Jujurlah Nikahi Aku





Penulis   :  Umie Nadzimah 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Penerbitan Karya Seni 
Bilangan Mukasurat :   672
Tarikh Terbitan :   2014
ISBN :    978-967-024-678-9  
Rating :   




 


Ulasan : 

Ini karya kedua yang kubaca selepas Dia...Isteri Luar Biasa.

Pendapat peribadi, cerita ini memang berbeza dengan buku pertama sebab cerita ini agak sedih dan panjang sikit jalan ceritanya. Memang mencabar kesabaran aku nak habiskan baca buku ni tak sabar nak tahu apa kesudahan kepada watak Nurin, Zurin, Alan dan Zanif. Penulis memang bijak mengolah plot dan perjalanan cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni sehinggakan aku jadi sakit hati 'kaw kaw' betul dengan watak Pn Azah (emak Zurin), Zurin (adik Nurin) dan Zanif (bos dan suami Nurin). Perasaan menyampah, geram dan benci pada tiga watak jahat ni memang meluap-luap dalam hati aku ni. Tetapi, watak Alan di akhir cerita ni aku macam dah boleh agak...aku tak rasa suspen sebab andaian aku memang benar belaka...he he he. Cuma aku rasa lambat sangat Nurin ni nak kecapi bahagia bersama Qayyum. 

Terima kasih Umie Nadzimah, cerita anda berjaya mengundang pelbagai rasa dihati dan buat aku jadi tak puas hati dan tidak mungkin aku akan ulang baca kisah ni lagi. Apa yang buat aku geram tu bukannya pada watak Nurin yang pada amatan aku bukanlah seorang yang cacat, cuma jari terkurang terlebih jer. Tetapi yang buat aku benci tahap melampau ni sebab watak emak dan adik Nurin...memang jahat gilerrr bikin darahku mendidih jer. 

Sebuah kisah kehidupan yang mampu menyentuh jiwa dan raga. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat pembaca di luar sana.




Sinopsis 
 




NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Dilahirkan dengan sedikit kekurangan iaitu ada 4 jari kanan dan 6 jari kiri. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?


“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

 

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.



AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.





 

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

 

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

 

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

 





Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?


 ... Pencuri - Mark Adam ...



 ... Cinta Pertama dan Terakhir - Sherina ...



Seindah Takdir Cinta





Penulis   :  Kamsiah Abu 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Buku Prima  
Bilangan Mukasurat :  656  
Tarikh Terbitan :  30 April 2013  
ISBN :   978-967-0535-16-6   
Rating :   




 

Ulasan : 

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.   

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan cerita ni agak panjang dan memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Namun penulis bijak mengolah perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni dan buatkan aku begitu teruja sekali nak tau bagaimana kesudahan kepada watak utama Shahriman, Adrian dan Mia dalam cerita ini. Di akhir cerita ni baru agak sedih memang membuatkan aku sebak sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar.
 

Syabas Penulis ! Aku rasa kisah ini juga memang sesuai sekali dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi kepada pembaca dalam mencari keredhaan ALLAH dan untuk membina kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat. Bacalah dan kutip tauladan dan iktibar daripada secebis kisah CINTA SYAHDU HEBAT ini. Sememangnya banyak yang dapat dipelajari dari kisah hebat ini. Setiap takdir yang berlaku itu ada nikmat dan hikmah yang mungkin tidak kita ketahui. Jangan sesekali kita mempersoalkannya dan terima segala ujian mendatang itu dengan redha dan sabar. Insya Allah kita pasti beroleh ketenangan yang dicari. ALLAH itu tidak akan menzalimi hambaNYA.   



Highly Recommended Book 


Sinopsis 

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.






Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.



 


Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.

 




Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?



 ... Demi Cinta - Ezad Lazim ...



... Takdir Cinta - Fauziah Latiff ...




... Sedetik Lebih - Anuar Zain ...



 

RomanCinta





Penulis   :  Nicki Lee 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  LoveNovel Enterprise   
Bilangan Mukasurat :  740  
Tarikh Terbitan :  June 2015  
ISBN :   978-967-0907-07-9   
Rating :  




 
Ulasan : 


Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.   

Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan cerita ini memang berbeza daripada cerita melayu cliche yang berlambak di pasaran. Cerita ni banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak dari muka surat pertama kubaca hingga akhir muka surat. Tapi semua andaian aku tersasar dan tak mengena langsung. Penulis bijak mengolah perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni. Unsur suspen dan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan setiap watak yang ada dalam cerita ini.

Syabas penulis! Walaupun aku tak pasti Cik/Encik penulis tapi aku sangat suka dengan kisah ini. Kisah penjenayah yang biasa kita dengar pasal kongsi gelap, gengster, jenayah sosial dan dadah tapi terkandung banyak pengajaran. Bacalah dan cuba ambil ikhtibar dari secebis kisah ini. Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan duniawi. Namun, satu masa satu ketika mereka pasti akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Semoga penulis terus berkarya dan menghasilkan karya yang mampu mendidik dan menyedarkan pembaca di luar sana.
 



Sinopsis 
 

Mengapa takdir membiarkan kita bertemu...

Dan bercinta hanya untuk sementara waktu...



Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.



 





Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.





