Kasih Ke Syurga

 


Penulis   :  Raihan Zaffya 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Alaf 21 Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :  496  
Tarikh Terbitan :  30 Mac 2010  
ISBN :   978-983-124-530-9 
Rating :   




 

Ulasan : 

Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku baca karya keempat ini setelah agak lama mencari selepas Rindu Syahadah-MU, Aku Cantik ? dan Menanti Fajar Sidik.

Semua karya hebat penulis ini memang aku kategorikan sebagai karya tarbiah yang penuh berilmu dan banyak pengajaran berguna buat pembaca. Aku perhatikan kebanyakan karya penulis hebat ini memperlihatkan tema dan persoalan yang hampir sama yang pastinya akan buat pembaca jadi sebak dan meruntun jiwa.

Kisah cinta luhur Raihana dan Yusuf ini memang terlalu pilu dan tragis di akhir kisah mereka. Tak sangka mereka dijemput Ilahi pada ketika yang sama walaupun dalam situasi berbeza. Namun, itulah hakikat keikhlasan cinta dan kasih mereka yang bersandarkan kepada ALLAH, mereka kekal bersama tidak kira di dunia atau hingga ke syurgaNYA. 

Ada pengajaran dan mesej yang patut kita renungkan dan teladani. Manusia hanya mampu merencana namun segala ketentuan dan akhirannya hanya ALLAH yang tahu. Hayati secebis kisah ini dengan mata  hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperoleh dari karya penulis hebat ini insya ALLAH.




Highly Recommended Book 

 
Sinopsis 

 





PERTEMUAN ini tidak dipinta. Namun, takdir TUHAN telah menemukan Yusuf dan Raihana. Kesederhanaan Raihana memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Raihana sedangkan antara mereka ada jurang yang menghalang?
 



Keimanan dan ketakwaan Raihana bagai satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit saja. Telah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT. Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Raihana. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga.
 
Mampukah mereka menghadapi rintangan yang mendatang? 









 ... Bila Tiba - Ungu ...





No comments:

Post a Comment