan sebagai iktibar. Memang tak rugi aku beli dan baca !!!

Pendapat peribadi, aku memang dah jatuh suka tergolek-golek dengan cerita ni tau. Cara penulis olah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni memang P.E.R.F.E.C.T & T.E.R.B.A.I.K.K gua cakap lu. Buat aku suspens & creepy meremang bulu tengkuk aku dari awal hingga akhir.  Aku baca ni waktu malam jadinya asyik dok pandang-pandang keliling je memang betul-betul berjaya menarik aku masuk ke dalam cerita ni tau. Kalau tak percaya, cuba baca sendiri lepas ni baru faham apa yang aku maksudkan.

Sekalung tahniah kepada Cik/Puan Penulis kerana berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi perut kisah Maira yang terkena sihir oleh kawan baik sendiri ni memang sungguh menakutkan aku yang tak berapa gemar nak baca cerita gaya gini. Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat aku pelajari melalui kisah realiti ni. Nampak gaya lepas ni kena cari karya penulis yang lain pulak nih he he he.




Sinopsis

 

“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintang akan ku lamar dirimu menjadi permaisuriku.”
 

Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadi penanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6 tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.

“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim




 
“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajah awak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” – Ahmad Suffian

Siapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yang terluka lagi?

Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilih bertakhta di hati Anis Humairah Najla?

Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujuran dalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.






 ... lagu Dealova - Once Dewa ...




 ... lagu Kasihku Abadi - In-Team ...
 



 ... lagu Take Me To Your Heart - MLTR ...






 kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Hijratul Akisya



 

Tanya Dia Tentang Cinta





Penulis   :  Ameera Ameer
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 586
Tarikh Terbitan : April 2015
ISBN : 978-967-0907-00-0
Rating :





 


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Aku suka dengan tema, watak dan jalan cerita yang dipaparkan dalam kisah Puteri Chempaka Emelyn dan Dr Mohd Ziyad Uzair ni. Walaupun temanya agak cliche tentang kahwin aturan keluarga, tetapi penulis berjaya memaparkan sebuah kisah yang penuh dengan nilai kekeluargaan dan pengajaran. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui cerita ini. Satu lagi kisah realiti

Aku suka dengan gaya penulis ini mengolah perjalanan setiap watak dan perjalanan cerita, memang harus aku puji P.E.R.F.E.C.T. Aku rasa watak heroin (Puteri) lebih memberikan kesan kepada aku dalam cerita ni sebab perubahan yang berlaku kepada karakter Puteri akhirnya mengaku, sedar dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukannya terhadap hero (Ziyad) dan berusaha untuk betulkan kesilapan dan pikat hati suami banyak memberi kesan dan contoh yang baik kepada pembaca.

Penulis berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan emosi, isi hati, dan perasaan setiap watak terutamanya watak Puteri dan Ziyad dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali, sampaikan akak nangis tau !

Syabas Cik Penulis, kerana anda telah berjaya buatku terpikat dengan gaya penulisanmu yang cukup rencah dan rasa ni.  Lepas ni kena cari karya yang lain pulak he he he.
 


Sinopsis
 

“Kahwin dengan saya” – Ziyad

Itu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.

Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!

Puteri + Ziyad = Perkahwinan?

Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?
“Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?” – Mohd Ziyad Uzair

Mungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?



“Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal.” – Puteri Chempaka Emelyn

Setiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?






 ... lagu Selamanya Cinta - Shila Amzah ft Alif Satar ...




 

 kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Ameera Ameer



 

Demi Bahagia Ini




Penulis   :  Lynn Safiya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Malay
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  LoveNovel
Bilangan Mukasurat : 607
Tarikh Terbitan : Oktober 2014
ISBN : 978-967-0657-85-1
Rating : 
 

 
 
 



Ulasan :

Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Gemalai Kasih.
 


Seperti karya pertama yang telah kubaca, karya ini juga memaparkan sebuah kisah hubungan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang syahdu.


Apa yang aku boleh katakan kisah perjalanan cinta Sofiah Qistina dan Ian Iskandar ni memang penuh lemak berkrim manis bergula. Cerita ini aku kategorikan 18sx dan kurang sesuai untuk adik-adik yang masih bersekolah.


 

Sinopsis

SOFIAH QISTINA, gadis yang dibesarkan dengan segala harta dan kemewahan. Namun dia hanya dahagakan kasih dan sayang papa dan mamanya. 


