Ist Class Mistress


 

Penulis   :  Sara Kyoko  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Lovenovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2016
ISBN : 978-967-0907-91-8
Rating :
  
       
 
 

 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Jasmine dan Yusuf ni pada aku agak melodrama. Dalam kelakar cerita ni ada jugak sinisnya. Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he.

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 
Sinopsis   
  

Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?

“Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain

“Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukan itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah

Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktah?

“Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza- bezakan antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan.” - Yusuf Dzulkarnain

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. (Ali – Imran, 173)” - Jasmine Hannah



Sesungguhnya...Dia Lelaki Pelindungku

 

 

Penulis   :  Wan Rohayu
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Lovenovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Apr 2014
ISBN : 978-967-0657-40-0
Rating : 


Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Zara, Qaiser dan Daris ni pada aku sungguh melodrama. Maaf Cik Penulis, aku memang konservatif dan dalam cerita ni aku memang tak boleh terima sikap lepas laku dan pergaulan bebas watak-watak utama dalam kisah ni. Ada banyak isu lain juga yang agak tidak sesuai di ketengahkan dalam cerita ni yang memang jelas bertentangan dengan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilai agama Islam. Dan aku tak jumpa lelaki yang dikatakan sebagai pelindung tu ...

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 
Sinopsis   
  

Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.

Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?

“Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” ~ Zara Diandra

Daris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.
Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu?

“Terima kasih awak..sesungguhnya, awaklah makhluk Tuhan yang paling saya sayang dan cinta. Saya inginkan awak selalu bahagia walaupun tanpa saya. Awak..” air mata yang berlinang menyukarkan Daris menuturkan kata-katanya lagi. Lelaki itu teresak dan Zara juga turut sama teresak.
“Saya lepaskan awak..” Daris terus melepaskan ke semua jari jemarinya walaupun hatinya amat berat.

“Demi cinta, saya relakan akhiri segalanya tentang kita..” Daris mengalah..

“Awak..” Zara tidak dapat menahan dirinya lagi, menangis semahunya.

“Saya tak sanggup lihat awak menitiskan air mata lagi, cukuplah! Berhenti menangis, awak..” Daris tidak sanggup melihat perempuan yang paling disayangi menangis lagi.

Daris tidak sanggup lagi melihat, terus berpaling. Biar dia saja yang pergi, satu harapannya supaya Zara bahagia walaupun tanpanya.

“Jangan pergi awak..” Zara sempat pegang tangan Daris.

“Zara!” tangan Zara dipegang seseorang dari belakang. Zara berpaling ke belakang. Sangat terkejut, Qaiser sedang memegang tangannya.

Saling memandang antara satu sama lain. Zara kebingungan..

Adakah ini waktunya dia harus memilih?
 

 

 

Kenzi X Embun

 

 

Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 469
Tarikh Terbitan : Mac 2021  
ISBN :  978-967-17515-8-9
Rating :

       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA setelah sekian lama aku di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis hebat ni selepas Naskah Terakhir Laura Isabel, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.
 
Pendapat peribadi, kisah Embun dan Kenzi ni pada aku biasa-biasa je.
Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Seperti kata Puan penulis, kisah Embun dan Kenzi ni sangat klise. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
Sinopsis   
  

Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.

Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.

Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.

“Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross.

Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. 

“But with one condition.” Matanya merenung serius.

“Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi.

“Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.

Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?

Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?

 

 ... lagu Dia - Sheila Majid ...

 


 

 

 

Piah di Hati Mr. Beku

 



Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2020
ISBN : 978-967-17477-5-9
Rating :


Ulasan :

 

الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ni selepas Rahsia Hati Mrs. Fakrul.

Seperti buku pertama kubaca, kisah ni juga masih guna tema dan jalan cerita yang lebih kurang sama. Sepatutnya aku baca buku ni dulu sebab kisah cinta sepupu ni bermula dari abang Dr Fakrul iaitu Farhan ni. 

Secara peribadi, kisah cinta di antara dua orang sepupu ini pada aku biasa-biasa je. Namun, kisah Piah dan Paan ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Banyak mutiara ilmu dan nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak mereka berdua ni. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Kerana dinginnya Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya. Walaupun tahu atas dasar simpati kerana dia anak yatim piatu, namun lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Namun perkahwinan saja, belum mampu menyatukan dua hati. Farhan dan Piah terpisah membawa haluan masing-masing.

“Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?” - Piah
“Pensyarah tu lelaki ke perempuan?” - Iris
“Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku…” – Fatin
Piah tersentak.

Farhan bekerja sebagai pensyarah di UUM, fakulti tempat Piah belajar. Farhan berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.



 

 

 

“Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?” - Piah.

 

 

 

 

Sesaat Piah tahu dulu Farhan pernah hampir bertunang dengan wanita lain sebelum perkahwinan mereka, kebencian Piah semakin menggunung tinggi!


 

 

“Terpulang pada Piah nak buat apa lepas ni. Abang dah tak peduli. Ini yang Piah nak kan? Kalau Piah rasa nak ikut abang balik KL, kemas barang Piah sekarang. Kalau Piah tak nak, Piah boleh terus tinggal di sini. Abang tak nak paksa Piah."

 

 

 

Siapakah Piah di hati Farhan Aidil? Isteri, orang asing atau setakat adik sepupu sahaja?

Adakah kebahagiaan yang mungkin bakal mereka kecapi tanpa mengorbankan perasaan orang lain? Tergamakkah Farhan meninggalkan Piah tatkala cinta mula menepuk jiwa?

 

 

... lagu Mulanya Di Sini - Freedom ...
 
 



 

Rahsia Hati Mrs. Fakrul


 

Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Feb 2020
ISBN : 978-967-17946-0-9
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah cinta sepupu yang bermula dari zaman budak-budak ni memang biasa-biasa aje pada amatan aku. Memang ada berlaku kat luar sana tu. Penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan begitu baik sekali dan dapat menarik aku untuk menghayati cerita ini hingga ke akhirnya.

Walaupun kisah cinta Kinah dan Arul ni pada aku padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah romantis diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.

 


 

Sinopsis

Fakrul Azim berazam seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya yang berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Nur Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja! 

Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, apabila dapat tahu dia adalah anak angkat, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya.

Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun menimba ilmu di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan. Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hati Fakrul berdolak-dalih.

Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuatkan Fakrul tidak dapat mengelak dari rasa ingin memiliki dan semakin sukar melepaskan Sakinah. Lalu, kejadian 'itu' di luar kesedaran normalnya.


 

 “Kinah...” Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut jika ini kali terakhir dia akan melihat wajah Fakrul. 

 

 


“Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya. Fakrul berasa sangat sebak. 

Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri.

Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba...

 “Astaghfirullahalazim. Arul!” 

 

 

Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang? 

Kerana dari dulu, hati ini tetap miliknya... 


... lagu Dunia Batinku - Ella & Tam Spider ...
 
 

 
... lagu Kehebatan Cinta- Jamal Abdillah & Francisca Peter ...