Tentang...Dhiya





Penulis   :  Syud 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd  

Bilangan Mukasurat : 544 
Tarikh Terbitan : 2008 
ISBN : 978-967-5118-01-2 
Rating : ★★






 

Ulasan :

Nampaknya aku ni dah kemaruk dengan buku penulis ni.. ha ha ha. Memang berbaloi baca buku lama ni daripada buku baru yang buat aku semakin bosan entah apa-apa ceritanya.

Karya ini adalah yang ketiga kubaca selepas  Dia...Dalam Ramai dan Baju Melayu Hijau Serindit. Cerita dalam karya ini memang cukup nostalgia pada aku yang nak masuk 4 series ni. Apa tidaknya perjalanan cerita dalam karya ini memang mengingatkan aku kembali ketika zaman belajar dulu... cukup menggamit kenangan ketika mula kenal erti bunga-bunga CINTA. Drama korea, drama bersiri dan lagu-lagu yang ada dalam karya ini seperti mengamit kenangan lama dan mencampakkan aku semula di waktu itu. Aku seperti terbuai dengan perjalanan cerita karya ini yang cukup manis dan mempersonakan. Ya, semua orang pasti akan mengalami dan mengharungi perjalanan hidup yang seperti itu. Kenangan itulah sebenarnya yang banyak mengajar dan mematangkan kita dalam setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita ini. Itulah lumrah kehidupan. Cuma terkadang kita banyak buat kesilapan di permulaan kehidupan kita dan amat berharap jika dapat diputar kembali waktu itu untuk padam segala kesilapan lalu.



Secara peribadi, aku suka dengan cara penulis mengolah jalan cerita dalam setiap karyanya. Patutnya aku baca karya ini dahulu sebelum dua karya yang lain kerana beberapa watak yang wujud dalam karya ini ada diceritakan dalam karyanya yang lain. Cerita ini penulis gunakan bahasa yang sempoi jer, tak terlalu berbunga, tak peningkan kepala aku nak fikir lebih-lebih.  Kupasan jalan cerita dan watak-wataknya sangat realistik seperti yang telah kualami sendiri... tapi aku perlu ulang baca 2 kali jugaklah untuk memahami jalan cerita dan menjiwai watak-watak utama dalam buku ni. Bukannya apa, cuma dialog dalam cerita ini aku agak susah sikit nak tangkap siapa yang cakap. Namun, cara pengolahan jalan cerita ini memang berjaya menyentuh hati aku dan membuatkan aku tersenyum simpol melayan nostalgia manis dan indah itu. Yang pasti, cerita ini begitu manis, indah dan sempurna di mataku. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah cerita yang sangat indah untukku jadikan kenangan hingga hujung nafas.



Sinopsis

 

Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

kalau menurut Dhiya Azril tu tipikal group mate : tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal kerja, almaklum lah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu. sedangkan Azril juga ada alasannya sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat. lepas graduate, masing masing bawa diri.



Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi menjadi 'masalah' kepada Dhiya, lalu apa langkah seterusnya Dhiya?

Tidak semua pekara layak di beri peluang kedua, Dhiya. usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. berpalinglah, jika itu yang terbaik.
  












Gavin Degraw -Chariot







Baju Melayu Hijau Serindit





Penulis   :  Syud 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd  

Bilangan Mukasurat : 430  
Tarikh Terbitan : 2011  
ISBN : 978-967-0508-76-4  
Rating : ★★





Ulasan :

Jualan online murah di e-sentral buatkan aku tidak lepaskan peluang untuk borong beberapa karya Syud yang memang aku cari-cari selama ini.
 
Karya ini adalah yang kedua kubaca selepas Dia...Dalam Ramai. Cerita ini memang buat aku teringat masa zaman aku bercenta waktu muda-muda dulu he he. Setelah membaca habis karya ini, aku rasa aku sudah terpikat dengan gaya penulisan manis lemak berkrim penulis hebat ini. Bukan cerita sedih yang buat aku boleh nangis sampai bengkak-bengkak mata, tak ada konflik yang peningkan kepala aku. Cerita ini tentang pertemuan dan jodoh yang sungguh manis dan tidak disangka tetapi ada maksud tersirat yang boleh dijadikan pengajaran dan untuk diteladani pembaca di luar sana. Secara peribadi, aku memang sudah terpaut hati dengan karya penulis hebat ini. Memang benar ajal, maut, pertemuan dan jodoh itu adalah ketentuan Allah. Mana mungkin kita dapat menidakkannya.


