Hatiku Untuk Dia


 

Penulis   :  Rose Harissa   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 1023
Tarikh Terbitan : Apr 2018  
ISBN :  978-967-2102-41-0 
Rating : 
 

       
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra dan Raid Arjuna.

Seperti kata penulis hebat karya ini, kisah ini adalah tentang kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan. 

Kisah Alfareza dan Elviana ini memang 'mendera' emosiku dan mencengkam pelbagai rasa di hatiku ini. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Banyak yang aku pelajari dan menyedarkan aku daripada kisah syahdu Alfareza ni. 

Cinta itu bukan hanya apabila dua insan berlainan jantina saling suka dan menyayangi di antara satu sama lain. Tetapi C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang tulus sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Namun, cinta sesama manusia ini hanyalah sementara. Hanya cinta kepada sang Pencipta iaitu ALLAH yang kekal selamanya. Benarlah kata orang, cinta yang tulus dan ikhlas tidak mungkin dapat dilupakan dan pasti meninggalkan suatu kenangan hingga ke akhir nafas. Aku yakin sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan dapat merasai apa yang ku rasa.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis hebat ini kerana berkongsi maklumat  tentang HIV, AIDS, PLHIV dan stigma atau pandangan negatif masyarakat terhadap pesakit ini, tentang penyakit LUPUS atau SLE, tentang video games composer, tentang kehidupan artis hiburan yang tidak 'suci' dan juga kesan media sosial yang boleh jadi kejam terhadap artis dan keluarga mereka.  

SLE - Systemic Lupus Erythematosus atau nama lainnya LUPUS. Juga dikenali sebagai penyakit seribu wajah, 'peniru' atau 'the great imitator'. Punca penyakit ini masih misteri. Pesakit tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, makin banyak auto antibodi terbentuk dan menyebabkan simptom makin teruk. SLE tiada penawar tapi ada rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan. Sejenis penyakit autoimun bila sistem pertahanan badan yang tak normal atau mengalami kecelaruan melawan tisu badan sendiri. Lupus boleh menyerang mana-mana tisu badan seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau sistem saraf. Bila melibatkan organ dalaman, dikenali sebagai SLE.

Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan di dunia ini. Kita jangan hanya pandai menuding jari, menyalahkan dan terus menghukum si pesalah tanpa memberi peluang kepada mereka membela diri. Setiap orang tak sama ujian di dunia ni. 

Firman Allah SWT yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"~ Surah Al Baqarah ayat 286.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.  

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

T.E.R.B.A.I.K.

 
 
Sinopsis 

Lapan tahun Reza hidup bersendiri setelah papa dan mamanya meninggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.

“Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!” - Reza

“Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?” - Akid

Kesedihan dan kesepian Reza tiada siapa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah ke alam remaja.

“Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!” - Elviana

Kematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama tapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.


“Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hati aku pada kau.” – Reza

“Maknanya... Awak pun suka saya?” – Elviana

“Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau.” - Reza

Kedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri mengidap SLE.

“Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku...” - Elviana

Mampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan.

 

 

  ... lagu When I Look Into Your Eyes - Firehouse ...

 


... lagu Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain ...

 


 ... lagu Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu ...
 

 
 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 

 There's no better friend than a brother. Friends may come and go, but the love of family lasts forever

 "Ya ALLAH, aku tak tahu apa yang akan berlaku esok hari, tapi Engkau Maha Mengetahui. Oleh itu Ya Allah padaMu aku memohon, Ya Allah ampunkan segala dosaku. Tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Limpahkanlah rahmatMu kepada kedua ibu bapaku di sana. Semoga mereka tahu bahawa aku tetap  menyayangi dan selalu merindukan mereka. Ringankanlah hatiku agar selalu melakukan kebaikan. Berilah aku ketulusan hati ketika memberi pertolongan kepada sesiapa pun. Berikanlah aku kekuatan dan rezeki yang cukup. Jauhkanlah aku dari perbuatan yang tidak Engkau redhai. Berikan aku kesabaran agar aku tidak mengeluh pada nasib. Bantulah aku mengikhlaskan hati untuk menerima dan menghadapi setiap ujian dariMu. Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku. Aminn."

Kita hidup sebagai manusia ni kena selalu introspeksi dari kesilapan supaya tak ulang benda yang sama. Baik ke buruk ke pengalaman, semua itu iktibar dan boleh bantu kita membentuk sense of judgement.

Kena pandai guna akal supaya bijak buat keputusan dan pilihan terbaik.

Jangan jadi manusia yang hidup kerana pujian, mati kerana kejian.

Loving relationships are honestly the most important ingredient to a fulfilling life.

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih, aku berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepadaMu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain".

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

 

 

No comments:

Post a Comment