Sah! Dia Milik Aku


 

Penulis   :  Dilla Ahmad  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 1.95 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-0870-5-8-8
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis ini selepas Lelaki Introvert, Darjat Cinta, Luq dan Bukan Kemahuan Fikiran. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Khairul Naim dan Tengku Qhaireena ni lebih kurang sama macam kisah Ain dan Hadif juga.  Kisah cliche rumah tangga orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin. Namun, kisah santai diorang ni kurang memberi kesan mendalam di hati aku ni. 

Ada mutiara ilmu rumahtangga dan kekeluargaan yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


  
 
Sinopsis 

“Saya tak akan biarkan awak berdua bawa isteri saya!” – Khairul naim 

Kerana kalimah ini, dia terjerat dengan gadis yang tidak dikenali. Niatnya hanya ingin membantu bila merasakan gadis itu memerlukan pertolongan. 

“Encik, tolong lepaskan saya. Encik dah salah orang ni. Saya dah kahwin, encik. Lelaki itu suami saya!” - Qhaireena 

Bagi Khairul Naim, mungkin apa yang terjadi akan berakhir di situ saja. Dia tidak mahu memikirkan tentang 'isterinya' itu. Tidak perlu ada kisah mereka berdua. Namun, tidak pula pada Tengku Qhaireena. Dia mudah sungguh jatuh hati! 

Susahnya untuk mendekati lelaki kaku itu. Lelaki yang punya kisah cinta luka. Lelaki sarkastik pada tiap bicaranya. Lelaki itulah yang dah dia tampal dalam hatinya. Dia tak nak lelaki lain selain Abang Naim! Maka bermulalah kisah Qhaireena dan Khairul Naim. Bagi Qhaireena, KN Café adalah rumah keduanya. Di situlah tempat dia menatap wajah kesayangannya. Tetapi bagi Khairul Naim, Qhaireena tidak diendahkan. 

“Yang awak masih lagi kat sini kenapa, cik Tengku? Tak ada rumah ke?”- Khairul Naim 

Dia bukan setaraf Tengku Qhaireena, pewaris tunggal Tengku Raisudin. Gadis yang punya banyak harta. Dia pula lelaki yang bangun dari kegagalan cinta dan membina resepi kejayaan sendiri. 

“Ya, Zaki. Ada apa-apa ke?” - Khairul Naim “Sorry, bos. Saya bukannya nak mengganggu bos tapi...”- Zaki “Kenapa ni, Zaki? Cik ayang buat hal lagi ke?”- Khairul Naim “Betul tu, bos. Tapi kali ini bapak mentua bos datang nak jumpa bos pulak ni. Cepatlah bos!”- Zaki 

Khairul Naim tepuk dahi! Kenapa pula ayah Tengku Qhaireena mencemar duli mencarinya? Aduhai cik ayang! Kau dah buat apa?

“Dia beritahu penyiasat saya, awak suami dia. Kamu berdua sudah berkahwin. Betul ke?” - Tengku Raisudin 

Bermula dari menjadi suami olok-olok, kini dia dilamar untuk menjadi suami yang sah. 

“Abang Naim... Sudi tak ambil Qhai jadi isteri abang?”- Qhaireena 

Hanya jelingan sajalah yang Khairul Naim mampu berikan. Ikut hati, mahu saja diikat-ikatnya cik ayang itu dan sumbat dalam kotak! Takkan dia nak kena jadi suami sebenar pada gadis yang tak sudah memberinya masalah? Atau mungkinkah ini jodoh yang ditentukan oleh NYA? Hai Abang Naim… Sah! Dia milik aku.

 

 ... lagu Takkan Pergi - Hyper Act ...

 


 

 

 

Bahagia Itu Milikku


 

Penulis   :  Nurul Shuhada      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1.09 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2021  
ISBN :  978-967-2035-73-2 
Rating :

 
 

 

 

Ulasan :
 
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com. 
 
Kisah sedih Afwan ini menyelongkar perasaan seorang anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan ayah kandung dan dibesarkan oleh ibu dan ayah angkat. Namun, setelah mengetahui tentang keluarga kandungnya, Afwan telah berjanji dengan ayah angkatnya akan mencari keluarga kandungnya semula.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Afwan ini menyedarkan aku supaya belajar untuk memaafkan orang lain dan tidak berdendam. Setiap manusia itu tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Allah memerintahkan agar kita sentiasa saling bermaafan dan jangan menyimpan dendam terlalu lama. Ia hanya akan membawa kepada kehancuran silaturahim dan memisahkan kasih sayang sesama kita. Allah sangat menyayangi hambaNya yang sentiasa hidup berkasih sayang. Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis   
   

Nur Afwan Insyirah, di sebalik sebaris nama itu ada harapan yang ditanam untuknya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sebagai seorang anak. Sekaligus menunaikan janji yang telah dilafazkan kepada arwah abah. 

“Afwan... janji dengan abah. Janji yang Afwan akan cari keluarga Afwan. Cari mereka dan dapatkan balik hak Afwan sebagai anak.” - Pak Malik 

Bermulalah rancangannya mahu mendekati keluarga kandung dengan menjadi warga syarikat korporat milik Tan Sri Malik. Namun kehadirannya mendapat perhatian dua orang jejaka yang memegang jawatan penting di dalam syarikat. Alif Mikail Adam, jejaka tampan yang punya segalanya. Dengan hanya melihat kepada sekeping gambar, dia jatuh cinta kepada gadis itu. 

“It was the same feeling I got when I saw her picture. She is beautiful.” – Mikail. 

Aizat Hariz, bertahun-tahun dia menyimpan kasih sayangnya buat seorang insan sehingga sanggup mengabaikan perasaan orang kelililingnya. 

“Hati aku bagai ditarik-tarik untuk kenal dia dengan lebih dekat. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau.” - Aizat 

Pergolakan emosi semakin memuncak apabila mula melibatkan perhubungan di antara cinta, sahabat dan keluarga. Serta campur tangan musuh dalam selimut yang menyulitkan lagi misi Afwan. Siapakah yang menjadi pilihan Afwan? 

Berjayakah Afwan melaksanakan misinya tanpa perlu berkorban? BAHAGIA ITU MILIKKU, sebuah kisah perjalanan hidup mencari apa itu nilai sebuah kebahagiaan.

 

 

 ... lagu AdaMU - Najwa Latif ...