Romantic : Error

  

 

Penulis   :  Illa Shanahila    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  RC Publication
Bilangan Mukasurat : 336
Tarikh Terbitan : Jun 2024  
ISBN :  978-967-2813-55-2 
Rating :  
       
 
 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis muda ini. Tertarik dengan gambar depan buku ni yang mengingatkan aku masa dolu-dolu suka baca siri penyiasatan detektif conan ha ha ha.

Agak teruja nak baca kisah ni sebab ingatkan ada aksi-aksi kebaboom. Namun, kisah Nadira dan Fahd ni masih kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah yang santai je, tiada konflik yang peningkan kepala aku nak baca he he he.

Harap Cik Penulis akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ya.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
“Lupakan semua tu Nadira. Sini bukannya tempat kau untuk tunjuk hebat. Kau takkan dapat apa-apa melainkan nyawa kau pula yang jadi galang-gantinya.”~Tengku Fahd Amir

Nadira bekerja di Kelab Malam La Roza dengan satu tujuan. Membongkar satu peristiwa yang selama ini menjadi punca hidupnya merana. Takdir menemukannya dengan Tengku Fahd Amir yang penuh rahsia. Taerpaksa menjadi 'special request' Tengku Fahd setiap malam membuatkan rancangan asalnya tergendala.

Nadira musykil. Siapa Tengku Fahd? Kenapa setiap malam dia diminta untuk ke bilik lelaki itu walaupun layanannya tidak diperlukan?

“Daripada yang aku tengok cara kau tolak Jason tadi, kau sebenarnya tak nak ada dekat sini, kan? Apa sebenarnya yang kau cari dekat sini, Nadira?.”~Tengku Fahd Amir

Bukan urusan awak.~Nadira

Bila keadaan makin menghimpit, Fahd membawa Nadira keluar daripada La Roza dengan satu tujuan. Namun, perjalanan mereka tak akan pernah menjadi seperti sebelumnya.

“Aku nak senangkan hidup kau dan aku. Jadi kita kahwin. La Roza bukan tempat kau.~Tengku Fahd Amir

“Habis tu, awak nak cakap yang tempat saya dengan awak.?~Nadira

“Buat masa sekarang, yes. Kau kena tinggal dekat dengan aku.~Tengku Fahd Amir

Namun, perkahwinan Nadira dengan Fahd bukanlah satu penyelesaian. Banyak rahsia yang terbongkar yang membuatkan hidup mereka seakan pelarian. Dan mereka sedar, ada nyawa yang sedang dipertaruhkan.

“Awak dah musnahkan semua rancangan saya...~Nadira

“Aku dah cakap yang aku akan tolong kau. Jadi, kau kena percayakan aku.~Tengku Fahd Amir

Hanya Fahd yang dia percaya. Dalamm membongkar semuanya, adakah kemenangan menjadi milik mereka berdua ?

 

 

 

NEFERTITI

 


Penulis   :  Lily Haslina Nasir    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 634
Tarikh Terbitan : Dis 2018  
ISBN :  978-967-2102-73-1 
Rating : 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, selepas hampir 9 tahun lamanya aku tak peluk karya LHN ni, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis hebat ini selepas Menunggu Cinta Tuhan, Tuhan Masih Mencintaiku, Cinta Hilang Kata dan Hunky Avian Funku Arisa

Baca kisah ini lepas baca kisah Raid Arjuna memang beri aku kepuasan yang berlipat ganda. Secara peribadi, aku kira karya ini adalah karya terbaik yang pernah aku baca hingga kini. Aku jamin, korang pasti puas hati tahap maksima baca kisah Ziyad dan Yasmin nih ha ha ha. 

Sebenarnya tajuk buku Nefertiti ni pun dah menimbulkan pelbagai persoalan dan memang terasa seperti menarik-narik hati aku ni nak baca. Apa yang aku tahu di zaman Mesir purba dahulu nama Permaisuri Firaun Akhenaten bernama Nefertiti. Apa kaitan dengan kisah ni aku kurang pasti. Jika nak tahu, kena selongkar kisah Firaun pulak nampaknya ni...

Aku tabik atas keberanian penulis melakarkan kisah konspirasi ini dan menggambarkan kisah sebenar keadaan dan perjuangan politik yang berlaku dewasa ini. Sepertinya ia benar-benar wujud di depan mataku sekarang ni. Ini kisah benar ke ??? Bacalah... anda pasti dapat rasa apa yang ku rasa. Baca karya Lily memang tak sah kalau tak jumpa ayat-ayat tajam, kesat, sinis dan sentap ni ... memang panas punggung punya orang kata he he he...

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.  Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lamوالله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

T.E.R.B.A.I.K.

 

Sinopsis 

“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?” - Ziyad

“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu.” - Yasmin


Ziyad El Zamri terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri.

Yasmin dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya.

“Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad

 

 

... lagu Gemilang - Ella ...