Bahagia Itu Milikku


 

Penulis   :  Nurul Shuhada      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1.09 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2021  
ISBN :  978-967-2035-73-2 
Rating :

 
 

 

 

Ulasan :
 
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com. 
 
Kisah sedih Afwan ini menyelongkar perasaan seorang anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan ayah kandung dan dibesarkan oleh ibu dan ayah angkat. Namun, setelah mengetahui tentang keluarga kandungnya, Afwan telah berjanji dengan ayah angkatnya akan mencari keluarga kandungnya semula.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Afwan ini menyedarkan aku supaya belajar untuk memaafkan orang lain dan tidak berdendam. Setiap manusia itu tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Allah memerintahkan agar kita sentiasa saling bermaafan dan jangan menyimpan dendam terlalu lama. Ia hanya akan membawa kepada kehancuran silaturahim dan memisahkan kasih sayang sesama kita. Allah sangat menyayangi hambaNya yang sentiasa hidup berkasih sayang. Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis   
   

Nur Afwan Insyirah, di sebalik sebaris nama itu ada harapan yang ditanam untuknya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sebagai seorang anak. Sekaligus menunaikan janji yang telah dilafazkan kepada arwah abah. 

“Afwan... janji dengan abah. Janji yang Afwan akan cari keluarga Afwan. Cari mereka dan dapatkan balik hak Afwan sebagai anak.” - Pak Malik 

Bermulalah rancangannya mahu mendekati keluarga kandung dengan menjadi warga syarikat korporat milik Tan Sri Malik. Namun kehadirannya mendapat perhatian dua orang jejaka yang memegang jawatan penting di dalam syarikat. Alif Mikail Adam, jejaka tampan yang punya segalanya. Dengan hanya melihat kepada sekeping gambar, dia jatuh cinta kepada gadis itu. 

“It was the same feeling I got when I saw her picture. She is beautiful.” – Mikail. 

Aizat Hariz, bertahun-tahun dia menyimpan kasih sayangnya buat seorang insan sehingga sanggup mengabaikan perasaan orang kelililingnya. 

“Hati aku bagai ditarik-tarik untuk kenal dia dengan lebih dekat. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau.” - Aizat 

Pergolakan emosi semakin memuncak apabila mula melibatkan perhubungan di antara cinta, sahabat dan keluarga. Serta campur tangan musuh dalam selimut yang menyulitkan lagi misi Afwan. Siapakah yang menjadi pilihan Afwan? 

Berjayakah Afwan melaksanakan misinya tanpa perlu berkorban? BAHAGIA ITU MILIKKU, sebuah kisah perjalanan hidup mencari apa itu nilai sebuah kebahagiaan.

 

 

 ... lagu AdaMU - Najwa Latif ...

 


 

 

No comments:

Post a Comment