Penulis : Noor Suraya & Imaen
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : JS Adiwarna Publications & Distributors
Bilangan Mukasurat : 738
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-0201-62-7
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 11 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Tanah Adriyana, Kekasih Waktu, Kebun Mimpi, Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.
Subhanallah, apa yang aku boleh tulis lagi kat sini, rasanya aku sudah pun tulis pada semua karya yang telah kubaca sebelum-sebelum ni. Satu lagi kisah pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini. Sesungguhnya, pertemuan, ajal dan maut semuanya dalam ketentuan ALLAH swt.
Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan
dan memberi
pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Zuha Zaid Salim : anak seorang ahli politik dari Malaysia yang mendapat tempat belajar di Lady Margaret Hall College (Universiti Oxford). Pada suatu musim luruh untuk pertama kalinya dia bertemu dengan belahan jiwanya, Falah Nordin.
Mereka terserempak di bandar kecil Oxford. Bandar bersih cantik ini, dingin dan indah sekali dalam mana-mana musim pun. Mereka saling bertukar senyum, ada malu yang menutup hati sewaktu Zuha mahupun Falah ingin meluahkan kata-kata. Padahal yang inign mereka tanya pada saat itu hanyalah, Di Malaysia awak tinggal di mana?"
No comments:
Post a Comment