Kekasih Waktu




Penulis   :  Noor Suraya         
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 418
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :   978-967-0757-00-1  
Rating :
★★  
   
 
   
 
 
 
 

Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 9 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Kebun Mimpi,Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.

Pendapat peribadi, kali ini penulis hebat ini menyingkap apakah erti kekasih, pengorbanan dan perasaan seorang insan yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Banyak yang aku pelajari, menyedarkan dan buat aku berfikir lebih mendalam lagi bahawasanya hati kita ini bukan kita yang pegang. Ia boleh berubah bila-bila masa je dan kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Takdir sudah tertulis semuanya di Lauh Mahfuz.

Kisah Najaah Dr Ilham yang menyayangi Zaynn lebih dari sebagai abang tirinya. Kisah cinta Zaynn yang tidak kesampaian bersama teman sepermainannya Dian Zahra. Dan kisah Imran, pak long dan sudah dianggap seperti ayah pada Najaah yang telah menemui kekasih baru dan mula keliru dengan perasaan sendiri dan berubah hati pada Farhana, umi Zaynn yang sudah 13 tahun menjadi isterinya.

Apa yang boleh aku coretkan di sini, kisah ini sungguh memilukan kepada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh pengajaran dan mencengkam pelbagai rasa di hati ini. Sejujurnya kisah ini merobek dan meninggalkan kesan luka yang begitu mendalam di hatiku dan membuatkan aku jadi sebak dan menitis air mata bila mengenangkan adakah aku hanya sekadar KEKASIH WAKTU dan sampai bilakah aku akan menjadi KEKASIH WAKTU ??? Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




 
Sinopsis


Mencintai itu seperti menjaga.
Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah Dr Ilham buat untuk Zaynn Nur Luthfil bin Masri yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.

Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”
“Umi dulu?”
“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu
Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Tu me manques, ma cheri
I miss you, my love
Cinta itu berasal daripada kata hibb (kendi air)
Setelah ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang lain

Anak punai anak merbah
Turun mari membuat sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Kalau mengail di laut dangkal
Dapat ikan penuh seraga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan laut hendak diduga

Perkahwinan bukan sebuah rumah kebajikan
Ia rumah yang menyatukan hati-hati menjadi satu, menjadi syurga dunia

Tidak semua yang kita pasti akan kita genggam selamanya
Hidup ini satu perjalanan waktu

Mencintai itu seperti menjaga
Menjaga agar tak ada luka
Menjaga agar tak ada kecewa
Kerana hakikat cinta itu damai
Mendamaikan dua hati yang bermusuhan
Hakikat cinta adalah dekat
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan  
         
 

.. lagu Memori Duka - Sons of Adam ...




 .. lagu Perpisahan - Revolver ...




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   




No comments:

Post a Comment