JANDA 916





Penulis   :  Raihan Zaffya       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
 
Bilangan Mukasurat : 678
Tarikh Terbitan : 2015  
ISBN :  978-967-86-0577-9 
Rating : 
        
       
 


 


Ulasan :

الحَمْد لله . Setelah sekian lama akhirnya dapat jugak aku baca buku ke 5 penulis hebat ni selepas Rindu Syahadah-MU, Aku Cantik ?, Menanti Fajar Sidik dan Kasih Ke Syurga.   
 

Cerita ni pada aku biasa-biasa je dan memang banyak berlaku dan kita dengar sekarang ini. Kisah wanita bernama Melah bergelar janda muda setelah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya Arief. Pelbagai dugaan dan rintangan  yang terpaksa diharungi Melah untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki di kampung. Bekas suaminya Arief asyik memujuk rayu untuk rujuk semula. Pak Sood pulak selalu mengekor nak mengurat Melah. Ada sahaja orang kampung yang suka mengganggu dan buat fitnah. Banyak duka yang terpaksa diharungi Melah bila bergelar janda ni. Sebab tu ALLAH jadikan lelaki ni sebagai pelindung bergelar suami. 

Gelaran J.A.N.D.A. memang amat ditakuti oleh sebahagian wanita sebab masih ada segelintir masyarakat yang memandang hina dan kurang senang dengan golongan ini. Namun, tiada siapa pun dalam dunia ni yang nak jadi janda betul tak ??? Siapalah kita untuk menolak dan mempertikaikan takdir ALLAH.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini.

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
 

 
Sinopsis
 

 
Melah tak sangka dalam usia yang masih muda, dia sudah bergelar janda. Bukan dia yang meminta, tapi Arief yang tersilap kira. Sudahnya, Arief sesal sendiri.

Susahnya nak mengurus hati. Dalam ramai pemuda yang memikat Melah, Jelan juga bertahta di hati. Anak muda setengah tiang itu membuat tidurnya jadi tak lena. Jelan selalu membuatnya rasa tak tentu hala.

Mana mungkin Pak Sood membiarkan Melah memilih Jelan. Sudah tentu dia lebih layak memiliki janda berhias itu. Pak Sood akan tentang siapa saja yang cuba mendekati Melah. Termasuklah Ejul, seorang guru muda di kampung itu.

Mana boleh jadi! Melah tak suka dirinya menjadi buah mulut orang. Dia mula merancang sesuatu untuk menguji kebijaksanaan orang-orang yang mahu menjadikannya isteri.

Melah mahu memilih orang yang otaknya bergeliga dan bukannya bersifat munafik!





"Ya ALLAH, peliharalah diriku. Aku tak mahu jadi fitnah dunia. Aku juga takut akan menjadi isi neraka. Mohon Engkau kuatkan hati dan imanku daripada pelbagai godaan dan cubaan dunia. Aku tak kuat ya ALLAH."



... Lagu Janji Manismu - Aishah ...






No comments:

Post a Comment