Sayang I'm Yours




 

Penulis   :  Nina Kamal  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 579/1.06 MB (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2016  
Rating : 

 

 


الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Najihah (Jia) dan Adam Imran (Imran) ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Hanya kerana salah faham dan tanpa usul periksa Imran telah menghukum dan melakukan sesuatu yang amat mengaibkan kepada Najihah kerana menyangka Najihah adalah penyebab kepada kematian adiknya Haikal. Peristiwa hitam itu telah menyebabkan Jia telah dibuang keluarga dan terpaksa hidup sendirian.

Selepas lapan tahun, mereka bertemu semula ketika Jia menjalani latihan praktikal di tempat kerja. Jia nekad untuk dapatkan penjelasan Imran atas apa yang telah berlaku. Segala rahsia dan peristiwa aib yang berlaku dahulu akhirnya terungkai dan terjawab di akhir cerita. Rupa-rupanya Jia telah difitnah oleh rakan sekelasnya yang juga sepupu kepada Haikal dan Imran. Dan Imran pula tidak pernah meragut kesucian Jia seperti yang Jia sangkakan. Imran akhirnya mengakui kesilapanya dan cuba memikat hati Jia.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


Sinopsis

“Errr…Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran.” – Najihah

“Saya tahu.”- Imran

Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.

Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dia benci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu.

“Macam mana Misya tahu Kak Jia tak suka abang?”- Imran

“Misya tanya tadi.” – Misya

“Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak pun.” –Imran

“Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang.” – Misya

Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!

“Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini.” – Imran

Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia nekad. Demi Jia, dia akan tetap  mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.

Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernah berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!

 

 ... lagu Kita Insan Biasa - Dayangku Intan & Jay Jay ...

 


 

 

 

 

Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah


 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 495
Tarikh Terbitan : Okt 2025  
ISBN :  978-629-94206-2-0 
Rating : 


 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, Black Ghost dan Kumbang Di Hatiku.

Arjuna dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat merujuk kepada dewa atau pahlawan hebat dalam epik Hindu Mahabharata yang termasyhur, simbol keberanian dan kewajipan. Ia juga bermaksud lelaki yang dikasihi sama ada kekasih, suami dan sebagainya.

مَا شَاءَ ٱللَّٰهُ, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Kapten Nazran Shah ini memang buat aku "kecut perut" sungguh menyentuh jiwa, raga dan penuh berilmu. Kisah ni bukan hanya berjaya menyingkap rahsia kehidupan seorang PERWIRA negara yang mungkin tidak pernah kita kenali, bahkan mungkin juga kita tidak pernah terfikir akan kewujudan mereka. Malah kisah ini telah berjaya mengangkat martabat para pejuang negara yang digelar sebagai Jet Fighter TUDM

Satu hakikat yang perlu kita sedar mereka ini sebenarnya adalah pahlawan negara yang berjuang berkorban jiwa dan raga untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan balasan, imbuhan dan pingat demi memastikan negara yang kita cintai ini dapat kita diami dengan aman, makmur dan tanpa ancaman musuh dari pihak luar. Inilah sebenarnya WIRA yang tidak pernah kita dendang yang perlu kita sentiasa ingati dan sanjungi. Moga kita sentiasa menyanjung tinggi dan menghargai segala bakti keringat wira-wira negara kita sendiri.

Syabas dan tahniah RH kerana berjaya pula menjulang dan mengangkat martabat Jet Fighter TUDM. Rasanya tidak perlu aku nak cerita panjang dan komen meleret. Kena beli buku RH ini dan baca sendiri ya. Perrgghh...begitu besar risiko, pengorbanan dan berat tanggungjawab yang dipikul oleh seorang juruterbang negara ni. Moga mereka sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu yang buat aku tersengih jer ni. Dan yang paling seronok dapat jugak sedikit ilmu tentang pesawat TUDM ni haaa. Aku bersyukur walaupun tak dapat si Arjuna Jet Fighter ni dapat berangan baca kisah ni pun jadilah ha ha ha. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
 

Sinopsis

Dia hanya gadis biasa - orang awam
Dia seorang fighter pilot - sang pelindung langit. 

Dua dunia bertembung.

Seorang wanita belajar berani, dan seorang pejuang udara yang akhirnya menyerah pada hatinya sendiri.

Hidup Iraina sederhana, sepi tanpa keluarga. Tapi segalanya berubah bila dirinya masuk ke dalam radar Kapten Nazran Shah, juruterbang TUDM yang terkenal dengan disiplin setegas F/A-18D Hornet yang dipandunya.


 

Nazran 'KRAKEN' terbiasa dengan langit, risiko, dan misi yang tak pernah menjanjikan kepastian. Tetapi di sisi Iraina, dia akhirnya menemui makna sebuah rumah.

Majlis Sword Bearer yang mengikat janji, Nazran bawa Iraina melangkah dalam dunia penuh cinta, kehilangan, dan keberanian.

Dan di langit yang sama, Iraina tahu... arjuna dari langit itu kini miliknya seorang.

 

 

 

 

 ... lagu Anugerah Terindah - Black ...

 


 

 ... lagu Cintamu Muzik Di Hatiku - Anita Sarawak ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...