Panggil Aku Kiah





Penulis   :  Liza Nur       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Prima

Bilangan Mukasurat : 420
Tarikh Terbitan : 2012  
ISBN :  978-967-0342-23-8 
Rating :

       
 
 
 



Ulasan :
   
الحَمْد لله ini adalah buku keempat yang telah aku baca selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi dan Cinta Cash & Carry.

Aku suka dengan watak dan jalan cerita yang dipaparkan dalam kisah Ruqiah aka Chanelle dan Hud ni. Walaupun temanya agak cliche tentang orang kaya dan orang miskin, tetapi penulis berjaya memaparkan sebuah kisah orang kaya lupa diri dengan harta yang dimiliki yang penuh dengan pengajaran dan menginsafkan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.


 
Sinopsis
 
Mentaliti tentang perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada kasta bawahan. Lebih-lebih lagi pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.

Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.


Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?







Namaku Chanelle. Glamour, bukan? Tetapi itu bukan nama sebenar. Nama sebenarku jarang aku gunakan, hanya sekadar penghias kad pengenalan. Jengkel nak kugunakan selalu. Sebutannya bagiku kuno, terencat dalam dunia serba moden ini. ~ Kiah











"Badan Cik Kiah tu kurus kering tapi berat. Lepas tu kalau dah tidur tu, tidur mati. Agaknya kalau kelambu terbakar, memang dia hangit kat dalam. Lidah macam orang putih, asyik nak makan Western aje.Tengok nasi lemak pun geli. Perasan lawa pulak tu." ~ Hud











"Percayalah, Kiah. Aku dah berubah. TUHAN tu Maha Adil, Kiah. Dia dah balas cash semua yang aku buat. Aku menyesal, Kiah." ~ Reza


... Lagu Hingga Akhir Nanti - Neon ...





CINTA CASH & CARRY





Penulis   :  Liza Nur       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Prima

Bilangan Mukasurat : 472
Tarikh Terbitan : 2016  
ISBN :  978-967-446-258-1 
Rating :          

 


Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ketiga yang dapat aku baca selepas Bukan Salahku dan Biarkan Ia Pergi
 

Secara peribadi, tak sangka kisah sadis ini begitu merobek hati dan jiwaku. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini. Ada sedih, gembira, kasihan, kelakar, geram dan macam-macam lagi. Perrgghhh, yang pastinya kalau baca karya penulis hebat ini akan buat aku melekat macam magnet hingga ke noktah terakhir. Memang tak boleh letak buku ni tau he he he...

Tak tahu apa perkataan yang aku patut tulis kat sini kerana watak-watak seperti Nadiya, Shark, Azhar dan Zakir dalam karya ini buat aku buka mata zahir dan mata hati aku dengan lebih luas lagi. Ia telah berjaya memberi kesedaran dan merungkai banyak persoalan yang berlegar dalam kepala otak aku ni dan memang tak mampu kugambarkan dan tulis dalam ruangan ini. Watak Nadiya banyak menyedarkan aku dan buat aku termenung jauh dan memikirkan mampukah aku menghadapi setiap ujian dan menerima takdir sepertinya yang begitu hebat ???

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

 


T.E.R.B.A.I.K.
 
 
Sinopsis
 
Pabila cinta dilabel dengan tag harga, mampukah hati memberi seikhlasnya? 


PABILA Nadiya disunting menjadi suri dalam hidup Azhar, dia menyangka itulah cinta sejatinya. Namun, rupa-rupanya cinta yang disangka sejati itu sebenarnya cinta hendak mati. Demi kontrak perniagaan, Sharkawi menawarkan RM1 juta untuk membeli seorang perempuan yang berstatus janda dan sudah memiliki anak. 

Azhar yang menurut nafsu tamak emaknya, menceraikan Nadiya demi cek satu juta Shark. Nadiya rela dalam terpaksa menjadi isteri si jerung yang gilakan kerja dan harta. Suami barunya adalah seorang manusia yang manipulatif dan egois. Tiga tahun menguji perasaannya. Kehadiran teman sekampusnya, Zakir membuatkan keadaan bertambah kacau. 

Mampukah Nadiya terus mempertahankan kesetiaannya terhadap Azhar? Dapatkah dia menundukkan ego si jerung yang bergelar suami sementaranya? Cukup kuatkah penangan cinta Zakir untuk membuatkan Nadiya berpaling? 








