Penulis : Hijratul Akisya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Love Novel
Bilangan Mukasurat : 707
Tarikh Terbitan : Februari 2015
ISBN : 978-967-0657-95-0
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Syukur kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis yang baru aje aku kenali ini. Aku tak sangka, di sebalik tajuk dan gambar yang biasa-biasa ni tersingkap sebuah kisah ala-ala thriller-seram-sedih yang biasa berlaku di sekeliling kita yang boleh kita jadikan sebagai iktibar. Memang tak rugi aku beli dan baca !!!
Pendapat peribadi, aku memang dah jatuh suka tergolek-golek dengan cerita ni tau. Cara penulis olah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni memang P.E.R.F.E.C.T & T.E.R.B.A.I.K.K gua cakap lu. Buat aku suspens & creepy meremang bulu tengkuk aku dari awal hingga akhir. Aku baca ni waktu malam jadinya asyik dok pandang-pandang keliling je memang betul-betul berjaya menarik aku masuk ke dalam cerita ni tau. Kalau tak percaya, cuba baca sendiri lepas ni baru faham apa yang aku maksudkan.
Sekalung tahniah kepada Cik/Puan Penulis kerana berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi perut kisah Maira yang terkena sihir oleh kawan baik sendiri ni memang sungguh menakutkan aku yang tak berapa gemar nak baca cerita gaya gini. Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat aku pelajari melalui kisah realiti ni. Nampak gaya lepas ni kena cari karya penulis yang lain pulak nih he he he.
Sinopsis
“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintang akan ku lamar dirimu menjadi permaisuriku.”
Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadi penanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6 tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.
“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim
“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajah awak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” – Ahmad Suffian
Siapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yang terluka lagi?
Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilih bertakhta di hati Anis Humairah Najla?
Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujuran dalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.
... lagu Dealova - Once Dewa ...
... lagu Kasihku Abadi - In-Team ...
... lagu Take Me To Your Heart - MLTR ...
kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Hijratul Akisya
No comments:
Post a Comment