PEARL





Penulis   :  Shirod Shukri         
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  SHKSolution
Bilangan Mukasurat : 456
Tarikh Terbitan : Disember 2017  
ISBN :   978-967-15482-0-2 
Rating :
   
 
   
 
 
   

 
Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama dok terperam berbulan-bulan dalam gerobok akak ni adoiii. Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Iman_Inbox.
 

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni. Apa yang aku boleh tulis kat sini, mula-mula baca cerita ini aku memang tak berapa nak faham apa sebenarnya yang dah terjadi kepada insan bernama Pearl Ratna nih. Banyak persoalan yang berlegar dalam kepala otak aku dari muka surat pertama kubaca hingga akhir muka surat. Memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Baca buku ni buat otak aku jem sekejap dok pikir definisi sayangi diri kita yang sebenarnya...apa ekkk ???

Lepas baca dan baca lagi baru tahu kisah Pearl yang sebenarnya. Pearl Ratna ni adalah pelajar Master di University of Melbourne Australia Takdir telah menemukan Pearl Ratna dengan Reynolds Hanafi aka Rayn anak kacukan Melayu dan Australia dalam kapal terbang semasa kembali ke Australia. Di akhir cerita baru aku tahu kisah lara Pearl ni sebenarnya baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya di Malaysia dan membawa diri sebatang kara di perantauan. Kisah ini tiada akhiran yang boleh buat pembaca senyum hingga ke telinga ye. Akhiran kisah ini agak tergantung dan tak kusangka jadi sedih sebab Pearl menghilangkan diri tanpa dapat dikesan dan buat aku jatuh kasihan pulak kepada Rayn dan tertanya-tanya apa yang akan Rayn lakukan dan apa yang akan terjadi kepada Rayn ??? 

Adakah pengertian sebenar prinsip 'sayangi diri kita' kepada Pearl dan Rayn benar-benar akan mereka perjuangkan dan selama mana pulak mereka akan bertahan ???  Maaf ye Cik Penulis, ada sambungan ke kisah Pearl dan Rayn ni ???  Kalau tak ada tolong sambung ye, akak tak sabar nak tau apa yang tersirat sebenarnya dan apa yang akan terjadi kepada Pearl dan Rayn nih.  ???

Sayangilah diri kita dahulu sebelum kita sayangi diri orang lain.


p/s kena ulang baca ni sebab banyak yang aku tak faham dan tak puas hati ni he he he   


 
Sinopsis

 
Pearl

 "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?” Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat ini ibarat lontaran ayat penyedap hati kepada diri sendiri?

Kali ini Pearl Ratna kembali ke Melbourne dengan misi khas. Bagi Pearl, sejarah lama membuatkan dia lebih berhati-hati menyusun lipatan perasaan.





RAYN

 “Dia... interesting.” Rayn tersenyum. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s... a gem. I could sense that.”

Reynolds Hanafi, kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau lelaki ini benci, benci sampai mati juga.


LOVE YOURSELF - Rayn

Persoalannya, apakah pengertian sebenar prinsip ‘sayangi diri kita’ kepada mereka berdua?




.. lagu Tetap Dalam Jiwa - Isyana Sarasvati ...



... lagu Jodoh Pasti Bertemu - Afgan ...
 
 






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 

Kekasih Waktu




Penulis   :  Noor Suraya         
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 418
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :   978-967-0757-00-1  
Rating :
★★  
   
 
   
 
 
 
 

Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 9 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Kebun Mimpi,Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.

Pendapat peribadi, kali ini penulis hebat ini menyingkap apakah erti kekasih, pengorbanan dan perasaan seorang insan yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Banyak yang aku pelajari, menyedarkan dan buat aku berfikir lebih mendalam lagi bahawasanya hati kita ini bukan kita yang pegang. Ia boleh berubah bila-bila masa je dan kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Takdir sudah tertulis semuanya di Lauh Mahfuz.

Kisah Najaah Dr Ilham yang menyayangi Zaynn lebih dari sebagai abang tirinya. Kisah cinta Zaynn yang tidak kesampaian bersama teman sepermainannya Dian Zahra. Dan kisah Imran, pak long dan sudah dianggap seperti ayah pada Najaah yang telah menemui kekasih baru dan mula keliru dengan perasaan sendiri dan berubah hati pada Farhana, umi Zaynn yang sudah 13 tahun menjadi isterinya.

Apa yang boleh aku coretkan di sini, kisah ini sungguh memilukan kepada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh pengajaran dan mencengkam pelbagai rasa di hati ini. Sejujurnya kisah ini merobek dan meninggalkan kesan luka yang begitu mendalam di hatiku dan membuatkan aku jadi sebak dan menitis air mata bila mengenangkan adakah aku hanya sekadar KEKASIH WAKTU dan sampai bilakah aku akan menjadi KEKASIH WAKTU ??? Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




 
Sinopsis


Mencintai itu seperti menjaga.
Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah Dr Ilham buat untuk Zaynn Nur Luthfil bin Masri yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.

Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”
“Umi dulu?”
“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu
Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.



... lagu Mengapa Dirindu - Saloma ...




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Tu me manques, ma cheri
I miss you, my love
Cinta itu berasal daripada kata hibb (kendi air)
Setelah ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang lain

Anak punai anak merbah
Turun mari membuat sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Kalau mengail di laut dangkal
Dapat ikan penuh seraga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan laut hendak diduga

Perkahwinan bukan sebuah rumah kebajikan
Ia rumah yang menyatukan hati-hati menjadi satu, menjadi syurga dunia

Tidak semua yang kita pasti akan kita genggam selamanya
Hidup ini satu perjalanan waktu

Mencintai itu seperti menjaga
Menjaga agar tak ada luka
Menjaga agar tak ada kecewa
Kerana hakikat cinta itu damai
Mendamaikan dua hati yang bermusuhan
Hakikat cinta adalah dekat
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan  
         
 

.. lagu Memori Duka - Sons of Adam ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   




Kebun Mimpi





Penulis   :  Noor Suraya           
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing 

Bilangan Mukasurat : 536 
Tarikh Terbitan : 2008  
ISBN :   978-967-5118-10-4  
Rating :
  
   
 
   
 

 

 

Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, aku sudah pun membaca buku ke 8 karya penulis hebat ini selepas Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.


Buku ini sebenarnya menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Ceritera I Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Ceritera II Tas Merah Jambu oleh Syud dan Ceritera III Albatros Antara Langit dan Bumi oleh Rynsa. Kalau nak tahu aku memang sudah kenal dengan karya dua penulis hebat seperti Kak Su dan Syud. Tetapi ini adalah kali pertama aku belek karya Rynsa ni. Kebun Mimpi ni sebenarnya adalah cerita dalam Seperti Mencintaimu... Ain.


Ada tiga kisah realiti kehidupan yang nampak macam biasa-biasa je tetapi dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca.


Sinopsis


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.