Darjat Cinta

 


Penulis   :  Dilla Ahmad
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 1.05 mb EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Dis 2018
ISBN : 978-967-0870-663
Rating :

 

 

 

Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketiga penulis hebat ni selepas Luq dan Bukan Kemahuan Fikiran Ini adalah sambungan kisah Ku Zarif yang telah lari dan tak jadi bernikah dengan sepupunya Ain. 

Kisah Amanda dan Ku Zarif ni nampak cliche je, kisah rumah tangga orang yang tak sekufu atau tak sama darjat. Tapi inilah kenyataan, asam garam dan antara dugaan yang perlu dihadapi oleh seorang isteri yang tidak setaraf dengan suami yang ada pakej serba sempurna.

Secara peribadi aku agak kurang puas hati baca kisah Amanda dan Zarif ni berbanding dengan kisah Ain dan Hadif yang lebih banyak mainkan emosi aku dengan perangai si Hadif gengster tu.

Walau bagaimanapun, banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis

“Her name is Amandalah, Ku Zarif!” – Eric

“I don’t care what her name is, Eric. Dia ni pernah kena tipu. Kena aniaya. Tapi tak serik lagi. Lepas tu I pulak yang kena bayar ganti rugi luka dia. I macam tak percaya yang dia boleh buat kerja macam ni...”- Tengku Zarif

“Dah tak ada kerja lain ke kat dalam dunia ni sampai you sanggup buat kerja macam ni, Cik Amanda? Suka sangat ke tayang badan tu?”- Tengku Zarif

Sebenarnya kisah ini antara Tengku Zarif Shah, pewaris konglomerat PUTRA HOLDINGS dan Amanda Zara si pelayan kelab malam. Logik? Tidak ada yang logik dalam kisah cinta mereka. Pelik? Pun tidak. 

Dia pernah selamatkan si gadis. Namun, gadis itu masih sama. Tak ada apa yang berubah. Cantik dan seksi. Dia tidak tahu apa yang gadis itu cari dalam hidupnya. Manakala dia pula terkurung dengan pilihan keluarga.

Ku Zarif tak tolak kata hatinya yang sudah mula menyukai Amanda biar pun dunia tahu siapa gadis itu. Dia tidak kisah dan dia takkan peduli. Itu janjinya pada Amanda. Kerana itu, Amanda menerimanya sebagai suami.

Bahagia? Itu pasti. Amandalah segalanya. Sehinggakan dia sendiri terlupa yang Amanda juga punya hati. Pada dunia dia berjanji akan melindungi si isteri biar pun mereka mencaci.

Suatu hari, dia kalah. Dia kalah pada janji sendiri.

“You fight for her. You stand by her. But now, when you have her, you ignored her. Just because she doesn’t fit into your society. Stupid!” Ayah Ku

Amanda, kau gadis kampung yang melangkah ke kota raya untuk menyara ibu dan adikmu. Kau korbankan kudratmu untuk sesuap nasi. Cuma, jalan yang kau pilih itu salah. Dan dia, Ku Zarif telah membawamu ke suatu dunia berbeza. Di situ ada bahagia yang kau impikan. Dan di situ juga ada darjat cinta yang tak pernah kau fikirkan.

Kau tahu langit itu jauh dari bumi. Mengapa kau masih ingin menggapai bintang?

 

... lagu Lagu - Bo Bedroom Sanctuary ...
 
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment