Penulis : Ameera Ameer
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2016
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ini selepas Tanya Dia Tentang Cinta, Kerana Satu Janji dan Ku Pilih Untuk Setia.
Ini adalah sambungan dari Ku Pilih Untuk Setia. Kisah kali ni agak meleret sikit dengan ragam terlebih romantis Dania dan Ku Ariff dan juga ragam tiga anak diorang. Ada juga timbul pasal cemburu bila masing-masing digoda pihak ketiga. Tapi paling sedih bila anak sulung diorang Tengku Airiel cedera dipukul rakan sekolah dan masuk hospital tak sedar diri. Paling tak sangka, bila Tengku Airiel luah hasrat nak kahwin padahal masih baru lagi sambung belajar di Jepun ha ha ha tak ke haru mama dan papa dia...
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
“Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia
datangkan guruh dan kilat. Kita bersedih dan tertanya ke mana
menghilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”.
Begitulah
kisah Ku Ariff dan Dania. Ujian yang telah Allah hadirkan semakin
mematangkan mereka dalam melayari bahtera rumahtangga malah telah
menguatkan lagi cinta mereka. Malah kebahagiaan itu menjadi lebih indah
lagi apabila diserikan pula dengan kehadiran tiga cahaya mata yang
sering kali mencuit hati walau kadang kala agak memeningkan kepala.
“Baby ni sibuk aje!” – Ku Aidil
“Elehh…baby cakap yang betullah tu. Baby nampak abang main games tembak-tembak dekat computer.” – Ku Amna
“Dengki, bukannya abang susahkan baby pun.” – Ku Aidil
“Baby
bagitau papa abang ejek-ejek baby macam tu. Biar papa gunting lidah
abang. Biar abang tak ada lidah lagi. Biar abang dah tak boleh cakap
lagi lepas tu. Ha, padan muka.” – Ku Amna
Sekuat mana pun cinta
tetap akan ada rasa cemburu dan curiga. Kemunculan Qhaiser secara
tiba-tiba di dalam kehidupan mereka membuatkan Ku Ariff mula menyimpan
rasa. Apatah lagi apabila mengetahui status lelaki itu yang sudah pun
bergelar duda beranak dua.
“Lepas ni jangan jumpa dia lagi. Abang tak nak nanti abang pulak yang jadi single daddy!” – Ku Ariff
“Cemburulah tu!”- Dania
“Tak cemburu tapi jealous!” – Ku Ariff
“Abang, I love you tau..”- Dania
Bagi
Dania, biarlah datang walau seribu lelaki seperti Qhaiser sekalipun
namun Ku Ariff tetap lelaki yang bertakhta di hati. Dan, dia akan tetap
setia sehinggalah nyawa dibawa pergi. Namun, siapalah mereka untuk
menidakkan kekuasaan Ilahi. Ketika sedang enak diulit bahagia yang
disirami dengan gelak tawa, mereka sekali lagi diuji dengan sesuatu yang
lebih menyakitkan lagi memeritkan. Mampukah Ku Ariff dan Dania
bertahan? Atau reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya?
... lagu Pencuri Hati - Ayda Jebat ...
... lagu Thinking Out Loud - Ed Sheeran ...
No comments:
Post a Comment