Seperti Mencintaimu... Ain




Penulis   :  Noor Suraya         
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna   
 

Bilangan Mukasurat : 663    
Tarikh Terbitan : 2015  
ISBN :   978-967-0757-10-0  
Rating : 



Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, aku sudah pun membaca buku ke 7 karya penulis hebat ini selepas Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.


Subhanallah, apa yang aku boleh tulis lagi kat sini, rasanya aku sudah pun tulis semuanya pada semua karya yang telah kubaca terdahulu.

I'm speechless you know !!!  Satu lagi kisah yang sungguh meruntun jiwa aku nih. Secara peribadi, kisah ini tidaklah sesedih Nyanyian Tanjung Sepi. Namun tema dan persoalan yang dimainkan dalam kisah ini juga lebih kurang serupa tetap meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati aku ni tau. Penulis hebat ini memang pandai melagukan kisah ini dengan kata-kata puitis syahdu dan suka buat aku jadi sebak dan asyik memikirkan tentang kesabaran, ketabahan, pengorbanan, keikhlasan, kesetiaan dan kebergantungan harap seorang wanita, isteri dan ibu yang bernama Ain Najwa yatim piatu dalam takdir hidupnya. Selama berbelas tahun Ain menanti kehadiran Adam sebagai imamnya. Bertemu, berpisah, ajal dan maut dan segala yang ada di dunia ini adalah hak ALLAH. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada kita yang dilahirkan sebagai wanita dan menjadi wanita solehah yang hebat seperti serikandi pejuang Islam terdahulu insya Allah.

p/s masa baca Langsir Biji Remia tersentuh dengan watak Ain yang setia menjaga suaminya Adam yang cacat dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Adam. 




T.E.R.B.A.I.K.

   
Sinopsis



Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Dia bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus-menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan. Namun akhirnya dia terpaksa mengakui, kehadiran Ain telah mengubah perspektifnya tentang perempuan.

Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak mahu memilih Haris yang lebih matang dan lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharap kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.




Pohon sena cabangnya empat,
Mari ditebang waktu pagi;
Kalau kena dengan makrifat,
Burung terbang menyerah diri.  

Lalu yang membuat Ain tetap menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak ke mana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja?

Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya: pernah disuruh melupakan si dia... ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. – Ain









Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati! – Nik Ahmad Adam bin Dato' Nik Ahmad Ali











Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Cinta itu bagai air laut 
tak surut pabila ditimba
tak kering pabila kemarau tiba

peniaga yang jujur akan dibangkitkan
 bersama-sama para syuhada

Ya Allah aku ingin menjadi hamba yang sabar dengan ketentuanMu



... lagu Nyanyian Kasmaran - Ebiet G.Ade ...
 



... lagu Suatu Masa - M.Nasir ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   


2 comments:

  1. kalau nak pre loved buku ni saya nak beli..terima kasih

    ReplyDelete