Kasihku Arina





Penulis  :  Mazni Aznita /Anita Aruszi
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 710
Tarikh Terbitan :  2010
ISBN : 978-967-5489-47-1
Rating :  ★★★★★





Ulasan :

Syukur kerana dengan izinNYA aku masih diberi peluang "menyelongkar" karya keempat penulis hebat ini. Memang berbaloi sungguh aku beli buku ini dan tidak sia-sia aku hadap baca buku ini sampai lewat pagi. Apa yang dapat aku katakan di sini, karya ini memang lain dari yang lain yang pernah aku baca setakat ini. Aku memang tabik dengan penulis ini kerana memang tidak pernah lagi aku jumpa karya tempatan yang ada cerita sehebat ini. Suatu kisah fantasi yang berjaya buat aku melekat terus dengan jalan cerita yang seperti ala-ala cerita Lord of the rings ni ada kisah lawan-lawan pedang, naga, makhluk aneh dan pahlawan perkasa yang ada kuasa luarbiasa tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai yang baik. Pada aku memang seronok betul bila dapat baca karya ADVENTURE sebegini yang penuh dengan imaginasi dan begitu menghiburkan sekali. Sejujurnya aku memang lebih tertarik dengan cerita sebegini sebab jiwa aku memang lebih cenderung untuk tengok dan baca cerita yang macam Star Wars daripada tengok atau baca cerita cintan-cintun klise yang kadang-kala tak boleh diterima oleh akalku langsung. 

Pendapat peribadi aku, penulis ini bukan hanya berjaya mereka dan mengadun satu cerita fantasi yang amat menarik dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya kepada pembaca malah berani menghasilkan suatu karya berbeza dari genre yang pernah ditulisnya sebelum ini. Unsur suspen dan penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal sehingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini berjaya membuatkan pembaca sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat pembaca tak sabar-sabar dan jadi begitu teruja nak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada watak Arina, Alwiz dan juga kisah misteri dalam karya ini. Teknik penceritaan dalam karya ini mungkin akan membuatkan pembaca pening kepala sedikit dengan jalan ceritanya yang agak tidak ikut kronologi masa dan aku juga terpaksa ambil masa dan ulang baca sebanyak dua kali cerita ini baharulah aku betul-betul dapat memahami keseluruhan isi perut cerita ni. Namun ia tidak sedikit pun buat aku tawar hati untuk teruskan pembacaan walaupun aku agak keliru sedikit pada awal pembacaan. Kalau nak tahu penulis ini memang tidak sah kalau tidak buat aku jadi tidak keruan dengan karya-karyanya. Ternyata teknik penceritaannya dalam karya ini berjaya buat aku tidak mahu beralih langsung dan terus menarik tumpuan aku masuk dalam cerita ni berilusi dan menjiwai watak-watak utama dengan begitu berkesan sekali. Tahniah kepada penulis hebat ini kerana berani menghasilkan sebuah karya yang begitu unik dan sungguh berbeza sekali jalan ceritanya dan seakan dapat mengubat keterujaan pembaca seperti aku yang terlalu mendambakan karya-karya yang berkisar tentang pengembaraan fantasi dan adventure yang begitu susah sekali untuk kita temui dalam pasaran buku tempatan negara kita sekarang ini. Apa yang pasti, aku sudah agak muak dan bosan dengan karya-karya tempatan yang lebih banyak dimomokkan dengan kisah cinta yang hampir sama sahaja jalan ceritanya dan aku rasa semakin kurang nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh sebilangan penulis untuk dijadikan pengajaran dan iktibar dalam karya-karya mereka sebagai bahan bacaan kepada pembaca yang kebanyakannya adik-adik remaja yang masih di bangku sekolah lagi. Kepada pembaca yang suka genre sebegini, memang berbaloi baca buku ni tau.  Highly Recommended Book.

Sinopsis 

 Kisah tentang Arina anak kepada Magdalena Anna dan Komander Hariz yang telah diculik sejak kecil dari kerajaan Drutasia oleh Raja Kruek, pemeritah kerajaan Lembah Hitam dan telah menjadikannya sebagai pembunuh upahan. Arina telah diselamatkan oleh ibunya  dan menyembunyikannya di bumi dijaga oleh Ahmad Fahrin Toh.

Kehilangan adiknya Chayi di Mandaluyong, Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz Syah Villaneuva yang muncul secara tiba-tiba sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa? Siapakah lima gerero yang mewarisi lima senjata istimewa yang digelar Pedang Berlima ?

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.




