Cinta Yang Terlewat




   Penulis  :  Zuriani Mustaffa
   Negara  :  Malaysia
   Bahasa  :  Melayu
   Genre    :  Malay Fiction / Cinta
   Penerbit :  Buku Prima
   Bilangan Mukasurat : 453
   Tarikh Terbitan :  2012
   ISBN :  978-967-0342-14-6
   Rating : ★★★★★






Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh meruntun jiwaku ini. Pertama kali menyelongkar karya penulis hebat ini dan sejujurnya karya sedih ini berjaya membuatkan aku sakit dada dan tersedu sedan hingga bengkak mata. Satu kisah pilu yang bukan sahaja berjaya menyentuh jiwa dan ragaku malah buat aku sedar dan insaf akan erti Takdir adalah perancangan ALLAH yang terbaik. Bagi aku, karya ini cukup sempurna. Penulis ini bukan sahaja berjaya mengadun satu kisah cinta yang sungguh luarbiasa yang aku rasa tidak ramai yang mampu buat seperti Fahim, malah berjaya mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca sewaktu membaca karya ini dari awal hingga akhir cerita. 

Terus terang aku katakan karya ini memang tiada happy ending seperti karya cintan cintun yang lain. Tetapi akhiran pilu karya ini mampu membuatkan pembaca untuk muhasabah diri sendiri dan tanya pada diri sendiri mampukah aku lakukan seperti Fahim ? Aku amat bersetuju dengan penulis hebat ini, karya ini bukan hanya telah mengingatkan aku agar tidak lupa dengan sifat ArRahman dan ArRahimNYA, juga mengajarku agar tidak mempersoalkan takdir ALLAH. Jangan pernah berkata kenapa ini terjadi kepadaku ? Kenapa aku diuji begini sedangkan orang lain tidak ?  Sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan bersyukur dengan limpahan rahmat dan kurniaanNYA dan terima setiap ujian dengan lapang dada. Insya ALLAH kita mampu hadapinya. Memang berbaloi baca buku ni.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Highly Recommended Book.


Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Tiada yang lebih pasti tentang kehidupan di dunia yang sementara ini kecuali setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.  
 
Sebagaimana ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud :
" Setiap jiwa pasti akan merasai mati " ~ (Ali Imran ; 185)
Hanya bila, di mana dan bagaimana ianya berlaku yang masih menjadi rahsia ALLAH. 


...Semua penyakit yang diturunkan ALLAH  mempunyai penawar, kecuali penyakit tua dan mati...



Sinopsis



Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan Siti Sarah isteri pertama setelah melahirkan buah cinta pertama yang hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya, Jordan. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa yang sedang bertarung nyawa melawan sakit kerana ada ketumbuhan di otak, seorang isteri yang baru sahaja kehilangan suami dalam kemalangan dan juga baru melahirkan seorang anak setelah enam tahun berkahwin.

Tanpa cinta yang berputik, Fahim mengambil keputusan menikahi Nisaa atas rasa simpati dan ingin memberi harapan kepada Nisaa untuk terus hidup sebagai satu keluarga dan melakukan pembedahan buang tumor. Mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Namun, selepas pembedahan tersebut, Doktor memberitahu Nisaa tidak akan hidup lama dan telah dibawa balik ke rumah dijaga sepenuhnya oleh Fahim. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka. Nisaa akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di sisi Fahim tanpa sempat meluahkan perasaan sayang dan cintanya kepada Fahim begitu juga Fahim. Namun Fahim pasrah dan redha di atas setiap ketentuanNYA.

 

 

  

 

... lagu Muhasabah Cinta - Edcoustic ...

 


 

 


No comments:

Post a Comment