  



Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang.

 




 

Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.

Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.

Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.


... RomanCinta - MOJO ...



  ... Secret That Cannot Be Told (Bu Neng Shuo De Mi Mi) - Jay Chou ...





  ... Dengarlah Bintang Hatiku - De Meises ...




Jejaka Edisi Terhad





Penulis  :  Rin Ahmad
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 606
Tarikh Terbitan :  Januari 2016
ISBN : 978-967-0874-18-0
Rating :











Ulasan : 

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku 'bedah' buku si Rin ni setelah puas aku cari merata tempat. Ini adalah buku ketiga yang telah kubaca selepas Arluna dan BIMBO. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan semua karya penulis ni memang T.E.R.B.A.I.K. dan ada nilai estetika yang tersendiri dan ada banyak pengajaran yang tersembunyi dalam karya hebat ini. Cukup segala rencah dan perisa. Boleh bikin aku gundah gulana dan kacau emosi aku je...ha ha ha. Penulis kali ni buat aku berfikir jauh tentang apakah ertinya cinta, kepercayaan dan pengorbanan kepada kita???


Pendapat peribadi, cerita kali ni watak-watak utamanya agak kurang beri kesan pada aku. Tetapi aku rasa watak Sean Norman lebih menyerlah dimata dan yang paling memberi kesan mendalam kepada aku. Kenapa aku kata macam tuhhh ??? Sebab aku lebih dapat menjiwai tekanan dan kesengsaraan yang dialami oleh Sean berbanding Sara Nabila. Aku nampak perjalanan watak Sean dalam cerita ni diolah dan dikembangkan dengan begitu sempurna sekali. Penulis berjaya memperlihatkan sifat-sifat sebagai seorang abang, suami, sahabat dan ayah dalam diri Sean yang dapat menarik dan memberi kesan positif kepada watak di sekelilingnya.

Selain itu juga, kesian walaupun kali kedua kepercayaan Sean dikhianati oleh isteri merangkap kawan baik adiknya sendiri, luka parah dan hancur lebur hatinya. Namun, Sean tidak putus asa dan cuba membetulkan segala kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan dan memohon petunjuk daripada ALLAH swt. Penulis memang berjaya buat aku sakit hati, geram dan benci dengan watak Indah (isteri Sean dan kawan baik Sara) apa yang Indah lakukan pada Sean pada aku memang kejam dan memang susah untuk dimaafkan.  Memang betul manusia akan hilang kewarasan fikiran dan pertimbangan diri bila jauh dari ALLAH dan nafsu telah menguasai hati. Aku harap sangat Rin akan sambung kisah Sean & Indah nih. 

Banyak pengajaran dan ada mesej yang patut kita renungkan dan teladani. Manusia hanya mampu merencana namun segala ketentuan dan akhirannya hanya ALLAH yang tahu...Wallahuallam.




Sinopsis 




 



“Encik, takkan semua bilik nak buat studio?” ~ Sara.

 



“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” ~ Que.







Kisah hidup Cik Akustik Konsultan, Sara Nabila huru-hara apabila bertemu dengan pramugara kacukan Inggeris, Que Zafril. Konon hati takkan goyah dengan godaan bersahaja Que Zafril kerana yang terpahat di hati hanyalah si tall, dark and handsome, Shah Ezlan. Namun, hari demi hari hatinya mula berubah rentak.

 



Que mempunyai banyak persamaan dengan abang kesayangan Sara, Sean Norman. Kaki snooker, kaki motor besar. Apatah lagi setelah dihalau keluar dari rumah dek angkara sahabat baik merangkap kakak ipar, Indah yang buruk perangainya, hanya Que yang menceriakan harinya. Terasa diri dekat dengan Sean Norman apabila bersama Que. Namun… mahu dicampak ke mana si tall, dark and handsome?

 

“Love is crap!”






Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

The more humble you are, the higher you rise

Bukankah janji Allah itu pasti ?
Walau seberat mana pun ujian yang Allah beri, pastinya itu ujian yang mampu kita sebagai hamba memikulnya.
Dan semakin dekat diri kita dengan Allah, bukankah semakin berat ujian-Nya untuk menguji keimanan kita ?

Love is trust

Harapan tak selalunya seiring dengan hakikat 

You should forgive your enemy but you shouldn't forget her name 

Sometimes the best memories are the ones you have to lose

Cinta bukanlah ukuran kebahagiaan
Ukurannya ialah sebuah kejujuran 
Ukurannya ialah sebuah keikhlasan
Ukurannya ialah sebuah kepercayaan

" Kalau ini takdirMu, ku pohon Kau berikanku jalan yang terbaik untukku ...yang terbaik untuk keluargaku "

" Kalau ini takdirMu, ku pohon Kau berikanku kekuatan. Yang terbaik untukku, yang terbaik untuknya " 

Daripada riwayat Muslim, 
sesiapa yang masuki sesuatu jalan untuk menuntut ilmu 
Allah akan mudahkan jalannya ke syurga

Perjalanan hidup semua orang tak sama
Ujian semua orang berbeza
We have our own share here   


 ... The Reason - Hoobastank ...



..  I Love You Baby - Frank Sinatra...



 ... Que Sera Sera - Doris Day ...