"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku, Jerry, Kim dan yang lain-lain. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael




Hayati kata-kata syahdu yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

"Kau sebenarnya yang tak faham tentang cinta, sayang. Aku mahukan kau. Aku mahu mengahwini kau dan hidup bersama kau sampai bila-bila pun. Aku tak peduli tentang anak atau tentang racun dalam tubuh kau. Kita masih ada masa berpuluh-puluh tahun lagi untuk mencari penawarnya. Atau kalau kita gagal temukan penawarnya, maka aku akan hidup dan mati di samping kau. Buat selama-lamanya" - Alwiz


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... Anita Aruszi / Mazni Aznita



Cinta Yang Terlewat




   Penulis  :  Zuriani Mustaffa
   Negara  :  Malaysia
   Bahasa  :  Melayu
   Genre    :  Malay Fiction / Cinta
   Penerbit :  Buku Prima
   Bilangan Mukasurat : 453
   Tarikh Terbitan :  2012
   ISBN :  978-967-0342-14-6
   Rating : ★★★★★






Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh meruntun jiwaku ini. Pertama kali menyelongkar karya penulis hebat ini dan sejujurnya karya sedih ini berjaya membuatkan aku sakit dada dan tersedu sedan hingga bengkak mata. Satu kisah pilu yang bukan sahaja berjaya menyentuh jiwa dan ragaku malah buat aku sedar dan insaf akan erti Takdir adalah perancangan ALLAH yang terbaik. Bagi aku, karya ini cukup sempurna. Penulis ini bukan sahaja berjaya mengadun satu kisah cinta yang sungguh luarbiasa yang aku rasa tidak ramai yang mampu buat seperti Fahim, malah berjaya mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca sewaktu membaca karya ini dari awal hingga akhir cerita. 

Terus terang aku katakan karya ini memang tiada happy ending seperti karya cintan cintun yang lain. Tetapi akhiran pilu karya ini mampu membuatkan pembaca untuk muhasabah diri sendiri dan tanya pada diri sendiri mampukah aku lakukan seperti Fahim ? Aku amat bersetuju dengan penulis hebat ini, karya ini bukan hanya telah mengingatkan aku agar tidak lupa dengan sifat ArRahman dan ArRahimNYA, juga mengajarku agar tidak mempersoalkan takdir ALLAH. Jangan pernah berkata kenapa ini terjadi kepadaku ? Kenapa aku diuji begini sedangkan orang lain tidak ?  Sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan bersyukur dengan limpahan rahmat dan kurniaanNYA dan terima setiap ujian dengan lapang dada. Insya ALLAH kita mampu hadapinya. Memang berbaloi baca buku ni.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Highly Recommended Book.


Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Tiada yang lebih pasti tentang kehidupan di dunia yang sementara ini kecuali setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.  
 
Sebagaimana ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud :
" Setiap jiwa pasti akan merasai mati " ~ (Ali Imran ; 185)
Hanya bila, di mana dan bagaimana ianya berlaku yang masih menjadi rahsia ALLAH. 


...Semua penyakit yang diturunkan ALLAH  mempunyai penawar, kecuali penyakit tua dan mati...



Sinopsis



Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan Siti Sarah isteri pertama setelah melahirkan buah cinta pertama yang hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya, Jordan. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa yang sedang bertarung nyawa melawan sakit kerana ada ketumbuhan di otak, seorang isteri yang baru sahaja kehilangan suami dalam kemalangan dan juga baru melahirkan seorang anak setelah enam tahun berkahwin.

Tanpa cinta yang berputik, Fahim mengambil keputusan menikahi Nisaa atas rasa simpati dan ingin memberi harapan kepada Nisaa untuk terus hidup sebagai satu keluarga dan melakukan pembedahan buang tumor. Mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Namun, selepas pembedahan tersebut, Doktor memberitahu Nisaa tidak akan hidup lama dan telah dibawa balik ke rumah dijaga sepenuhnya oleh Fahim. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka. Nisaa akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di sisi Fahim tanpa sempat meluahkan perasaan sayang dan cintanya kepada Fahim begitu juga Fahim. Namun Fahim pasrah dan redha di atas setiap ketentuanNYA.

 

 

  

 

... lagu Muhasabah Cinta - Edcoustic ...

 


 

 


Cinta Bukan Larangan





Penulis  :  Anita Aruszi
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Gedung Novela Publishing
Bilangan Mukasurat : 797
Tarikh Terbitan :  2014
ISBN :
Rating : ★★★





 Ulasan :