Sinopsis

Wardah Ahmad Bakhtiar (Wardah) dan Mohammad Firas Adam Mohammad Iskandar (Firas) bertemu secara tidak sengaja di dalam kedai buku dan kebetulan mereka mahu membeli buku yang sama. Dek kerana pertemuan pertama yang tidak manis itu, Wardah awal-awal lagi sudah kurang senang dengan Firas dan menggelarnya Shrek sebab warna baju melayu yang dipakai Firas berwarna hijau terang dan garang. Firas pula mula mengambil perhatian setelah terlihat kasut merah yang dipakai oleh Wardah dan gaya jalan hentak-hentak kaki yang ala-ala gaya Dorothy seperti dalam cerita The Wizard of Oz. 

Wardah terpaksa meminta pertolongan daripada Firas apabila ibunya mahu menjodohkan dia dengan Ilham, seseorang yang Wardah tahu pasti akan membuatkan keadaan bertambah buruk. Dia tak sangka dengan meminta Firas menolongnya untuk menyamar sebagai teman lelakinya telah mencambahkan perasaan sayang yang pada mulanya tiada di situ, dalam hatinya.


~ Wardah ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”


 





~ Firas ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah.









Dia... Dalam Ramai





Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN : 978-967-0508-79-5
Rating : ★★







Ulasan :


Kebetulan minggu ini di e-sentral ada jualan online murah, jadi aku pun tidak lepaskan peluang keemasan ni baca secara online di www.e-sentral.com

 
Pertama kali baca karya penulis ini, cerita ini biasa-biasa aje pada amatan aku. Namun kisah ini berjaya menarik hati aku untuk baca hingga akhir cerita.  Olahan cerita pada permulaannya aku agak tidak berapa nak faham namun setelah meneruskan bacaan barulah aku dapat menjiwai dua watak utama dalam karya ini. Cerita yang memang sempoi je tetapi ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung.


Sinopsis



Kisah Sufiy (Sufiy Suraiya) dan Ameer (Fadli Ameerudin) pernah bertemu di dalam lif di bangunan yang menempatkan pejabat masing-masing beberapa tahun dulu, namun tempoh itu sekejap sahaja kerana selepas itu Sufiy bertukar kerja ke tempat lain. Ameer yang tidak sempat untuk mengenali Sufiy pada mulanya pasrah kerana orang yang dia cuba nak kenal sudah tidak kelihatan di mana-mana lagi. Takdir menemukan mereka beberapa tahun selepas itu, dengan kenyataan bahawa mereka berdua sebenarnya adalah jiran sekampung dan emak mereka saling mengenali antara satu sama lain. 




Semasa berhari raya di rumah Sufiy, Ameer tidak melepaskan peluang yang ada dan kembali menyambung rancangannya yang tergendala dulu. Namun, berita tentang pertunangan Sufiy daripada adiknya Nisrin telah menyebabkan Ameer patah hati dan menjeruk rasa. Tindakan Nisrin menghantar ucapan dan kiriman lagu di radio Sinar FM telah buat Ameer jadi 'panas punggung' dan tidak keruan dibuatnya. Pertemuan secara kebetulan di kedai buku telah menyebabkan Ameer meluahkan rasa hati yang terpendam kepada Sufiy.  Begitu pun, Sufiy juga ada masalah yang perlu diselesaikan sebelum dia boleh memberi peluang kepada orang lain. Adakah Sufiy sanggup kehilangan Ameer kali kedua, orang yang sering dicari-carinya selama ini ? 






Dayangku Intan - Semakin Rindu Semakin Sayang








Karamel





Penulis   :  Nasz
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan : Oktober 2010
ISBN : 978-967-5118-47-4
Rating : ★★






Ulasan :

Karamel sebenarnya adalah salah satu cerita dalam karya Warna (3 Ceritera Dalam Sebuah)  yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Warna I - Nazurah Aishah, Warna II - Rnysa dan Warna III - Nasz.

Kebetulan minggu ini di e-sentral ada jualan online murah, jadi aku pun tidak lepaskan peluang keemasan ni baca secara online di www.e-sentral.com. Karya ini adalah karya kedua yang telah kubaca selepas Sweet Sour.
 
Cerita ini memang biasa-biasa aje pada amatan aku. Namun kisah ini berjaya mencuit hati aku dengan dialog bersahaja yang memang buat aku geli hati dan ketawa jer dengan gelagat dua watak utama dalam karya ini iaitu Ana dan bosnya Arif. Walaupun jalan cerita yang cuba dipaparkan nampak seakan kurang menarik tentang Ana yang sering bergaduh dan bertekak dengan bosnya Arif di tempat kerja. Namun penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan begitu baik sekali dan berjaya menarik pembaca untuk cuba menghayati cerita ini hingga ke akhirnya. Cerita yang memang sempoi je tetapi ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung.