Paksaan papa Qistina, Tan Sri Ali Saifuddin, untuk mengahwini lelaki durjana bernama Remy tidak diendahkan demi menjaga maruah serta imannya. Maka dia lebih rela dihalau keluar dari rumah daripada berkahwin dengan Remy. Lantas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Ian Iskandar tidak mahu dilepaskan. Dia lebih rela menjadi seorang peneman kepada ibu Ian Iskandar walaupun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke kota London.

IAN ISKANDAR, lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang serius lagi tegas. Hidup di bawah satu bumbung bersama Qistina membuat hati lelakinya terusik. Buat pertama kali hatinya terbuka ingin memiliki dan dimiliki. Pertama kali jugalah dia merasakan apa itu kasih, sayang, cinta, marah dan cemburu, hanya kerana seorang gadis. 

Kehidupan Qistina menjadi huru-hara dengan perhatian rapi yang diberikan Ian Iskandar. Sikap lelaki itu yang terlalu ingin memiliki Qistina mengiringi setiap langkahnya. Sifat cemburu Ian Iskandar terhadap hubungannya dengan Dr. Ilyas Khan benar-benar melemaskannya. 

“Will you marry me, Qistina? Apa yang susah sangat nak faham, Qistina? Soalan simple macam tu pun awak tak boleh faham? Straight forward je kan? Takde bahasa kias, takde teka-teki…” – Ian Iskandar 

Mampukah Qistina menerima Ian Iskandar setelah apa yang Remy lakukan terhadapnya? Mampukah Ian Iskandar menerima Qistina seadanya? Mampukah mereka pertahankan bahtera cinta mereka apabila mengetahui Remy masih memburu Qistina? Siapa pula Remy? 

Betapa hebatnya cinta seorang lelaki bernama Ian Iskandar terhadap cinta hatinya. Demi Qistina, Ian Iskandar sanggup melakukan apa sahaja… apa sahaja demi kebahagiaan seorang isteri! 



 ... lagu Tak Ku Duga - Saiful feat Misha Omar ...






kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Lynn Safiya



Kerana Takdir-Nya





Penulis   :  Ezee Rahmani
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction, General Novel 
Penerbit  :  PTS Litera
Saiz Fail  :  1.12 mb
Tarikh Terbitan : 2013 
ISBN : 978-967-408-070-9
Rating :

 
 


 

 
 


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Secara peribadi, cerita ini boleh aku katakan agak menarik untuk dibaca. Kisah tentang kesusahan sebuah keluarga di luar bandar dalam meneruskan kehidupan. Cerita yang penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan dan semangat tidak pernah putus asa dengan setiap ujian yang terpaksa ditempuhi. 

Namun, gaya penceritaannya agak kurang menarik dan mendatar sahaja. Sebuah kisah untuk diteladani.
 

Sinopsis

Kerana Takdir-Nya mengisahkan seorang pemuda bernama Rasul yang membawa sinar kebahagiaan dan kesenangan dalam keluarganya. Dia juga sanggup menangguhkan pelajaran ke universiti demi membantu keluarganya. Sewaktu di universiti, wang pinjaman dihantar kepada keluarganya setiap bulan bagi memastikan keperluan keluarganya setiap bulan mencukupi. Adakah Rasul berjaya mengubah nasib keluarganya? Bagaimana pula dengan masa depannya sendiri? Kerana Takdir-Nya membuktikan Tuhan penentu segalanya. 






Antologi Cinta Dia 2





Penulis   :  Hezzy Azra, Lynn Dayana  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Poreng Kertas  
Bilangan Mukasurat : 326  
Tarikh Terbitan : 2017
ISBN : 978-967-14313-3-7 
Rating :
 



 

Ulasan :

Ini adalah sambungan buku Antologi Cinta Dia. Tapi buku ke 2 ni hanya ada sambungan cerita daripada 2 penulis je tau.

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan kisah pertama sambungan kisah EJ nih. Alhamdulillah akhirnya bersatu jugak Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril (Ku Ril). Cuma cerita kali ni aku rasa agak kurang rencah dan kurang ummphh daripada yang pertama. Dalam beberapa jam aku dah boleh habis baca cerita ni tau sebab perjalanan ceritanya pendek je dan takde pusing sana sini. Kiranya camne yek nak tulis....takde T.H.R.I.L.L. sorry sis writer cause I'm expecting more than this he he he.

Kisah kedua ni pulak aku agak kechewa sebab aku harapkan ada lagi kisah Ai & Chairyl yang lebih kebabom <sigh> tapi takde.  Kisah Benz pulak yang ada aduhai aku tidak dapat nak hadap dengan lebih bersungguh. Bukan apa mungkin aku je kot yang tak boleh nak terima kisah Benz dengan Emma nih....tak menangkap hati akak ni dek

Lepas ni korang kena buat cerita lagi kebabom tau he he.  