Alhamdulillah dengan izinNYA aku dapat "menyelongkar" karya ketiga penulis yang telah mendapat tempat dihatiku ini. Buku terbaru ini sebenarnya telah kubeli secara terus via fb penulis ini dan telah pun berada di tanganku sejak beberapa bulan yang lalu, namun baru kini dapat kuhadapnya. Seperti dua buku terdahulu yang telahpun aku baca berulang kali, karya penulis hebat ini memang amat aku nanti-nantikan dan tidak sabar untuk baca kisah yang dicoretkan dalam karya ini pula. Nak tahu kenapa sebab karya Lelaki itu Untukku dan Mencari Kiblat Cinta telah buat aku tidak keruan dengan jalan cerita yang penuh misteri serta menjadi tanda tanya. Namun aku agak sedikit kecewa kerana karya terbaru ini tidak seperti yang aku harap-harapkan dan ceritanya tidak dapat menarik tangkai hati aku dan agak kurang menyengat seperti karya-karya yang telah pun kubaca sebelum ini. Aku nampak banyak kesilapan ejaan dan susunan ayat yang kurang kemas. Malah saiz tulisannya juga terlalu kecil buat aku yang rabun ini, payah sikit nak baca dan menghayati jalan cerita dan buat mood aku hilang sekejap nak baca. Sejujurnya aku kurang suka dengan kisah cinta antara dua beradik yang tiada ikatan darah yang dicoretkan dalam karya terbaru penulis hebat ini kerana walaupun jalan ceritanya masih ada misteri dan tema kekeluargaan yang erat, tetapi teknik penceritaannya kurang beri debaran dan cabaran melalui watak-watak utamanya. Dan gambaran sisi gelap watak Diaz sebagai watak utama memang aku tidak dapat terima dan macamana nak cakap ye, seperti tidak dapat memberi kejutan kepada aku seperti dua karya yang aku dah baca sebelum ini. Maaf cikgu sebab karya ini kurang mendapat tempat di hatiku ini ye. Apa-apa pun aku akan tetap menyelongkar karya-karya cikgu yang lain.


Sinopsis

Diaz Hafizi dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba menodai gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?



Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA
 


Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

 

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN 





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... Anita Aruszi / Mazni Aznita
 

The Marriage Merger (Marriage to a Billionaire # 4)




Penulis  :  Jennifer Probst
Negara  :  New York (United States of America)
Bahasa  :  English
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Gallery Books
Bilangan Mukasurat : 401
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN :
Rating :  ★★





Synopsis :

Her sisters have found wedded bliss with their wealthy,wonderful dream men, but not Julietta Conte. She’s stayed on terra firma as top executive of the family’s corporation, La Dolce Famiglia bakery. Work is her passion, and her trendy Milan apartment her sanctuary . . . until Sawyer Wells, a masculine masterpiece in a suit, lures her out of hiding with an irresistible offer: an exclusive partnership with his international chain of boutique hotels.

Julietta’s been burned before—and trusting her brother-in-law’s friend, whose powerful gaze alone has her rethinking the best use of a conference room, is the riskiest proposition. But with a once-in-a-career chance to take the bakery global, will she mix stone-cold business with red-hot seduction?


Ulasan :

Akhirnya dapat jugak aku habiskan baca novel cinta sequel yang terakhir ni. Perghh...baru lega rasa lepas habis baca kesemua siri cerita cinta high class yang memang buat aku jadi tidak keruan je sepanjang baca kesemua siri penulis ni. Kisah tentang adik perempuan Michael yang seorang ni memang tidak boleh masuk dalam kepala aku. Sejujurnya aku rasa semua siri buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, tidak sesuai untuk adik-adik dibawah umur 21 tahun ye. Pendapat peribadi aku, siri yang terakhir ini jalan ceritanya agak meleret-leret dan agak melampau. Gaya bahasa yang digunakan dalam karya ini memang mudah difahami dan penuh bunga-bunga cinta je. Namun aku rasa karya ini memang tidak berjaya buatkan aku jatuh hati seperti pembaca yang lain. Rasa seperti tidak kena dengan jiwa aku je.


The Marriage Mistake (Marriage to a Billionaire #3)



Penulis  :  Jennifer Probst
Negara  :  New York (United States of America)
Bahasa  :  English
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Entangled Publishing (Indulgence)
Bilangan Mukasurat : 328
Tarikh Terbitan : November 2012
ISBN :
Rating : ★★★







Synopsis :

Carina Conte has had a crush on her brother Michael’s best friend, Maximus Gray, since she was a teenager. Now she’s earned her MBA and come to work at Michael’s new venture, America’s fastest-growing bakery empire. But some things never change: her family still treats her like a child. With three drop-dead gorgeous siblings, she’s still the ugly duckling of the bunch. And Max, the company’s new CEO, still barely notices her.

Max knows Carina Conte is strictly off limits. But hot-blooded lust wins out at a conference when the two share a scorching one-night stand—and are busted by her mother! Now, forced by old-world Italian tradition into a marriage he’s not ready for, Max is miserable—and Carina is furious. Her new husband is about to realize that hell hath no fury like a woman transformed….