Sinopsis



Kisah seorang setiausaha bernama Nory Ana yang mendapat bos baharu di kilang tempat kerjanya iaitu Mohd Arif Mohammad. Dari awal perkenalan lagi, Arif terang-terang menunjukkan sikap anti-Ana. Apa juga yang Ana buat mesti tak kena di mata Arif. Disebabkan Ana pelik dengan keadaan tu, dia andaikan yang Arif ni adalah budak lelaki yang dia pernah tolak semasa zaman sekolah rendah dulu. Tapi sebenarnya Arif tersalah sangka dan ingat Ana adalah mak tiri dia. Arif tak dapat terima yang walidnya sanggup memperisterikan perempuan yang lebih muda daripada dia. Jadi dia sengaja mendera hidup Ana. 




Setelah mengetahui cerita yang sebenar dari mulut Maksu, baharulah Ana tahu Arif adalah orang yang Mama ingin kenalkan dengannya selama ni. Ternyata Arif memang ada hati dengannya dan dengan selamba ajak Ana kahwin dengannya semasa majlis kenduri di rumah maksu Arif.

karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?



 

Dan Gerimis Berbisik




Penulis   :  Mardihah Adam
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 403
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-5783-93-7
Rating : ★★







Ulasan :
 
Karya ini adalah sambungan dari buku pertama penulis ini Andai Gerimis Berhenti. Perjalanan hidup Nur Aisha digambarkan penuh dengan kejutan pelbagai cabaran dan dugaan selepas bergelar isteri. Diharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari peribahasa yang tepat kena pada watak Nur Aisha dalam karya ini. Memang pilu dan sebak tetapi Aisya cekal dan terus tabah menghadapi segala kesedihan yang dialami. Pendapat peribadi aku, karya ini agak kurang beri kesan menyengat kepada aku berbanding karya pertama. Akhiran ceritanya juga tidak berikan aku sebarang kejutan dan terlalu mendadak. Alangkah bagus jika penulis dapat menceritakan lebih lanjut detik-detik Najmi sedar dari koma dan berjumpa dengan anaknya. 


Walau bagaimanapun, karya ini sangat sesuai untuk dibaca oleh adik-adik gadis remaja, wanita, isteri atau ibu. Banyak mutiara ilmu yang boleh dijadikan pengajaran berguna melalui karya hebat ini. Kisah ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai motivasi malah sebagai penguat semangat kepada kita semua. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan panduan hidup untuk menjadi insan yang bergelar wanita di luar sana. 

Sinopsis


Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu meyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba, Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.

Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hambaNya yang memenuhi hidup dengan kesabaran.




" Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata !"





Rasulullah Is My Doctor




Penulis   :  Jerry D.Gray
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
PTS Islamika Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-967-366-213-5
Rating : ★★








Ulasan :


Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah dapat menghayati karya pertama penulis hebat yang baru sahaja aku kenali ini. Memang tidak sia-sia aku beli walaupun baca secara di www.e-sentral.com
Banyak maklumat berguna yang aku pelajari dalam buku hebat ini. Banyak ilmu dan manfaat yang aku perolehi selepas habis baca buku ni tau. Rupanya banyak yang aku tidak tahu selama ni, mengamalkan ayat-ayat dalam Al-Quran sebagai rawatan rukyah pelindung diri, makan madu lemah dan biji jintan hitam yang banyak khasiat dan beri kesihatan kepada tubuh badan kita, dalam al-Quran banyak diceritakan tentang madu lemah dan jintan hitam ini,  berbekam untuk buang darah kotor dan penyakit daripada tubuh badan kita dan kembali kepada makanan asal dan asli, iaitu makanan yang segar adalah ubat dan khasiat yang paling mujarab untuk semua penyakit manusia di dunia ini. Tidak perlu makan ubat-ubatan kimia ni semua. Buang duit je. Macam penulis kata, bukan boleh hilangkan penyakit tapi tambahkan penyakit lagi  ada. Jadi apa kata kita back to basic. Mari kita mula bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh ditanam di laman rumah kita. Amalkan pemakanan sihat. Bukan sahaja buat kita lebih bertenaga dan sihat dengan aktiviti berkebun, malah ia juga akan buat kita lebih cergas Insya Allah. Letakkan seluruh kepercayaan kita kepadaNya, bertawakal dan sentiasa berdoa diberikan rahmat dan kesihatan atas apa yang kita amalkan. Insya Allah pasti tidak sia-sia. Iti janji Allah untuk hambaNya. 




A DEFINITE MUST READ !!!