KONSTANTINOPEL : Kibaran Panji-panji AL-FATEH





Penulis   :  Web Sutera
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Sejarah
Penerbit  :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 885 
 
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-983-097-417-0 
 
Rating :


   


 



Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!






 
Sinopsis

Nabi Muhammad (SAW) pernah berkata,


Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik-baik pasukan.
(Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal, dalam al-Musnad)

Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Byzantium. Pelbagai pihak inginkannya. Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.

Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.

Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.

Ini sebuah novel sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali sebagai Istanbul sehingga sekarang. Saya persembahkan dengan cara yang berlainan dari pendekatan novel-novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu, insya-Allah.

Saya bahagikan plot novel ini dalam beberapa era; Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Kesultanan Saljuk dan Khalifah Uthmaniah.

Sengaja saya perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dalam merancang strategi perang mengepung kota Konstantinopel - selain kekuatan jiwa, munajat malam, nasihat penakluk rohani Syeikh Aaq Syamsuddin dan mengikuti tatacara Rasulullah (SAW) – dengan mengkaji geografi dan usaha kepungan di semua zaman termasuk semasa hayat Nabi Allah yang mulia itu.

Semua usaha yang menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak-jejak perintis jihad dalam misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah (SAW). Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang ditelaah dan ditaakul hebat oleh Sultan Muhammad II, Al-Fateh bagi semua dunia dan umat Islam.
 




MACEDONIA ALEXANDAR AGUNG






Penulis   :  Web Sutera
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Sejarah
Penerbit  :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 469 

Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-983-097-360-9 

Rating : ★★


   



 
Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Alhamdulillah dengan izin-NYA, dapat jugak aku habiskan baca kisah Alexandar Raja Macedonia pemerintah agung hebat ini walaupun terpaksa buka tutup buka tutup buku ni kerana tuntutan kerja harian yang sentiasa tidak pernah boleh habis  ha ha ha.

Alexander menjadi Raja Macedonia selepas kemangkatan ayahandanya Raja Philip dibunuh ketika berusia 20 tahun. Beliau telah mendapat didikan daripada mahaguru Aristotle ketika berumur 13 tahun. Beliau telah meluaskan empayar jajahannya dari Gaza di Palestin menuju Memphis di Mesir hingga ke barat wilayah Mesir.  Berpatah balik melalui Palestin menuju ke pusat kerajaan Parsi di Iran hingga ke India. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 33 tahun dan dikebumikan di Babylon. Beliau telah mengajak setiap negara jajahannya mengakui Tuhan Yang Esa. Zulqarnain telah membina tembok yang telah berjaya dipecahkan akibat serangan bangsa Tartar dan Mongul yang merupakan Yakjuj dan Makjuj.

Al-Quran menceritakan kisah Zulqarnain dalam surah al-Kahfi sebagai jawapan dan amaran. Al-Quran tidak secara khusus menyebut nama atau keperibadian tokoh sejarah tertentu yang boleh disabitkan kepada Zulqarnain secara terus. Namun penceritaan pengembaraan Zulqarnain, lokasi-lokasi tertentu, kaum-kaum yang disebutkan dan Yakjuj-Makjuj dapat membantu mencapai keputusan bahawa Alexander Agung adalah Raja Zulqarnain. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.





 T.E.R.B.A.I.K.

                                                    

Sinopsis

Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.

Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah.




Jika Aku






Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 341
 
Tarikh Terbitan : Mei 2017
ISBN : 978-967-13211-9-5
 
Rating :




 
 


Ulasan :

Ini adalah buku ke 5 kubaca selepas Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise dan Terukir Cinta, Hello it's me.

Dari bab 1 hingga bab 25 cerita tentang pertemuan Teja Citra binti Omar dengan seorang pemuda dalam train KTM bernama Maliq. Teja ni boleh baca fikiran orang lain dan boleh tahu apa yang ada dalam kepala otak orang tu. Jadi secara tidak sengaja Teja telah dapat tahu Maliq nak bunuh seseorang yang bernama Alisa. Jadi bermulalah siri Teja jadi pengintip hingga ke tempat kerja dan rumah Maliq sehingga akhirnya mereka jadi kawan. Namun selepas bab 26 aku mula pening sekejap dan buat aku tertanya-tanya apa dah jadi dengan Teja dan Maliq ? Siapa pula Aidan ni ? Kenapa semua cerita Teja dah jadi tunggang terbalik nih. Adoi semua andaian aku tersasar. Rupa-rupanya Aidan dan Maliq adalah orang yang sama yang telah ditugaskan oleh sebuah organisasi untuk bunuh Teja - mind reader. 

Secara peribadi, cerita kali ni agak mengecewakan aku, sebab aku harap sangat dapat baca cerita yang lebih kebaboom lagi dari penulis favourite aku ni.

 
Sinopsis

~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."