 

Sinopsis


Marry Ku Ril? - Hezzy Azra


Selepas terlucutnya status isteri, Edrina Julia tak mahu fikir soal jodoh lagi. Biarlah dia bersendiriran buat sementara waktu. Tapi, Taj Ghazi tetap merayu.

Taj : I want you back, EJ...so badly!

Edrina lelah. Tiba-tiba hadir pula Tengku Azril a.k.a Ku Ril dengan gurauan berbaur lamaran.

Tengku Azril : Kalau you tak nak kahwin semula dengan ex you tu..kahwin dengan I. That will end your headache! 

Marry Ku Ril? Semudah itu? Mungkin dia boleh menjadi isteri Ku Ril. Tetapi mampukah dia menyaingi Jane di mata anak-anak Ku Ril?


Aku Bukan Dewa - Lynn Dayana


Benz : Cuma mahu kamu. Tapi...titahku tiada kuasa

Aku bukan dewa. Aku manusia paling tidak sempurna.

Antara kita ada mimpi yang sukar jadi nyata.

Emma : Benci? Tidak juga. Kasih? Itu perkara gila.

Bagaimana kalau orang yang kau suka, sama skala dengan orang yang kau mahu benam pisau berkilat tepat di jantungnya?

"Kau, Emmalin Kesuma...berjodoh dengan Benjamin Iskandar? Boom! Merkuri! Titanium! Nuklear! Hancur, hancur, hancur!"

Habis tu, macam mana? Hati seperti terpateri namun jasad tak mahu kompromi.



Nadratul Nisa'





Penulis   :  Mardihah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction, Romance 
Penerbit  :  Karya Seni 
Bilangan Mukasurat : 756 
Tarikh Terbitan : September 2014 
ISBN : 978-967-0246-79-6
Rating :

       
Ulasan :

Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Andai Gerimis Berhenti dan Dan Gerimis Berbisik.


Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah cinta nyata ini walaupun syahdu TETAPI amat sadis. Bak kata penulis, ada antara kita yang telah mencipta kenangan dan ia terpaksa ditinggalkan untuk berhadapan dengan kenyataan. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan cerita ini memang buat aku sebak dan pilu seperti dihiris pedang yang tajam sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Sesungguhnya cinta pertama pasti meninggalkann suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup. Namun kenyataan itu pasti walaupun betapa sukar dan pahit untuk diterima dan hadapinya tetapi itulah hakikat sebenar yang harus kita tempuhi.

Penulis berjaya mainkan emosi aku dan buat aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Aku sebenarnya amat mengharapkan Akhtar@Tan Jie Kang dan Nisa' bersatu di akhiran cerita dan happy ending. <<sigh>> Adoi, sedih bila mengenangkan takdir yang tersurat buat Tan Jie Kang nih... Tapi, tak dapat aku nafikan sememangnya Maleq berjaya membuktikan dia adalah seorang lelaki dan suami yang lebih layak untuk memimpin Nisa' ke Syurga ALLAH. Aku hampir terlupa setiap yang berlaku adalah ketentuanNYA yang tidak mungkin dapat kita sebagai manusia ubah atau nafikannya. Kita hanya mampu merancang namun hanya ALLAH swt yang tahu apa yang terbaik dan menentukan setiap akhiran perjalanan hidup kita di dunia fana ini. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai manusia.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang menggetarkan jiwa dan ragaku. 


Tan Jie Kang... kau adalah antara kenangan yang paling manis dan indah tersemat di hatiku <pembaca> 



Highly Recommended Book


Sinopsis

I


Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini.
Aku akan dengarkan kepada kalian dengan ‘kenangan’ yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri
“You sayang I, macam mana?” – Nadratul Nisa’  

“Lebih. Lebih dari biasa.” – Tan Jie Kang


II

Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan ‘kenangan’ sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie.









“...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa’.” – Maleq Rafie.















 “Tuhan, baru kutahu. Antara ‘kenangan’ dan ‘kenyataan’. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan.” – Nadratul Nisa’ 

 







Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?

 

III

Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan ‘kenangan’ yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini.





“Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia.” – Akhtar Tan Abdullah.



“Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?” – Nadratul Nisa’



“Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa’?” – Akhtar Tan Abdullah.

 



Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.


 
 ... lagu Rapuh - Nastia gambaran luahan rasa hati Akhtar ...


 ... lagu Memori Tercipta - Shila Amzah gambaran luahan rasa hati Nisa'...




... lagu Jangan Menangis - Aizat gambaran luahan rasa hati Maleq ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...