Penulis : Noor Suraya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 542
Tarikh Terbitan : Oktober 2008
ISBN : 978-983-5118-09-8
Rating :
Ulasan :
Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya ini dan dapat autograph penulis lagi tau. Jangan jeles ye he he he. Ini adalah buku ke 4 kubaca selepas Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha dan Mahadewi.
Memang berbaloi dan puas hati tahap M.A.K.S.I.M.A sungguh aku beli buku ini dan tidak sia-sia aku hadap baca buku ini sampai lewat pagi. Apa yang dapat aku tuliskan di sini, aku suka cara penulis mengolah jalan cerita karya ini dengan pelbagai elemen di dalamnya. Ada misteri, ada suka, ada duka, ada kasih, ada pengorbanan dan ada harapan ini memang lain dari yang lain yang pernah aku baca setakat ini. Aku rasa sungguh teruja bila baca karya ni sebab macam-macam yang aku rasa sepanjang baca karya hebat ini tau.
Penulis berjaya buat aku tenggelam dalam rumah tiga tingkat di sebuah ladang teh di Cameron Highland ini. Aku begitu terpesona dengan keindahan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya hebat ini. Aku jadi tertanya-tanya, sentiasa dalam debaran tahap maksima dan tak sabar-sabar nak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Nay, emak Dahlia, Megat Qais, ayah Dahlia dan kenapa pula keluarga Dahlia bermusuh dengan keluarga Wadi Hannan hinggakan Dahlia benci sangat pada Wadi dan jadi musuh ketat semasa di sekolah. Kisah benci dan kasih sayang syahdu di antara Dahlia dan Wadi dan kecekalan seorang anak perempuan bernama Dahlia ini berjaya merungkai banyak persoalan yang berlegar dimindaku setelah aku berjaya tamatkan bacaan aku ni hingga hampir lewat pagi. Orang tua-tua cakap, jangan benci sangat, nanti jadi sayang. Perghhh hebat betul penangan buku Cikgu ni ye !!!
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Dalam Islam harta isteri yang meninggal, 50%nya menjadi hak suami
Walau banyak kujumpa
Setiaku tetap kepadamu
Walau harus merana
Oh, lagu kenangan!
Kunyanyikan lagu kenangan
Oh, akan kusimpan
kasihmu sayang akan kusimpan
Cinta itu bukan sekadar boleh memiliki hatinya
atau sekadar ucapan I Love You, tetapi sejauh mana kita dapat membawa dia yang kita cintai itu mentaati Tuhan yang esa
... lagu Bersama Pertemuan Ini - Roy & Fran ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
Walau banyak kujumpa
Setiaku tetap kepadamu
Walau harus merana
Oh, lagu kenangan!
Kunyanyikan lagu kenangan
Oh, akan kusimpan
kasihmu sayang akan kusimpan
Cinta itu bukan sekadar boleh memiliki hatinya
atau sekadar ucapan I Love You, tetapi sejauh mana kita dapat membawa dia yang kita cintai itu mentaati Tuhan yang esa
... lagu Bersama Pertemuan Ini - Roy & Fran ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...