 “Berkahwin, ada anak, semua tu bukan untuk aku, Diya. Nilai cinta akan susut dengan masa dan aku manusia yang tak suka tanggung kerugian.”-Sharkawi

 




“Sekarang, saya mula rasa, kahwin, ada suami, bukan untuk saya jugak. Nasib baik jadi bini sementara aje. Kontrak ada expiry date pulak tu. Lepas saya chow, bolehlah kalau Tuan Sharkawi nak pasang banyak-banyak.” - Nadiya 













 “Aku nak kau tahu, perasaan aku pada kau tak berubah. Tak kisahlah kau gemuk, kurus. Ada gigi, tak ada gigi. Ada anak atau tak. Aku sayang kau seadanya.”-Zakir










... Lagu Tetap Kamu -Amylea & Megat ...




... Lagu Hello - Adele ...



 



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Liza Nur   



 

Like the Starlings





Penulis   :  Diyar Harraz       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  English
Genre     :  English Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 486
Tarikh Terbitan : May 2016  
ISBN :  978-967-0851-43-3 
Rating :   

       
 



 
Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye! 
 
 
Sinopsis
 

Two lost souls.
One pre-destined fate.
Each with a conflict they have so little control over…

Laila Fazal is starting to see life more differently. After hitting rock bottom due to the untimely death of her step-mother, she begins to scrutinise over her life and the people around her. Things are on their way to destruction and it’s time that she declutters the things that ‘now’ matters to her.

Rhys Steffan Evans has a vow of his own. On the lookout for rebuilding his life from the nightmares behind, he’s attempting to become a new man. But things aren’t as simple as it first sounded when obstacles and the old chapters of his life started to haunt him, forcing him to jeopardise his newly found happiness.

A world apart, both with their own ‘worst bits of life’ to be dealt with, the two stumble on one startling journey, surrounded with cultural differences, sacrifices and chaos.

Can they manage to achieve their purposes, in the end?

Against the backdrops of a small, historical town in West Wales and Alor Gajah in Malacca, Like the Starlings envelops the livelihood of two people in their boisterous journey of self-discovery that rekindles lost memories, family and the sense of coming home.





 

"Yet another brilliantly-plotted novel that brings the smile, tears and laughter and takes the readers on a wonderful journey of self-discovery" - Jemari Seni



Cintaku Luruh di OXFORD




Penulis   :  Noor Suraya & Imaen       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JS Adiwarna Publications & Distributors
Bilangan Mukasurat : 738
Tarikh Terbitan : 2013  
ISBN :  978-967-0201-62-7 
Rating :

  


       

 




Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 11 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Tanah Adriyana, Kekasih Waktu, Kebun Mimpi, Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.

Subhanallah,
apa yang aku boleh tulis lagi kat sini, rasanya aku sudah pun tulis pada semua karya yang telah kubaca sebelum-sebelum ni. Satu lagi kisah pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini. Sesungguhnya, pertemuan, ajal dan maut semuanya dalam ketentuan ALLAH swt.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
 

T.E.R.B.A.I.K. 

 
Sinopsis

 

...pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar



Zuha Zaid Salim : anak seorang ahli politik dari Malaysia yang mendapat tempat belajar di Lady Margaret Hall College (Universiti Oxford). Pada suatu musim luruh untuk pertama kalinya dia bertemu dengan belahan jiwanya, Falah Nordin.

Mereka terserempak di bandar kecil Oxford. Bandar bersih cantik ini, dingin dan indah sekali dalam mana-mana musim pun. Mereka saling bertukar senyum, ada malu yang menutup hati sewaktu Zuha mahupun Falah ingin meluahkan kata-kata. Padahal yang inign mereka tanya pada saat itu hanyalah, Di Malaysia awak tinggal di mana?"

Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

sedangkan cinta hanya hadir pada setiap musim bunga ...

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'.


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  Hati kita ni, pemiliknya Allah dan kalau Allah nak tukar hati manusia senafas saja, hati manusia berubah.

Hati manusia itu satu medan ujian untuk manusia.

Cinta itu, memang adalah sakit yang indah. Biar betapa pedih dan deritanya hati, kita tidak mahu jadi baik daripada sakit ini. Kita mahu menyimpan rasa itu seumur hidup kita, kalaupun kita sudah ditakdirkan untuk tidak berjumpa dia yang bertakhta di hati lagi.

Itulah hidup, kita tidak tahu apa yang hidup hidangkan untuk kita. Dan kita memang tidak boleh lari daripada hidup kita.

 
... Hingga Akhir Nanti - Alleycats ...
 
 
 
 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   
  Noor Suraya