Di Sini Kami Berteduh




Penulis   :  NurulSham Saidin
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Tarbiah Dewasa
Penerbit  :  Galeri Ilmu
Bilangan Mukasurat : 360   
 
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-097-261-9    

Rating : ★★


     
 



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku keempat yang dapat aku baca selepas Dingin Salju Indiana, Dingin Salju Wisconsin dan  Andai Bavaria Takdirku.

Apa boleh aku coretkan, kisah pengorbanan dan semangat juang seorang yang bergelar pendidik ini juga berjaya menyentuh hatiku yang beku hingga menitis air mata egoku ini. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui satu lagi kisah tarbiah yang cukup indah dan meruntun jiwa ini.  

Kisah suka duka Tasnim seorang guru tuisyen yang menghantar anak perempuannya Nur Zirwatul Hanan bersekolah di sekolah agama swasta yang serba kekurangan. Pada awalnya mendapat tentangan hebat daripada suaminya Azam. Kemudian, mereka diuji pula apabila Azam kehilangan perniagaannya dan bermulalah ujian hidup mereka satu persatu. 

Semoga kisah pengorbanan dan perjuangan Tasnim, Azam dan Cikgu Shamsiah yang ingin memartabatkan pelajar dan sekolah agama dalam kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
 



T.E.R.B.A.I.K.
 


 
Sinopsis

 

Tasnim Jawahir, seorang guru tuisyen, berhajatkan pendidikan agama yang mantap untuk anaknya. Namun suaminya Azam menentang hasratnya menyekolahkan anak mereka di sekolah agama yang mundur.

Azam juga memandang sinis usaha isterinya membantu anak-anak sekolah itu dalam akademik. Kehidupan keluarga yang mewah, diduga Allah dengan masalah kewangan yang teruk apabila Azam tersalah langkah. Berdepan dengan tarbiah daripada Allah, mahukah Azam membuang ego dan menerima bantuan isterinya untuk membetulkan kesilapan?

Cikgu Shamsiah, graduan universiti yang melupakan kepentingan diri demi memajukan akademik sekolah, berdepan dengan cabaran besar ekoran keadaan pelajar-pelajar yang amat ketinggalan dan masalah peribadinya sendiri. Dia begitu sabar dan tenang, hinggalah kemarahannya meledak pada suatu hari.

Ustaz Daud, mudir sekolah, tampil dengan sikapnya yang berhemah. Tetapi sekolah yang semakin maju itu tergugat juga apabila ada individu yang suka popular dan mencari pengaruh.


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Manusia bertanggungjawab dengan keputusan masing-masing,  kerana keputusan yang membawa kebaikan akan dibalas dan keputusan yang membawa keburukan juga akan dibalas.

Hanya doa yang dapat mengubah qadar

Sesungguhnya orang yang beriman itu tidak tergugat dengan hinaan manusia. Kata orang tua, manusia ini tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji.

Belajarlah untuk tidak pedulikan kata-kata orang

Manusia yang paling ikhlas adalah manusia yang bersedekah untuk anak-anak. Apabila seseorang itu bersedekah pada anak-anak, dia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Kamu bagaikan pokok yang tumbuh di pergunungan. Apabila disapa angin kencang, maka condonglah pokok itu. Datang angin dari kanan, ke kirilah dia mencondong. Begitulah sebaliknya seluruh batang pokok itu melentok mengikut arah angin. Lama kelamaan, akar pokok itu belajar untuk mencengkam batu-batu gunung itu dengan kuat, sehinggakan tidak akan tercabut walau sekuat mana ribut yang datang. Begitulah dengan kehidupan kamu.




... lagu Kehidupan  - INTEAM duet Nazrey Raihan  ...






Melur Bunga Ivy





Penulis   :  Nazurah Aishah       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd 

Tarikh Terbitan : Jun 2010  
ISBN :  978-967-5118-42-5 
Rating :
★★
  



     
 


Ulasan :
 
Alhamdulillah. Ini adalah buku ke 6 yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita, Rahsia Hati Sofia, Lili Buat Najah, Bukan Dipaksa dan Bening Merah Jingga
 
 
Rasanya tak perlu aku nak komen berjela dah. Antara semua karya penulis yang telah aku baca, aku rasa cerita ini yang paling kurang beri tekanan kat aku. Nak tahu kenapa ??? Sebab cik penulis berjaya ketengahkan unsur ceria lebih banyak daripada unsur sedih. Aku begitu terhibur dengan gelagat watak hero, heroin dan watak-watak pembantu yang ada dalam karya ini. 

  
Kisah Khalida ini juga berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Memang tak sah kalau tak nangis baca buku 'penulis air mata' ni tau he he he. Dalam sedih ada kelakar terutamanya watak si hero bujang terlajak Azam ni sampai ke akhir muka surat buat aku terbahak-bahak geli hati.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

 

T.E.R.B.A.I.K

 
Sinopsis




Durratun Khalida Azlan aka Stephanie Ivy Gabrielle, anak hartawan terkenal ini disisihkan oleh kedua-dua ibu dan bapanya sebaik sahaja dia memilih untuk menganut agama Islam dan berkahwin dengan Ariff Azlan, rakan seuniversitinya semasa belajar di US. Suaminya, Ariff Azlan terbunuh dalam kemalangan ngeri sewaktu dia sedang bertarung nyawa melahirkan anak perempuan mereka di hospital. Sengsara jiwanya bermula apabila keluarga suaminya membawa pulang jenazah anak mereka tanpa mengetahui ada waris yang tertinggal. 

 


Azam Adham, abang kepada Ariff Azlan diburu resah setelah gagal menjejaki adik ipar dan anak arwah adiknya. Amanah yang dititipkan kepadanya semakin terbeban di bahu. Dia berusaha untuk mencari mereka namun kala itu juga dia dilamun cinta dengan Khalida sejak pertama kali berjumpa. Azam sering kali terkeliru dengan kehendak hatinya, mahu mencari Durra dan menikahi balu adiknya itu atau menjadi penyelamat akidah Stephanie Ivy Gabrielle yang beribukan perempuan Melayu yang telah terpesong akidahnya.








... lagu Dua Insan - M Nasir & Yunizar Hussein ...


 


 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...