Belongs To Mr Enemy


 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 0.92 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2022
ISBN : 978-967-2813-200
Rating :

 

 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keempat penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois! dan Belongs To Mr Devil. Tertarik untuk menyelongkar lagi siri Belongs ni selepas baca kisah Malek ha ha ha.

Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Aimi dan Fuad ni memang sarat dengan emosi. Walaupun kisah diorang ni pendek je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang kepentingan komunikasi di antara suami dan isteri, erti syukur dan menghargai pasangan kita. Kadang-kadang kita terlupa tentang kelebihan dan kebaikan pasangan kita hanya kerana beberapa perkara yang buat kita marah, tidak berpuas hati dengan pasangan kita atau tidak seperti yang kita inginkan. Kita buat andaian sendiri dan harap pasangan kita tu faham je segala apa yang terpendam dalam lubuk hati kita. Padahal pasangan kita tu tak tahu pun dan tak perasan pun. Jadi, adik-adik kena selalu berterus terang dan jujur dengan cik abang kita tu supaya dia faham dan ambil tindakan yang sepatutnya.

Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Kisah diorang ni sangat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang ingin bernikah ataupun yang sudah pun bernikah.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 

Sinopsis 


“I nak nombor telefon you.” – Fuad

Hari pertama Aimi dipindahkan ke cawangan induk Homes Bookstore, dia terpaksa berhadapan dengan ketua unit yang tidak mengalu-alukan kehadirannya.

“I nak masukkan you ke dalam grup whatsApp marketing team, bukan nak jadi boyfriend you.” – Fuad

Sinis, sombong dan bersikap egois. Itulah Fuad. Kerana tidak tahan dengan sikap bosnya itu, Aimi bercadang untuk berhenti kerja. Namun Aimi perlu bertahan untuk tiga bulan bagi melengkapkan polisi syarikat agar dia tidak dikenakan kompaun yang tinggi kerana berhenti secara mendadak.

Bagaimanakah Aimi menangani bos yang juga menjadi musuh seterunya untuk tempoh tiga bulan? Setiap peluang yang ada, Fuad bakal menduga kesabarannya.

 

 

 

 

“You kan suka terhimpit-himpit? I boleh bagi lebih kalau you nak.” - Fuad

 

 

 


 

 

“Apa yang you nak dari I? Kalau you nak I letak jawatan, I boleh hantar surat hari ni juga.” - Aimi

 

 

 

 

 

Apabila hati Aimi tersentuh, Fuad seolah-olah mahu menjauh.

“Tak sabar nak makan nasi minyak. Siapa dulu agaknya yang kahwin dulu. Encik Fuad ke Aimi?” - Fariq

“I pernah berkahwin sebelum ni. I tak tergesa-gesa untuk berkahwin kali kedua,” – Fuad

Benarkah rasa cinta itu tiada buat Aimi? Adakah Fuad tegar membiarkan Aimi tercari-cari arah tuju hubungan mereka berdua? Dan mampukah Aimi bertahan dengan permainan perasaan lelaki itu?

Belongs To Mr Enemy!
Tiada cinta untukmu...

 

 

... lagu Hal Hebat  -  Govinda & Ernie Zakri ...