Penulis : Nurulsham Saidin
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Galeri Ilmu
Bilangan Mukasurat : 430
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-983-097-371-5
Rating : ★★★★★
Ulasan :
سبحان الله, الحَمْد لله ini adalah sambungan kisah daripada buku pertama yang telah kubaca iaitu Dingin Salju Indiana. Sejujurnya sambungan kisah ini begitu meruntun jiwaku. Kisah ini juga berjaya menyalakan api kesedaran dalam diri ini.
Sekali lagi Nurulsham berjaya buat aku terpesona dengan olahan jalan ceritanya menerusi watak-watak utama yang ada dalam karya ini sehingga terkesan sekali dihatiku. Penulis bijak menyusun plot cerita sehinggakan aku terasa seperti jasadku berada di sana dan merasai sendiri segala sentuhan misteri, pengalaman dan apa yang berlaku kepada watak-watak melalui kisah ini.
Bacalah anda pasti akan merasai debaran dan gelodaknya dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh watak utama iaitu Sarah dalam kisah ini. Walaupun aku agak kurang bersetuju dengan keputusan Sarah menerima lamaran Syamsul sewaktu masih lagi berada di tahun pertama ketika belajar di sana. Namun, mungkin tindakan Syamsul itu pada aku adalah yang terbaik untuk melindungi dan menyelamatkan Sarah daripada tinggal bersendirian di negara orang.
Kisah ini memang terbaik S.U.P.E.R.B. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana.
Highly Recommended Book
Sinopsis
Enam belas tahun lalu, dalam Dingin Salju Indiana, tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Di sana Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan.
Kini, lewat Dingin Salju Wisconsin, Jannah mengamanahkan sepupunya Sarah yang akan melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat untuk mencari seorang kawan yang tidak pernah pulang-pulang dari sana iaitu Icon. Bersama-sama Sarah adalah Marissa dan Ainun.
Konflik bermula apabila Sarah tiba-tiba jatuh cinta pada Syamsul. Kemunculan pasangan suami isteri, Kak Noor dan Abang Azam yang begitu daif keadaan hidupnya menambah ritma pada novel ini. Begitu juga kehadiran Abang Halim yang tidak pernah pulang ke Malaysia berbelas tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan. Apakah nasib Sarah seterusnya? Dapatkah dia menemui Icon seperti yang diamanahkan?
Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-
Ramai yang pandai dari sudut akademik tetapi kematangannya masih di tahap tadika
Doa pelindung diri :-
Setiap malam baca surah Al-Waqi'ah sampai selesai. Isya Allah akan dapat perlindungan Allah daripada kesulitan dan kemiskinan
Manusia perlu berhijrah supaya hidupnya menjadi lebih baik.
Sewaktu kita di tempat orang banyak yang dapat kita pelajari
Berdoalah dan yakinlah yang Allah akan mengabulkannya dalam bentuk yang terbaik, lebih baik daripada yang kita harapkan dalam hati nurani kita. Berdoa dengan yakin. Janganlah berdoa separuh hati. Janganlah berdoa hanya kerana melihat semua orang berdoa selepas solat. Allah yang memberi ujian dan Allah juga yang menyelesaikannya. Tugas kita meminta padanya.
Ya Allah, pimpinlah aku menyelusuri jalan yang lurus
Harta benda itu tiada yang kekal kecuali yang diinfakkan ke jalan Allah
Ada orang berfikir dan tidak berbuat apa-apa, tetapi ada orang berfikir dan melaksanakannya. Inilah orang-orang yang bekerja. Dan jika dia bekerja kerana mahukan keredhaan Allah, insya Allah hidupnya akan berjaya
... Dingin Salju Indiana - Cikgu Syamsul ...
... This Worldly Life - Maher Zain ...
Harta benda itu tiada yang kekal kecuali yang diinfakkan ke jalan Allah
Ada orang berfikir dan tidak berbuat apa-apa, tetapi ada orang berfikir dan melaksanakannya. Inilah orang-orang yang bekerja. Dan jika dia bekerja kerana mahukan keredhaan Allah, insya Allah hidupnya akan berjaya
... Dingin Salju Indiana - Cikgu Syamsul ...
... This Worldly Life - Maher Zain ...
No comments:
Post a Comment