Anggun Mikayla


 

Penulis   :  Liza Nur 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2020  
ISBN :  978-967-86-0945-6 
Rating :
★★   
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keenam penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah dan Bridesmaid. 

Ini kisah cinta plain vanilla ice-cream (Mikayla) dan food delivery boy (Idriz Mikael). Kisah tentang manusia biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri dan mengejar cita-cita masing-masing. Orang kata penangan cinta pertama memang sukar untuk dilepaskan.

Aku tak sangka kisah Mikayla, si mata biru rambut warna coklat kemerahan auburn ini memang sedih, menyentap tangkai hati dan buat aku 'cembeng' lagi. Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah ini buat aku insaf diri dan belajar mensyukuri dan mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Kisah Mikayla anak tidak sah taraf ini sungguh meluluhkan hati ini. Sungguh hebat dan berat ujian dan takdir yang terpaksa ditanggung oleh Mikayla dan emak saudaranya Suraya selepas ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri. 

Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah Mikayla ini. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 
Sinopsis   
  
Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi oleh ibu kandungnya sendiri. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.

“Tak kira apa kau buat, kau masih hodoh kat mata aku. Kulit putih kau. Rambut merah kau. Mata biru kau. Semuanya jelik!” - Kadir

Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu?

“Kau jumpa hantu, kau laung azan. Kau jumpa perempuan cantik pun, kau laung azan jugak?” – Mikayla


“Orang cakap, kalau lelaki dan perempuan bukan mahram duduk berdua-duaan macam ni, syaitan akan jadi makhluk ketiga. Itu yang aku azan.” – Idriz


Asif yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.

“… Memang aku dah banyak kali jadi hero dalam drama, dah banyak kali couple dengan macam-macam spesies heroin. Tapi, dalam dunia sebenar ni, hanya kau seorang heroin aku.” - Aidan

Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.

 

... lagu Nobody Knows - Pink ...
 


 
... lagu The Man Who Can't Be Moved - The Script ...
 
 

 
 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... 
 
 
 

Perempuan Yang Paling Aku Cinta


 

Penulis   :  Acik Lana
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Booku Enterprise
Bilangan Mukasurat : 1.13 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2013
ISBN : 978-996-7116-3504
Rating :

 

 

 

Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Ini kisah tentang keterlanjuran Uda dan Dara, anak-anak muda dewasa kini hingga sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Kisah Bunga dan Karl Hakimi ni memang patut dijadikan teladan. Mereka yang terlibat dalam kancah ini perlu dibimbing bukan terus dihukum dan dibuang terkapai-kapai seorang diri.

Seperti kata pepatah melayu, habis madu sepah dibuang. Kisah malang si Bunga ni bukan hanya telah ditinggalkan Karl Hakimi malah dibuang dari kolej dan juga oleh ibu dan ayahnya.  Dalam kisah sedih diorang ni ada sinisnya,  dan berjaya mainkan emosi aku jugak. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis

 

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.


 

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 



“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.

 

 ... lagu Terima Kasih Cinta - Afghan ...