Kebun Mimpi





Penulis   :  Noor Suraya           
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing 

Bilangan Mukasurat : 536 
Tarikh Terbitan : 2008  
ISBN :   978-967-5118-10-4  
Rating :
  
   
 
   
 

 

 

Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, aku sudah pun membaca buku ke 8 karya penulis hebat ini selepas Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.


Buku ini sebenarnya menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Ceritera I Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Ceritera II Tas Merah Jambu oleh Syud dan Ceritera III Albatros Antara Langit dan Bumi oleh Rynsa. Kalau nak tahu aku memang sudah kenal dengan karya dua penulis hebat seperti Kak Su dan Syud. Tetapi ini adalah kali pertama aku belek karya Rynsa ni. Kebun Mimpi ni sebenarnya adalah cerita dalam Seperti Mencintaimu... Ain.


Ada tiga kisah realiti kehidupan yang nampak macam biasa-biasa je tetapi dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca.


Sinopsis


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah. 








No comments:

Post a Comment