Ulasan :

Kisah Carina Conte adik perempuan Michael yang menaruh hati dengan Max kawan abangnya sendiri sejak remaja lagi tercetus semula setelah tamat belajar dan mula bekerja bersama Max di syarikat milik abangnya. Secara keseluruhannya aku puas hati dengan jalan cerita dan watak-watak utama dalam karya ni, cuma semua siri buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, tidak sesuai untuk adik-adik dibawah umur 21 tahun ye. Pendapat peribadi, aku suka dengan jalan cerita dan watak Carina yang agak daring dan berani dalam karya ni. Penulis bijak mengolah watak-watak utama dalam karya ni dan buat aku melekat baca hingga akhir muka surat.





The Marriage Trap (Marriage to a Billionaire # 2)




Penulis  :  Jennifer Probst
Negara  :  New York (United States of America)
Bahasa  :  English
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Entangled Publishing (Indulgence)
Bilangan Mukasurat : 328
Tarikh Terbitan : October 2012
ISBN :
Rating :  ★★







Synopsis :

To satisfy his late father’s wishes, hot and single billionaire Michael Conte must find a bride—someone who will fit into his traditional family back home in Italy—and fast, so his engaged sister will be allowed to wed. With no intention of being tied down, Michael “proposes” to fiery, free-spirited photographer Maggie Ryan: if she will play the part of his fiancée during her trip to Milan for a photo shoot, he will keep away from her married best friend, Alexa, and stop making Maggie nuts with their too-close-for- comfort flirtations.

But once in Italy, sexual tension sparks the hottest no-strings- attached arrangement on any continent. Could marriage be the most enticing trap of all?



Ulasan :

Buku pertama penulis ni memang buat aku jatuh hati terus dengan dua watak yang ada dalam buku tu. Dan aku pun ambil keputusan untuk sambung baca siri yang kedua ni. Namun kisah Michael dan Maggie dalam karya ni agak kurang menarik hati aku sebab aku rasa jalan ceritanya macam tak adventure langsung, agak mendatar je. Tak tau nak cakap macamana, tapi yang pasti aku ambil masa yang lama nak habiskan baca buku yang ni.


 


The Marriage Bargain (Marriage to a Billionaire #1)




Penulis  :  Jennifer Probst
Negara  :  New York (United States of America)
Bahasa  :  English
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Entangled Publishing (Indulgence)
Bilangan Mukasurat : 160
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN :  978-1-4767-2535-2
Rating :  ★★★★





Synopsis :

A marriage in name only...

To save her family home, impulsive bookstore owner, Alexa Maria McKenzie, casts a love spell. But she never planned on conjuring up her best friend's older brother—the powerful man who once shattered her heart.

Billionaire Nicholas Ryan doesn’t believe in marriage, but in order to inherit his father’s corporation, he needs a wife and needs one fast. When he discovers his sister’s childhood friend is in dire financial straits, he offers Alexa a bold proposition.

A marriage in name only with certain rules: avoid entanglement. Keep things all business. Do not fall in love. The arrangement is only for a year so the rules shouldn’t be that hard to follow, right?

Except fate has a way of upsetting the best-laid plans…



Ulasan :


Semua siri buku penulis ni sebenarnya aku dah baca pada akhir tahun lepas, tetapi atas sebab kesibukan aku tidak sempat nak update kat sini. Pertama kali aku terpandang cover buku penulis ni di perkongsian geng goodreads, terdetik dihatiku wow macam hebat je buku nih...rasa teringin pulak nak baca sebab memang dah lama aku tak baca buku yang berbahasa inggeris ni. Pendapat peribadi aku, memang seronok baca buku ni, jalan cerita dan watak-watak utama Alexa dan Chris diolah dengan begitu baik sekali dan berjaya buat aku melekat terus nak baca dan buat aku tak senang duduk je. Aku memang suka dengan keseluruhan isi cerita buku ni SUPERB. Walaupun kisah cinta kahwin kontrak dalam karya ini hampir sama dengan kebanyakan novel melayu yang berlampak di pasaran sekarang ni TETAPI kisah ni ada kelainan sikit. Kisah cinta kahwin kontrak ini lebih manis, lemak berkrim dan disukai ramai ha ha ha dah macam susu lah pulak. Yang pasti kisah Alexa dan Chris ni memang akan buat pembaca jatuh hati tahap maksima dan melampau, penuh dengan aksi yang romantis, mencuit dan menghiburkan hati, ada yang buat aku geram dan sakit hati dengan perangai selamba Chris ni, ada juga yang buat aku sedih dengan perangai tanpa perasaan Chris pada Alexa ni. Apa pun, kesudahan cerita ini memang manis dan amat dinanti-nantikan aku apabila Chris akhirnya sedar dan buang egonya yang tinggi demi Alexa cinta hatinya yang sebenar yang telah lama wujud dihati.

AMARAN : buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, tidak sesuai langsung untuk adik-adik dibawah umur 21 tahun ye.





kalau nak baca ebook boleh klik link ini ye ... The Marriage Bargain